Bab 1- Pertemuan

209 8 1
                                    

Kayra yang baru bangun melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya dengan segera kerana sudah terlewat menunaikan solat subur dan tempat interview. Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Setelah puas dengan penampilannya lantas tangannya mencapai fail yang penting dan resume yang perlu dibawa sekali. Kemudian dia keluar dari bilik tidurnya untuk mencari kelibat Jiha kawan baiknya. Jiha yang sedang menyediakan sarapan sedar kehadiran Kayra di dapur terus meletakkan sepinggan mi goreng dihadapan Kayra

"Good morning Jiha..sorry tau tak tolong kau buat sarapan and thanks sebab buatkan aku punya sarapan sekali..hehehe"

"Sokey aku faham sangat dengan perangai kau ni. Kau ni mesti dah lambatkan, gelojohnya aku tengok kau makan..sebenarnya kau punya interview pukul berapa?"

"Pukul 8.30 pagi. Dah lah aku dah nak gerak dulu nanti lambat pulak. Thanks tau sebab buatkan mi goreng kau yang sedap tu..bye"

"Sama sama. Pandu kereta tu baik baik jangan kau main rempuh jer"nasihat Jiha kepada Kayra sambil menghantar pandangannya ke Kayra yang masuk ke dalam perut kereta mini cooper sehingga hilang

Dalam 20 minit kemudian Kayra telah sampai di tempat destinasinya

SYARIKAT TEGUH HOLDINGS

Kayra mencari tempat parking keretanya. Setelah selesai parking keretanya dia terus berlari anak masuk ke dalam bangunan itu

"Cik boleh saya tanya.. tempat interview pekerja baru dekat mana ye?"tanya Kayra kepada seorang gadis yang bertugas di kaunter pertanyaan

"Oh, tempat interview dekat tingkat 8, dewan 1" dengan penuh lemah lembut gadis itu memberi jawapan

"Terima kasih"

"Sama sama"

Semasa Kayra sedang khusyuk menunggu lif untuk ke tempat interviewnya tiba tiba hadirnya seorang lelaki sedang berbual di telefonnya menggunakan bahasa jepun dan inggeris berdiri di sebelah kanannya. Kayra yang menunggu lif perasan geng perempuan perempuan di sebelah kirinya berbisik dan tersengih sengih melihat lelaki itu, tanpa dia membuang masa Kayra menoleh ke arah lelaki itu. Apabila dia melihat lelaki itu baru di faham kenapa geng perempuan perempuan itu tergedik gedik mana tak ye lelaki yang tinggi lampai, mempunya kulit putih melepak, rupa paras yang menawan dan mata berwarna coklat hezal memang akan menjadi perhatian setiap perempuan

Ting!!

Bunyi yang memberitahu lif yang dia tunggu sudah tiba. Kayra yang terdengar terus menghentikan renungan kepada lelaki itu dan terus melangkah masuk ke dalam lif tetapi dia terlanggar dengan lelaki yang dia renung tadi kerana mereka serentak ingin masuk ke dalam lif yang sama. Kayra yang sudah lewat untuk interview tidak mahu mengalah untuk masuk ke dalam lif dahulu membuatkan mereka berlanggar lagi sekali di hadapan pintu lif

"Please, lady first"ujar sinis Kayra kepada lelaki itu

Wajah lelaki itu terkejut seketika sebelum mengukir senyuman
yang lebar ke arah Kayra

"Okey,mempersilakan wahai cik.." lelaki itu membongkokkan tubuhnya sedikit sambil memberi laluan untuk Kayra

"Cik Kayra .. Kayra Syakira" bertambah lebar senyuman lelaki itu dapat mengetahui nama gadis yang menegurnya

"Okey mempersilakan wahai cik Kayra Syakira masuk dahulu"balas lelaki itu dengan tersenyih sengih

"Terima kasih"laju sahaja Kayra menapak masuk ke dalam lif di ikuti oleh lelaki itu. Kayra hairan dengan reaksi wajah geng perempuan perempuan yang berdiri di sebelah dia. Geng perempuan itu seakan akan tidak percaya apa yang mereka lihat tadi

"maafkan kalau soalan saya ni akan menyakitkan hati korang semua..tadi cik cik semua tak nak masuk ke?saya ni dah lambat..ataupun korang nak aku sediakan karpet merah"amarah Kayra yang melihat geng perempuan perempuan itu masih terjegat di luar lif sebelum mereka mengelengkan kepala mereka dengan laju.

Mereka bukan sengaja tidak mahu masuk tetapi tidak di beri masuk oleh lelaki di sebelah Kayra yang membuat muka bengisnya

"Suka hati koranglah saya dah jemput jangan kata ni sombong pulak"Kayra menekan butang tutup pintu lif dan tingkat 8

"Ermm..encik..saya nak tanya..awak nak naik tingkat berapa ni"tanya Kayra

"saya nak naik tingkat 8 sebab hari ini ada interview dekat sana"balas lelaki itu

Keadaan di dalam lif menjadi sunyi semula selepas lelaki itu berbual di dalam telefonnya itu menggunakan bahasa Jepun seperti tadi

"Pandai encik cakap bahasa Jepun belajar dekat mana? "tanya Kayra lagi memecah kesunyian di dalam lif

"Oh terima kasih..saya belajar dengan ibu saya sebab ibu saya orang Jepun"

"Oh so ayah awak mesti orang melayukan sebab muka encik alah alah muka artis melayu"

"Eh, tak lah ayah saya orang inggeris from US kahwin dengan orang Jepun pastu tinggal di Malaysia ni dah hampir 35 tahun"

"Lah ye ke tapi serius ye muka awak memang ada muka orang melayu "Kayra seakan tidak percaya yang dia berbual dengan lelaki yang berdarah kacukan

"Hahaha..awak janganlah buat buka macam tu pelik sangat ke saya ni..by the way saya Rayyan Saito"

"Panggil ...?"

"Up to you"

"Ermmm..panggil apa ye..hah saya panggil Saito sedap sikit nama tu ..hehehe tak marahkan"

"Tak lah saya okey jer"ujar Saito dengan penuh kegembiraan

'Kayra ..Kayra masih belum berubah tetap panggil Saito, Saito walaupun orang lain panggil Saito ni Rayyan..you still my sweetheart 'gumam Saito sendiri


The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now