Lahir-lahir sebagai hantu, tidak memberikan jalan mudah kepada seekor pontianak untuk menjadi seekor hantu yang paling ditakuti. Dengan rekod kegagalan menakutkan orang mencecah angka 100, beliau menggelarkan dirinya sendiri sebagai hantu yang palin...
Aku ke PBAKL, seperti tahun-tahun yang lepas. Ketika itu, tumpuan aku lebih kepada mencari komik keluaran Gempak Starz atau keluaran MOY. Aku sudah hilang minat hendak membaca novel. Lebih kepada kecewa sebenarnya. Sebab kebanyakan novel, plotnya hampir serupa. Kalau tidak dipaksa berkahwin dengan pasangannya yang lebih kaya, mesti tentang dua dua orang yang sering bergaduh kemudian jatuh cinta.
Aku tiba di satu booth yang publishernya aku tidak pernah dengar. Ada 4 buku yang covernya menarik perhatian. Tabiat aku, aku gemar buka page secara random dan baca satu page penuh. Kalau aku berjaya habiskan, maka aku akan membelinya.
Aku capai satu buku, selak page, dan aku terkejut. Di dalam hati aku, menjerit-jerit. Buku jenis apakah ini? Aku lihat covernya. Tajuknya tertulis, Cekik.
Itulah buku Fixi pertama yang aku beli, jatuh cinta, dan seterusnya membuatkan aku bercita-cita hendak menerbitkan buku dibawah penerbitan Fixi.
Hari itu, aku pulang dengan: 1. Cekik 2. Pecah 3. Orang Macam Kita (Matahari)
Aku lihat pattern buku Fixi untuk beberapa tahun. Semuanya kalau tidak cerita seram, pasti cerita membunuh yang pecah minda (mindblown). Aku ni penakut. Aku pernah cuba menulis sebuah kisah seram tentang ketika aku di asrama. Ceritanya tak habis, tapi tiap tiap malam aku mengigau berlari dari susuk tubuh yang besar dan gelap. Faker. Aku kena tulis cerita lain.
Cubaan pertama aku dengan Fixi ialah pada Mac 2014. Aku tuliskan kisah tentang seorang lelaki yang huru hara hidupnya dengan arak, perempuan, dan kelab malam. Tajuknya, Jodoh.
. "Oh maaf. Dah ditolak oleh panel. Mereka merasakan genre tak sesuai dengam Fixi.".
Aku kecewa.
#Dihantu lahir ketika impian aku, lebih besar dari ketakutan yang aku sedang hadapi.
2018. Selepas 7 tahun. Akhirnya, aku berjaya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Fixi sudah buat pre-ordernya. Dijangka dalam hujung bulan dua akan sampai ke rumah kalian.
Aku juga ada buat pre-order.
Bezanya jika bila dengan aku, akan dipakejkan dengan zine (Dihantu - Cerita Tepi) versi terhad. Aku rancang nak buat dalam 50, kalau habis, habis.
Bagaimana hendak membelinya?
Tungguuuuu~
P/S: Sementara itu, korang komen la apa-apa di post ini. Sebagai tanda yang korang excited juga, sama seperti aku. Terima kasih.