Bab 2 - Tanpa ditemuduga

149 7 1
                                    

"Kayra awak masih beragama islam ye?"tanya Saito

"Encik Saito saya ni memanglah agama islam..Saito tak nampak ke saya pakai tudung ni"balas Kayra pegang shawl yang dipakai olehnya

Saito yang sedar dia menyoal soalan kurang bijak membahang menahan malu

"Hahaha..nampak tapi saya kurang pasti sebab selain kaum islam ada jugak kaum lain pakai kain dekat atas kepala"

"Kaum apa?"

"Kaum Sigh..hahahaha"usikkan Saito. Kayra membuatkan Kayra geram terhadapnya

"Eii..Biadapnya"Kayra memukul lengan Saito menggunakan fail yang dipegang

"Aduh sakitlah ..gurau pun tak boleh..Ehmm Kayra saya nak tanya Kayra awak ni datang sini buat apa?"Saito mengosok lengan yang baru dipukul

"Saya datang sini sebab nak gi interview pekerja baru"

"Ohh..tapikan bukan sepatutnya Kayra dah ada dekat Dewan 1 sebab interview dah start"tanya Saito

"Kan tapi saya terlambat..kalau bos tahu saya datang lambat mesti dia tolak mentah mentah"

"Tapi saya rasa bos tak macam tu"bisik Saito di telingan Kayra. Kayra yang terkejut kerana mendengar suara Saito yang mengodakan  terus kaku

Ting!!

"Yes dah sampai.."pintu lif terbuka membuatkan Kayra tersenyum manis dan terlupa perbuatan Saito tadi

"Saya suka sangat tengok awak senyum macam tu nampak awak punya lesung pipit"ujar Saito sebelum berlalu pergi meninggalkan Kayra di dalam lif

Muka Kayra kemerahan menahan malu sebelum keluar dari lif. Dia sedari semua kakitangan pekerja di situ melihatnya keluar dari lif itu selepas Saito keluar keluar dari lif yang sama terus dia melajukan langkahnya ke tempat yang dia tuju

'Mak aii.. ramainya nak interview dekat sini aku baru lambat beberapa minit dah penuh satu dewan..mahu aku pisang kat sini'rungut Kayra sendiri sambil melabuhkan pungung duduk di atas kerusi plastik di sediakan

Sedang khusyuk menunggu giliran dan membelik fail yang dibawa terhenti sebelum Kayra terdengar beberapa perempuan dihadapannya berbisik antara satu sama lain

"Weh korang nak tahu tak bos baru ni hensem gila kot pastu dah lah kaya darah kacukan pulak tu"ujar salah seorang antara mereka

"Haah,aku pun tadi nampak dia masuk bilik dia nak cair aku tengok dia..bestnya kalau dia jadi bf aku"

"Hello better dia pilih aku daripada korang semua tau tak" Kayra yang mendengar merasakan perempuan dihadapannya boleh perasan tahap teruk kalau tak berubat

Dalam beberapa minit  seorang perempuan dalam lingkungan 40-an datang menghampiri kami semua

"Sebelum saya buat cakap sesuatu ni saya nak minta maaf kepada semua orang disini. Baiklah ..sebenarnya kami sudah pun dapat orang yang kami nak untuk jadi pekerja baru oleh kerana itu kamu semua boleh bersurai"ujar perempuan itu dengan muka yang kosong

"Apa ni saya dari pagi tadi tunggu nak temuduga at last suruh bersurai sebab dah dapat pekerja baru.."ujar salah seorang yang ingin temuduga

"Saya hanya mengikut arahan orang atasan dan saya hanya turuti sahaja jadi kamu semua boleh bersurai"

'Sakit pulak hati kita ni..kalau aku tahu macam ni jadinya lebih baik aku tidur dekat rumah lagi sedap'Kayra terus bangun dan menapak keluar tapi hasratnya terbantut kerana dia merasakan tangannya di tarik seseorang.

Dia ingin melepaskan amarah kepada orang yang menarik tangannya tetapi bila dia menoleh untuk memarahi orang terkejut apabila perempuan yang tadi rupanya yang menarik tangannya

"Ni cik Kayra Syakira ye?"soal perempuan tadi serainya melepaskan tangan Kayra yang dipegang

"Ye saya, kenapa ye?"

"Saya Aminah panggil Kak Ami jer..okey sekarang Kak Ami diarahkan untuk bawak kamu ke bilik CEO syarikat ni"ujar Kak Ami menerangkan kepada Kayra

"Boleh saya tahu kenapa saya dipanggil? saya bukannya pekerja baru"

"Sebab kamulah pekerja baru tu"balas Kak Ami tersenyum manis kepada Kayra jelas kebingungan

"Tapi saya belum temuduga lagi macam mana saya boleh diambil bekerja dekat sini"

"Kalau nak tahu pergilah tanya bos sendiri.. Kak Ami tahu bos tu tengah rindu sangat dekat Kayra ni yelah dah lama tak jumpa"Kak Ami menarik tangan Kayra menuju ke sebuah bilik di hujung

'Rindu?kenapa bos syarikat ni boleh rindu dekat aku sedangkan aku belum kenal dia lagi..'perasaan gementar cuba Kayra tepiskan demi mencari sesuap nasi

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now