Bab 7 - "Eh jap!!"

86 6 0
                                    

Ring!Ring!Ring!

Jam di atas meja yang berada disebelah meja dimatikan sengan lemah longlai. Kayra yang berada dalam keadaan mamai bangun lalu mencapai tuala dan menapak lemah masuk ke dalam bilik air. Sesudah menunaikan solat subuh Kayra bersiap siap pergi melaporkan diri ditempat kerjanya kerana hari ini merupakan hari pertama dia akan bertugas sebagai P.A Rayyan Saito

Apabila Kayra sudah yakin penampilannya yang sesuai dia turun ke tingkat bawah menapak ke dapur mencari makanan untuk mengalas perut

"Jiha oh Jiha aku dah siapkan nasi goreng tau kalau kau nak makan nasi ni ada jer dekat dalam tudung saji"jerit Kayra dari tingkat bawah

"Ermmm..yelah kau pergu jer lah..take care tau"suara Jiha yang serak mungkin disebabkan baru bangin tidur dari dalam bilik tidurnya

"Okey bye.. Love you"

Kayra melangkah keluar dari rumah dan masuk ke dalam perut kereta Mini Cooper kesayangannya

Hari ini Kayra sengaja sahaja datang awal ke pejabat kerana tidak mahu peristiwa yang terjadi pada hari dia datang untuk temuduga selain itu dia tidak mahu lagi memburukkan imej dia sendiri dihadapan bosnya itu.

Sedang Kayra menunggu kehadiran bosnya dia meminta bantuan Kak Ami menunjukkan tugasan tugasan yang dia perlu tahu dan menunjukkan mejanya sendiri.

"Terima Kak Ami tolong Kayra tunjukkan apa yang Kayra kene sebagai P.A CEO dekat sini"ujar Kayra gembira

"Alah hal kecik jer lah..apa lah sangat hehehe dah lah Akak nak chaw... papai"Kak Ami melangkah meninggalkan Kayra yang tersenyum manis. Setelah Kak Ami sudah melangkah jauh darinya dia terus melakukan kerjanya yang tertunggak

Kayra masuk ke dalam bilik Saito tujuannya hanya untuk mengemas meja bosnya yang berselerak dengan kertas kertas kerja . Kayra yang khusyuk mengemas meja kaku apabila melihat sekeping gambar lama seorang lelaki dengan seorang gadis yang memakai baju rasmi uniform sekolah menengah sedang saling berpandangan mata sangat mesra. Tanpa sedar Kayra mengukir seyuman sebelum wajahnya berubah menjadi terkejut

"Eh jap,asal muka perempuan tu macam aku jer?and lelaki ni Saito kan?" soal Kayra sendiri. Kayra membelik gambar itu sehingga pandangan mata terhenti tepat di serangkap kata di bahagian belakang

Cinta pertama dan terakhirku bersama kekasih hati Kayra sweetheart :D !!!
I can't forget these memories because these memories very wonderful for me in the world with my love forever after..
も私たちに私の恋人を分離することはできません
Nani mo watashitachi ni watashi no koibito o bunri suru koto wa dekimasen- (RSKS)

"RSKS? Apa maksudnya...?kenapa aku dapat rasakan aku ada kene mengene dengan gambar ni ..peliknya perasaan aku ni"Kayra mengeluh perlahan. Tiba tiba dia merasakan ada sesuatu dibelakangnya

"Hai sweetheart selamat pagi ...wah sweetheart jumpa gambar sayalah..saya dah lama cari gambar ni rupa rupanya dekat sini"tegur Saito dari belakangnya lalu mengambil gambar itu dari pegangan Kayra

"Aduh terkejut saya tau tak..selamat pagi..saya nak tanya sikit boleh siapa gadis dekat dalam gambar tu"soal Kayra yang pandangannya masih tumpu pada sekeping gambar itu

"Secret"balas Saito tersengih melihat gambar itu

"Eleh bos tu pon nak berahsiakan"cebik Kayra sambil tangannya memeluk tubuh sendiri

"What!! What did you say? Bos? Why did you call me boss again?Kayra Syakira please just call me Saito..hari tu boleh jer panggil saya Saito kenapa panggil saya bos pulak"rengek Saito seperti budak kecil

'Uishh..ni bos aku ke?macam tak percaya jer muka nampak matang tapi perangai mengalahkan budak budak'gumam Kayra dalam hati

"Lah apa salahnya bos saya panggil bos,bos tak salah kan.. Saya tak nak orang ingat saya biadap pulak dengan majikan lagipun hari tu saya tak tahu bos ni bos sebab tu saya panggil bos,Saito sekarang saya dah tahu awak ni bos saya so saya kenelah panggil bos,bos"penjelasan Kayra kepada Saito

"Okey hari tu awak tak tahu saya bos awak kan. Now awak tahukan saya bos awak so jangan melawan kata saya ...you must call me 'Saito'"sengaja Saito menekankan Saito itu lebih tinggi

"Ersihh..yelah yelah dah puas hati"rungut Kayra terus melangkah meninggalkan Saito di dalam biliknya

"Eh tu pun nak merajuk baru jer suruh panggil Saito kalau dulu boleh jer panggil kita,bie..selamba badak pulak tu"Saito hanya tersenyum melihat perangai manja Kayra yang masih tidak berubah dari dulu

--- --- --- --- --- --- ---
--- --- --- --- --- --- ---

ERMM.. Korang rasa siapa erk gadis yang bersama dengan Saito dalam gambar tu pastu sejak bila Kayra panggil Saito 'bie' ?? takkan Kayra sebab dia orang baru jer kenal..komen komen komen tau and Vote readers Married Bos?!

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now