Bab 9.4

2.5K 162 7
                                    

"Nak jadi Duta Hantu dekat Kampung Mudah, hang bukan kena takutkan sorang saja tau tak? Hang kena takutkan satu kampung. Nama hang perlu jadi sebutan bukan saja pada hantu-hantu, malah pada semua penduduk kampung. Biaq setiap kali ada ibu yang teriak memanggil anaknya pulang, dia akan menyebut 'Balik lekaih! Satgi Pontianak mai cekik hang baru tau!'. Biaq setiap kali melepak di kedai kopi sambil main dam, kucar kacir depa hendak pulang bila melihat jam sudah hampir pukul 12. Bila ditanya kenapa, nama Pontianak yang disebut. Semua benda yang ditakutkan, mesti ada sebut nama Pontianak. Barulah nama hang boleh naik jadi Duta Hantu. Takkanlah dekat kampung hang tak diajarkan benda ni?" ujar Encik Toyol panjang lebar.

Benar. Memang di setiap kampung ada Duta Hantu masing-masing dan ada juga prosesnya. Cuma si Pontianak ini terlalu fokus kepada bagaimana hendak menakutkan orang. Akibatnya, proses untuk menjadi Duta Hantu itu sering sahaja diabaikannya. Maka, jawapan untuk soalan yang diberikan oleh Pontianak itu dijawabnya dengan bunyi ketawa hehe.

Encik Toyol menggeleng kepala.

Entah Pontianak jenis apa la dia ni.

"Jadi, kita nak ke mana ni?" tanya Pontianak. Musykil juga dia. Encik Toyol berjalan penuh yakin. Seperti tahu mana arah yang hendak dituju.

"Kita nak pergi berjumpa dengan Datuk Gong. Nak registerkan hang sebagai hantu Kampung Mudah secara official. Dah official, baru boleh start kejar nak jadi Duta Hantu."

Pontianak hanya mengangguk akur dan berjalan mengikut arah langkahnya Encik Toyol. Sambil itu puas dia memikir apa la agaknya maksud perkataan "register" dan "official" itu.

Harapnya, dua perkataan itu membawa kepada benda-benda yang yang best.

DihantuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang