Bab 17 - Rumah

60 4 0
                                    

Saban hari Kayra menangis setiap malam mengenangkan kehidupannya yang kosong dipermainkan dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Kayra yang cerita dahulu telah hilang lama kini dia kehilangan Kayra yang kuat semangat

"Saito!saito!..jangan!"tersedar Kayra dari mimpinya. Mimpi ngerinya

Flashback

Alangkah terkejut dia terlihat lelaki itu sedang tersenyum padanya serta berpakaian baju melayu serba putih. Bagai bermimpi pada masa itu. Rindu bagai terubat sedikit. Baru sahaja ingin mendekati lelaki itu

Tiba..

Seorang perempuan yang berpakaian sedondon dengan lelaki kesayangannya muncul dan berpegangan tangan. Remuk hati melihat adegan itu. Paling menyakitkan hatinya lelaki yang mencuri hatinya itu membalas pegangan perempuan dengan senyum lebar

Meninggalkan Kayra..

"Saito!Saito!..jangan!"

Endflashback

"Mimpi rupanya..syukur"ujar sendiri Kayra dalam keadaan berpeluh peluh di atas katilnya

Tapi entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh mimpi itu. Hatinya mula berasa kurang enak

Dia mula berfikiran positif. Tidak mahu memeningkan fikirannya. Diambil smartphone miliknya.

"Baru pukul tujuh suku petang. Buruk betul perangai kau Kayra. Elok sangat tidur waktu Maghrib. Patutlah Saito lari dari kau"kutuk Kayra terhadap dirinya sendiri

Pantas Kayra bangun dari duduknya meluru masuk ke dalam bilik air. Membersihkan badan serta mengambil air wuduk. Seusai solat Kayra turun ke bawah mencari makanan. Lapar

We don't talk anymore
We don't talk anymore
Like we used to do

Lagu automatik dimainkan menandakan panggilan diminta untuk dijawab. Berlari anak Kayra ke ruang tamu untuk mendapatkan smartphone

"Assalammualaikum.Mak apa khabar?!"ujar Kayra

"Waalaikummussalam. Baik je ni ha.Kayra hah ni mak telefon kamu ni nak cakap kamu balik rumah malam ni ye "balas Puan Khatijah didalam telefon

"Kenapa pulak mak?ada apa apa yang berlaku"soal Kayra

"Aii..balik rumah pon nak tunggu ada bende nak berlaku ke Kayra oh. Bukan apa mak nak jumpa kamu sebelum kamu jadi milik orang"

"Haha. Mana ad. Eh jap milik orang?maksud mak?"terpinga pinga Kayra mendengarkan ujar ibu kesayangannya itu

"Iyelah apa lagi. Dah sekarang gi kemas baju semua tu. Banyak sikit tau bawak baju tu. Kamu cuti kali ni lama sikit"pesan Puan Khatijah

"Mak ni suka suka jer suruh orang balik rumah malam ni. Ingat orang tak kerja keesok. Orang je tau mak. Nanti esok orang mohon cuti ye mak. Kalau lulus nanti orang baliklah ye mak. Mak nak orang cuti berapa lama?"

"Tak payahlah ko pikirkan kerja tu mak nak selesaikan dah pasal kerja kau tu. Sekarang kau balik je lah kampung"

"Ahhhh!macam mana mak?tak yah guraulah"

"Tak de mana ye nak bergurau. Mak suruhlah orang yang berhak pasal kau selesaikan. Dah sekarang balik rumah tau"

"Sape mak?"resah perasaan aku mendengar kata kata dari ibuku. Yang berhak keatas aku?. Siapa?. Ibu aku jelah tapi takkanlah kot tak logi betul.

"Kalau kamu nak tahu balik rumah. Now!Assalammualaikum"panggilan terus dimatikan

Kayra terus membuat keputusan naik atas mengemas pakaiannya. Niat untuk makan terus mati bila fikirannya rusing memikirkan kata kata ibunya itu

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now