Assalamualaikum.
Ini adalah tentang beberapa perkara mengenai #Hantu
Pertama sekali, terima kasih kepada kalian semua. Kerana sudi hendak membaca karya yang ditulis oleh aku. Sungguh, aku menulisnya dengan sepenuh hati bersama keinginan mahu menghadirkan hibur ke dalam hati kalian. Betapa hebatnya aku tersenyum untuk setiap komen emosi seperti suka, sedih, marah, kecewa kepada perjalanan watak dalam cerita ini. Tidak ada lain yang boleh aku balas melainkan dengan keinginan aku untuk menulis beberapa lagi kisah yang kalian enjoy nak baca.
Kedua, untuk menjawab adakah aku akan sambung tulis di Wattpad ini, jawapannya tidak. Cerita ini, aku sudah habis tulis pun sebenarnya. Sekarang, ia sudah pun selamat berada di tangan sebuah syarikat penerbit yang hebat di Malaysia. Oleh sebab itu bagi menghormati semua pihak, aku berhenti menambah jalan cerita ke dalam Wattpad. Harapnya, kalian semua memahaminya.
Ketiga, bila akan keluarnya #Hantu versi bercetak? Jawapan aku, entah. Tapi, kalau tanya aku bila DIJANGKA keluarnya #Hantu versi bercetak, jawapannya di antara bulan Januari sehingga Mac tahun depan (2018). Bermakna, kalian ada cukup masa untuk kumpul duit bermula dari sekarang. Tidak ada alasan untuk tidak memilikinya. Untuk #Hantu, aku sendiri sedang kumpul duit untuk menyiapkan zine. Bersempena dengan terbitnya #Hantu ini. Kira macam hadiah tambahan, tanda terima kasih kerana membelinya. Tapi, aku tak buat banyak. Ada la dalam 30. Cukup sekadar untuk korang rasa diri korang best dan special. Amacam?
Keempat, terima kasih dan terima kasih.
Kita tunggu pula cerita apa yang aku akan datang ambil keputusan nak tulis.
Sekian.
May The Force be with you.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dihantu
AventuraLahir-lahir sebagai hantu, tidak memberikan jalan mudah kepada seekor pontianak untuk menjadi seekor hantu yang paling ditakuti. Dengan rekod kegagalan menakutkan orang mencecah angka 100, beliau menggelarkan dirinya sendiri sebagai hantu yang palin...