Bab 18 - Mask

50 5 0
                                    

Kayra POV

"Haishh.. "tanpa sedar aku mengeluh. Mana tak nyerr aku akan berkahwin lagi Tiga Hari. Express betul. Nama suami?. Dirahsiakan. Katanya ini permintaan pihak lelaki. Pelik

Setelah pertanyaan aku sudah dijawab walaupun aku masih tidak berpuas hati tapi aku ikut sahaja permintaan ibuku untuk bersiap siap. Katanya ibu mertua akan datang. Eh jap ibu mertua ? Maksudnya... bakal suami aku pun adalah kan? No!!

Masa untuk aku bersiap. Aku hanya bersiap alah kada jer. Mood aku tiada untuk bercantik cantik. Well nama pun kahwin paksa so ni lah jadinya. Tapi reda. Reda ke? Entahlah

Setelah berpuas hati aku dengan penampilan aku. Aku turun. Sedang aku menuruni tangga aku terdengar suara riuh rendah. Dan aku kenal suara tu. Abang Syam and Kak Sue. Pantas aku melangkah

Setelah aku sampai dibawah aku terus terlihat kelibat seorang yang aku tidak dapat melihat. ABANG dan Kakak aku. Sedang bergurau senda bersama ibu ayah

Aku mendekati abang Syam lantas memeluknya dari belakang. Tubuh abang Syam bagai terkejut dengan tindakan tapi lama dia memusingkan tubuhnya dan membalas pelukan aku.

"Abang Syam..Kira rindu.sobs sobs."tersendu sendu aku. Nangis gembira aku dapat meluahkan perasaan rindu aku sendiri

"He. Adik abang. Kenapa nangis ni tak mo lah nangis dah tak comel dah dia ni. Abang pon rindu dekat dia. My little princess "ujar abang Syam sambil tangannya ligat mengelap air mata aku. Aku memang macam ni manja dengan abang Syam. Sebab dia yang selalu memahami aku

"Haihhh abang je ke? Akak ni tak ke. Yelah dia kan sayang abang Syam jer kan"seloroh Kak Sue sambil melihat adegan aku dengan Abang Syam

Aku tergelak kecil lalu aku melepaskan pelukan aku dan berlari kecil ke arah Kak Sue dan memeluknya.

"Mana ada. Adik rindu dekat Kak Sue jugaklah"ujarku masih dalam pelukan Kak Sue."hahaha tau takut. Akak pon rindu adik akak yang comel ni"balas akak turut membalas pelukan aku

"Wah tak sangka pulak menantu aku ni manja Jah. Untunglah anak aku ni" aku menoleh kehadapan. oh ujar seorang wanita yang sudah berusia kepada ibu aku tapi masih cantik rupa parasnya. Ramainya orang. Macam mana aku boleh tak perasan ni. MENANTU! Maknanya tadi tu mertua akulah kan. Habis..

"Hahaha. Nak buat macam mana dia memang manja dengan abang dan kakaknya dari kecik lagi."ujar ibuku. Aku? Masih kaku seperti patung cendana

"Eh Kayra ni ibu nak kenalkan kamu dengan bakal ibu mertua kamu. Namanya Datin Mishella. Ha yang sebelahnya pulak Dato Kaito. Yang bermask hitam tu pulak bakal suami kamu. Hah kamu dengan bakal suami aku pergilah keluar ke apa ke untuk saling kenal mengenali " Ibu seakan perasan dengan aku dengan riak mukaku terus mengenalkan aku dengan mereka

Aku terus melepaskan pelukan aku bersama Kak Sue dan menapak mendekati mereka. Aku menghulurkan tangan sambil menundukkan badan aku. Ingin bersalam. Tak mahu dicop menantu biadab. Aku hulurkan tangan terhadap wanita yang ibu kenalkan tadi sebagai Datin Mishella . Lelaki disebelahnya dikenalkan sebagai Dato Kaito aku hanya menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Dia seakan memahami turut melakukan perkara yang sama

Nama tu seperti mengingati aku terhadap lelaki yang aku cintai. Tak sangka aku mengkhianati cinta yang dia beri pada aku tapi dia yang memaksa aku melakukan perkara ini. Kenapa dia masih tidak memunculkan dirinya. Sedih dan marah sudah sebati dalam perasaan aku bila mengingatkan dirinya. Manakah dia berada?

