BEBERAPA BULAN KEMUDIAN
Ingatan jimin sudah pulih sepenuhnya. Macam mana boleh pulih? Duh,malas lah nak cerita. Korang fikir-fikir lah sendiri. Dia terhantuk dinding ke or kepala dia kena ketuk dengan alien ke suka hati korang lah. Hoho ><
~~~~~~~
SUGA POV
Tengah hari ni,aku dah janji dengan jiae nak lunch sama-sama. Hoho,kitorang takde hubungan apa-apa pun eh~~ jangan nak memandai ye. Kitorang just best friend je. Nak kata best friend forever pun,tak jamin jugak forever tu. Hmm,aku terus menyarung kasut yang jiae beli untuk aku. Dan aku pun beli untuk dia.
Kasutnya macam kasut couple gitulah. Tapi bukan couple just tanda friendship kitorang je. Tiada yang lebih daripada itu.
Aku terus memulakan perjalanan ku. Tak ketinggalan topi dan cermin mata hitam. For safety, A.R.M.Y ada di mana-mana sahaja. Sebelum kena serang,baik aku 'cover' muka aku nih.
Setelah sampai di 'candy cafe' (main hentam je nama cafe tu) Aku terus mencari wajah jiae. Apabila aku nampak jiae yang sedang bermain dengan phone nya,aku terus pergi ke arahnya(dari belakang).
Aku mengintai dari belakang,apa lah yang dia tengok tu sampai tak perasan aku kat sini. Oh,nothing dia just 'membelek-belek' gambar yang kitorang 'selfie' semalam.
BAHH!!!
Aku terkejutkan dia. Terselah muka terkejut beruk daripada dia. Aku ketawa terbahak-bahak melihat jiae yang terkejut nak mati tu. Lol...
"jahat lah!!"
Jiae memukul lengan aku. Lepas dia pukul aku,dia terus pandang tempat lain. Dari reaksi muka dia je aku dah tau yang dia marah kat aku. Hahahaha
"alolo,ada orang ni dah merajuk lah pulakk~~"
Aku cuba untuk memujuk dia. Tapi,dia masih merajuk lagi.
"waiter~"
Aku memanggil pelayan cafe itu. Lalu aku mula memesan makanan. Jiae pula masih mendiamkan diri dia. Selepas itu,waiter tadi pun berlalu pergi selepas aku siap memesan makanan.
"aduh,susah betul lah nak pujuk awak ni"
Dia main dengan phone dia pulak. Hmm,macam aku tengah cakap dengan dinding pulak. Kuat merajuk betullah yoo jiae nih..
"smile yoo jiae~~"
Aku menarik hujung bibirnya ke atas agar dia tersenyum.
"Ha!! kan comel senyum macam ni"
"Eleh!! terkejutkan orang lagi!!"
"i'm sorry yoo jiae. Alah,bukannya selalu nak bergurau ni."
"bukannya selalu? Erk,saya rasa ni yang kali ke-10 awak terkejutkan saya."
"Alah,yelah mianhae. Dah lepas ni kita makan puas-puas lepastu kita citer-citer ke"
"nak cerita apa?"
"erm,mungkin pasal kisah hidup kita. Alah sharing is caring."
"yelah min yoongi~"
aku terus menutup mulut jiae. Lalu aku memerhatikan sekeliling. Jiae pula menepis tangan ku takdelah kasar mana pun.
"wae? Tetiba je tutup mulut orang dah kenapa?"
"aigoo jiae. Saya kan idol,yang awak pergi cakap nama saya kuat-kuat tu dah kenapa?"
aku bercakap separuh bisik.
"ohh. Lupa lerr. Sorry"
Jiae menepuk dahinya perlahan. Pelayan cafe tadi pun membawa makanan yang aku pesan tadi.
"ha,makanan dah sampai~~"
Lalu,kami berdua makan sambil bercerita. Aku cerita lah pada jiae tentang hidup aku yang malang ini. Aku memberitahu dia yang cinta aku selalu ditolak. Tiada sesiapa pun terima aku.
Selesai aku cerita tentang hidup aku yang 'malang' tu,jiae terus cerita tentang hidupnya.
"Dulu,saya pernah bercinta dan sekarang kitorang dah putus sebab dia curang dengan saya. Dia tu 'playboy' sangat-sangat. Kalau boleh,semua perempuan dia nak. Yang menyedihkannya,dia time tu tengah ber 'kiss' dengan perempuan yang tidak dikenali. Siap berpeluk-peluk lagi. Arhhh!!! Lupakan jelah lelaki tak guna tu. Saya dah lupakan dia dah pun. Hmm..."
"ohh,kesiannya."
"takdelah kesian mana pun,awak punya cerita lagi sedih. Cinta tak berbalas. Haha padan muka.. ceh takdelah gurau~"
" -_- what the?"
"haha,dahlah makan cepat nanti sejuk tak sedap."
"hmm"
Selesai makan,aku spend time masa dengan jiae. Stress kot!!! Jiae sorang jelah yang mampu menghilangkan stress tu.
Ramai orang ingat kitorang tengah bercinta lagi-lagi bts. Hey~ Aku tak rasa aku ada apa-apa perasaan dekat jiae. Erm,ada kot. Perasaan sayang. Aku sayangkan dia sebagai kawan perempuan yang paling daebak. Dia jelah kawan baik yang paling daebak,selama ni aku tak jumpa pun mana-mana kwan yang terbaik macam dia tuh
---------
okay,sorry this chapter pasal suga and jiae
hehe>< tak de idea lerr
Btw sorry for typo.
YOU ARE READING
Only You~(KeiMin ff)
FanfictionWatak: -Park Jimin(BTS) -Kim Jiyeon,Kei(lovelyz) -Min yoongi,Suga(BTS) -Kim Seolhyun(aoa) Kei & jimin merupakan kawan dari kecil.Ketika mereka sekolah menengah,mereka sudah officially couple...mereka sudah bercinta hampir 5 tahun.mereka berdua suda...