"Itulah kampung kite ni, dari dulu lagi hantu suka bebenor berkeliaran. Tak peghenahnya nak selamat. 3 bulan lepas, si Usop Kelana anak si Mahmud Tauke Getah tu, habis demam panas tak keboh. Tersampok dek Jin Tanah,"
"Orang rumah teman tu dulu teruk juga kenanya. Dengan hantu telur."
Spontan, semua yang ada disitu membuat ketawa yang ditahan.
"Eh, ingat teman main main ke? Teman cakap betul ni. Mengkeme semua ada kan masa hantu telur melintas depan Warung Munir hari tu?"
"Ade, memang ade. Cuma idok le. Bila dipikiokan balik, apa ke teruk sangat kita ni pun. Dengan telur pun sampai nak dipanggilnya Ustaz Hassan buat pasang pagar. Hish, buat malu je,"
Kemudian, sorang demi sorang mula bercerita pengalaman mereka yang bertemu dengan hantu ataupun makhluk halus. Masing-masing tidak mahu kalah dan ada saja cerita ringkas yang ditokok tambah. Seolahnya ada sebuah pertandingan cerita hantu siapa yang paling seram. Zack yang tadinya ketakutan cuba buat kool. Walhal dalam kepala sebentar lagi, sudah dirancang. Hendak dipaksa Helmi untuk pulang ke rumah sekali.
Helmi pula hanya mendengar semua kisah yang diceritakan itu dengan penuh taksub.
Namun, yang menjadi bahan bakar kepada ketaksubannya itu sebenarnya adalah ketika Lebai Leman menyebut nama Pontianak.
Malam itu, hantu sudah menyerang Kampung Al Melayu Muslimin sekali lagi.
Ataupun, disebut dalam kalangan hantu sebagai Kampung Mudah.
YOU ARE READING
Dihantu
AventuraLahir-lahir sebagai hantu, tidak memberikan jalan mudah kepada seekor pontianak untuk menjadi seekor hantu yang paling ditakuti. Dengan rekod kegagalan menakutkan orang mencecah angka 100, beliau menggelarkan dirinya sendiri sebagai hantu yang palin...