Setelah itu aku berdiri dibelah lelaki yang agak tinggi. Putih rupanya tapi hanya separuh sahaja aku mampu lihat kerana dia memakai mask hitam menutupi separuh lagi muka. Hanya mata dia sahaja dapatku lihat. Terpegun aku apabila matanya. Mata itu. Turut mengingatkan Saito. Arghhh kenapa dengan aku ni

Mungkin terlalu lama aku melihat matanya lelaki itu bertindak mengenyit mata kepada aku. Terkejut aku. Aku terus menundukkan muka. Malu kot!

Telinga aku dapat menangkap suara yang agak perlahan sedang ketawa berhampiran aku. Ye lelaki yang akan bergelar suami aku sedang mengperketawaan aku.

"Eh kamu berdua apa lagi tercegat dekat situ? Pergilah jalan jalan sambil tu kenalkan diri masing masing. Korang dah nak kahwin dah ni" ujar ibuku dengan selambanya

Aku terus memandang dirinya yang berada disebelahku. Dia mengangkat keningnya dan kepala di sengitkan seketika seperti orang mengajak keluar. Aku faham dengan isyarat itu terus menapak ingin keluar rumaha

"Goodluck my baby. Untungnya dia dah nak ada hubby. Hehehe"bisik Abang Syam di telinga aku semasa aku melintas dihadapannya. Abang ni bukan nak tolong

Aku sedar dia hanya mengekoriku dibelakang. Aku meneruskan langkah ke kolam renang. Sampai sahaja disitu aku berhenti melangkah termasuk dia juga. Aku memusingkan tubuhku menghadap dirinya. Aku mahu melakukan perhitungan dengannya. Dia seakan terkejut dengan tindakan aku tapi masih mampu mengawal riak mukanya.

"Assalammualaikum!maaf kalau saya buat awak tidak selesa tapi saya harus lakukan ini. Saya cuma nak tanya dekat awak kenapa awak lamar saya jadi tunang awak?"soalku tanpa segan silu

Balas darinya. Dia hanya menuding jari kepada dirinya lalu membuat bentuk hati dengan kedua dua belah tangannya dan terus menunjuk ke arah aku. What!dia cinta aku?biar betul aku rasa ni lah kali pertama aku berhadapan dengan dia.

"Kenapa awak tak bercakap ajer?kenapa harus buat isyarat tangan macam tu?awak bisu ke?"soal aku berasa pelik. Soal dia mengatakan dia mencintai aku tolak tepi dahulu. Bukan apa aku baru perasan yang dia tidak bersuara sedikit pun. Bisu ke dia?

Mungkin dia berasa terlalu susah untuk menerangkan kepada aku dengan isyarat tangan. Dia terus mengeluarkan iphone7 dari poket seluarnya dan menaip sesuatu lalu dia menghulurkan kepada aku

'Saya sakit tekak. Tak mampu nak bercakap banyak.sorry darl ' kata katanya yang dia taip di iphone miliknya. Aku masih tidak berpuas hati

"Kenapa awak tiba nak kahwin dengan saya tiba tiba ni?"soalku lagi . Aku menghulurkan iphone ditangan aku balik kepadanya. Dia terus memadam tulisan tadi dan memaip semula dan enghulurkan kepada aku balik

'Sebab saya cintakan awak,saya rindukan awak darl' nak tergelak aku membaca . Mengarut. Macam mana dia boleh cintakan aku dengan secepat ini

"Tapi saya tal kenal awak. Awak tak kenal saya macam awak boleh cintakan saya. Tolong ye jangan buat lawak!"ujarku dengan tegas tapi perlahan tidak mahu orang lain mendengari suara aku ni

Dia masih berlagak tenang dihadapanku walaupun aku tahu dia sedang marah terhadapku. Mana tak nyer aku sanggup meninggikan suara terhadapnya

Dia terus mengambil iphone yang berada dalam genggaman tangan aku. Dan menaip sesuatu. Sudah puas dengan taipan (?) Itu ia menghulurkan kepada kembali

'Tak perlu meninggikan suara awak tu Kayra. Sya sudah lama mengenali awak dari dalam hinggalah luar awak. Awak tu pun sudah mengenali saya tapi awak tak ingat saya. Cukuplah perbincangan kita pada hari. Saya nak balik. Assalamualaikum! "Sesudah sahaja aku membaca dia terus merampas iphone miliknya dan menundukkan badannya sedikit seperti aku buat dihadapan Dato Kaito lalu meninggalkan aku sendiri

Aku masih terpaku. 'Dia sudah lama mengenali aku?aku sudah mengenali dirinya?tapi kenapa aku tidak dapat mengingati dirinya?'
























Mana reader ni tido ke??
Cepatlah baca Kayra dah nak kahwin ni.

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now