Bab 5

4.1K 259 40
                                    

Sudah jauh Pontianak berjalan, namun haram seekor hantu pun dia tidak nampak. Beg deuter yang dipikulnya pun boleh tahan berat. Sebelum bergerak keluar tadi, memang Ayah Ponti ada meletakkan sesuatu ke dalam begnya. Pontianak mula tertanya-tanya entah barang apa agaknya. Batu ke pun. Sebab beratnya memang lain macam betul bagi Pontianak. Difikirkan semula apa yang dia letakkan ke dalam beg sebentar tadi.

Baju. Kasut. Kain. Itu saja rasanya yang aku letak. Lepas tu tadi, Ayah ponti ada letakkan barang sedikit. Tapi kenapa berat sangat ni?Macam bawak batu.

Pontianak menurunkan begnya ke bawah untuk melihat sendiri apa yang ada di dalam.

Memang betul. Ada 10 ketul batu sebesar penumbuk diletakkan ke dalam beg deuternya. Mencarut-carut Pontianak pada ayahnya malam ni.

Dengan anak sendiri pun kau nak mengusik. Setan betul.

Perhatian Pontianak beralih kepada satu susuk hantu yang sedang duduk mencangkung di balik pokok besar. Kelihatannya seperti seekor toyol. Itu hantu pertama yang Pontianak nampak malam ini. Pontianak menghampiri toyol tersebut dengan tujuan untuk diajak berbual. Atau sekurangnya bertanya, adakah dia berada di laluan yang betul.

Pontianak nampak dari jauh yang Toyol sedang mendengar walkman kaset berjenama terkenal. Bila semakin dekat, Pontianak perasan yang toyol tangannya sedang menggigil-gigil hendak menekan butang play. Hal itu menimbulkan sedikit kemusykilan di hati Pontianak.

"Sekarang tengah sejuk ke?" bisik Pontianak sehantu diri. Dua tiga kali juga Pontianak menghembus nafas ke udara, kalau-kalau terkeluar asap macam dalam cerita orang putih yang selalu ditontonnya. Terutamanya semasa scene bersalji. Hampa. Dibuka bajunya sedikit bagi mengetest tahap sejuknya keadaan di sekeliling. Sebab bila diamati, tangan toyol tu menggigil bukannya pada tahap biasa-biasa. Memang nampak macam sejuk betul. Pontianak hampa lagi.

"Err, hai," ujar Pontianak pada toyol.

Tiada respon. Mungkin tidak dengar kerana toyol kelihatannya terlalu fokus memandang walkman kasetnya.

"Hmm...UHUK! UHUK! UHUK!" batuk Pontianak dalam percubaannya untuk menarik perhatian toyol. Gagal.

Pontianak pun menarik nafas.

"WOI!"

"Opocot mak hang letup!" toyol melatah.

Cepat-cepat dia menyorokkan walkman kasetnya ke belakang badan. Dia memandang Pontianak dengan pandangan yang pelik. Mereka berdua saling berpandangan namun tidak ada satu dialog pun yang terlafaz. Awkward moment berlaku dengan sendirinya dan hal ini menyebabkan Pontianak mula berasa tidak selesa. Begitu juga pada sudut toyol.

"Kenapa kau menggigil? Kau sejuk sangat ke?" tanya Pontianak ingin memecahkan kesunyian.

"Err, ha'a. Sejuk gila sekarang ni. Hang tak terasa sejuk ka?" soal toyol semula.

Pontianak mula berasa risau dengan keadaan tubuhnya. Adakah dia sedang sakit sehingga badannya tidak lagi mampu mengesan suhu?

"Kau jangan temberang aku. Aku tak rasa sejuk pun."

"Eh laaa, serious la. Ingat hal-hal sejuk ni aku nak buat main-main dengan hang ka? Kalau hang kata tak sejuk, apa buktinya tak sejuk? Hang ada alat nak kesan sama ada sejuk atau dak? Hang tak boleh nak buktikan!" ujar toyol sambil ketawa sedikit. Sambil ketawa sedikit itu, toyol mencampakkan walkman kasetnya ke dalam semak berhampiran. Risau kalau-kalau walkman kaset itu pula menjadi punca cerita untuk malam ini. Mungkin ini adalah petanda takdir yang menghalang dia untuk meneruskan apa yang dia rancangkan sebentar tadi.

Pontianak buntu sebentar. Rasa tak best betul bila dia diragukan kepada perkara yang dia yakin dia betul. Serentak itu, Pontianak tergelak kecil. Ditepuk-tepuk dahinya beberapa kali kerana terlupa akan barang yang ada dibawanya.

"Aku ada bawak Thermometer. Kita boleh semak suhu sekarang!" ujar Pontianak yakin.

Toyol menelan air liur.

"Ah sudah, dia duk buat pulun nak semak suhu betul-betul pulak..." bisik Toyol perlahan.

DihantuWhere stories live. Discover now