Bab 8.1

3.6K 227 23
                                    

Toyol.

Dikhabarkan, batch pertama Toyol di bawa dari Mekah dan di bela oleh pengamal ilmu hitam di sini. Selepas Perang Dunia Hantu Pertama, berlaku perpecahan antara hantu-hantu yang ada ketika itu. Sehingga menyebabkan begitu ramai jenis hantu yang pupus atau tidak lagi diketahui akan kewujudannya. Keturunan Toyol yang masih hidup ketika itu, mereka semua berpindah ke sebuah kawasan terpencil yang sama. Atas tujuan untuk bangkit semula sebagai satu bangsa hantu yang disegani. Di situ, setiap toyol yang lahir akan belajar ilmu mencuri dan menghilangkan diri sehingga menjadi handal. Sebaik sahaja mereka berjaya menggenggam scroll Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentoyolan, barulah mereka akan keluar dari perkampungan tersebut. Untuk membina kerjaya masing-masing dalam arena Pentoyolan.

Encik Toyol Baik Bin Bapa Toyol

Nama tersebut diberikan oleh ibunya Encik Toyol, Emma. Dengan harapan, dia boleh menjadi sehantu toyol yang berbeza berbanding yang lain. Emma tidak pernah percaya yang setiap toyol harus menjadi pencuri. Baginya, setiap hantu mempunyai hak mereka sendiri dalam memilih kerjaya masing-masing. Dan ianya tidak patut terikat berdasarkan kepada kaum atau jantina hantu tersebut. Ya, Emma adalah seorang feminist. Dan ianya ternyata membuahkan hasil. Tatkala semua toyol berlatih penuh gigih menjadi seorang pencuri yang berjaya, Encik Toyol tidak begitu. Dia lebih banyak menelaah buku-buku ilmiah yang ada di perpustakaan. Semua jenis buku ideologi yang ada ketika itu, habis dibacanya. Surat khabar memang sudah menjadi sumber bacaan utama Encik Toyol setiap hari sejak dia kecil lagi. Dari surat khabar itulah dia mendapat ilham kerjaya yang bakal diceburinya.

"Kalau hang tak mau jadi pencuri, hang nak jadi apa? Badan kecik macam kita ni, takkan nak pi kegheja mengacau orang. Buat malu aih. Tarak siapa pun takut dengan hang ni tau!"

"Entahnya. Hang ingat hang best la pasai hang lain dari yang lain? Hang ingat hang power? Kita ni toyol je Encik Toyol oi. Toksah dok buat nak berangan lebih. Aku tabuq satgi apa pun tak dapat!"

Dia yang dikelilingi oleh anak anak toyol yang seusianya dengannya masih berdiri dengan tenang.

"Woi! Jawablah! Hang nak jadi apa?"

Sambil menggengam erat keratan akhbar yang tertulis akan kejayaan seorang pengurus sehingga berjaya membina sebuah empayar, Encil Toyol berdiri dengan penuh angkuh dan yakin.

"Aku nak jadi seorang pengurus!" ujarnya.

DihantuWhere stories live. Discover now