Bab 4 - Merajuk

133 7 0
                                    

Tiba sahaja di rumah Kayra terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan zuhur dan menyalin pakainan yang sesuai untuk memasak. Setelah siap memasak makan tengah hari untuk dijadikan satapan dia dan jiha yang akan pulang dari tempat kerjanya tak lama lagi.

"Assalammualaikum..Kayra, aku ni dah balik"

'Eh tu suara Jiha tu ..cepat pulak dia balik'Kayra yang berada di dapur berlari anak pergi ke pintu utama

"Wa'alaikumsalam, ai balik awal pulak kau Jiha dah kenapa?"

"Alah kau aku balik awal pun nak dipersoalkan..aku balik awal ni sebab kerja aku dekat studio so aku malaslah tunggu dekat situ aku chaw lah.hehehe..ha kau apa citer dengan kau punya interview, okey?"tanya Jiha sambil berlalu ke dapur mengambil lauk pauk yang dimasak oleh Kayra

Kayra dan Jiha lebih suka menikmati makanan di hadapan tv sambil layan citer movie yang best

"Kelakar tapi seram"balas Kayra ringkas. Kejadian yang berlaku pada pagi tadi membuatkan dia tak senang duduk bila teringat. Jika perempuan tadi mungkin jadi kenangan paling manis tapi bukanlah dia. Dia masih tidak percaya lelaki yang dia langgar, marah, bergurau senda adalah CEO syarikat itu

"Weh Kayra asal ko termenung...weh story lah kat aku kenapa kau cakap kelakar tapi seram?"pujuk Jiha mahu tahu apa yang berlaku terhadap kawan kesayangannya

"Okey kalau kau nak tahu sangat..macam ni ceritanya..."Kayra menceritakan apa yang berlaku dari A hinggalah ke Z membuatkan dia malu terhadap Jiha atas sikapnya sendiri

"Hahaha..weh series kelakar kau punya story ni macam novel lah aduh sakit perut aku asik gelak jer... tapikan aku rasa bos kau tu dah tangkap cintan lah dengan kau"

"Ehhh,tak de manenyalah wei ..dah lah aku nak mandi malas layan kau ni dah merepek jer tahu"ujar Kayra. Dia menapak ke dapur meletakkan pinggan hilang seleranya mendengar apa yang dikatakan Jiha dan terus melangkah ke atas meninggalkan Jiha yang terpinga pinga

'Alamak baru teringat yang Kayra ni sensitif pasal ni .. mulut kau ni tak de insurans betollah'getus Jiha sendiri.

Jiha merupakan kawan baik Kayra sendiri dari bangku sekolah segala yang sama ada telah dan sedang Kayra alami dia tahu termasuklah kisah cinta Kayra dengan seorang lelaki yang sangat sayangkan Kayra dahulu tetapi mereka terpisah disebabkan Kayra mengalami amnesia 8 tahun yang lalu mengakibatkan dia lupa segala perasaan cinta dan kasih terhadap lelaki itu dan tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Kayra sangat kecewa terhadap dianya sendiri kerana tidak mampu mengingat cintanya terhadap lelaki itu sehingga hati tertutup untuk mencintai lelaki lain takut dia mengecewakan lelaki lain lagi

'Jiha ko kene fikir apa cara nak pujuk Kayra ni ..aduhh..macam mana ehh..Hah yes!ada idea pun..hehehe"

_____________

"Okey guys kita tamatkan meeting kita ni sekarang. Terima kasih"pekerja pekerja Saito beredar dari bilik itu meninggalkan Saito mengemas fail fail projek penting. Setelah siap mengemas Saito kembali termenung di meja bosnya

'Kayra Syakira still garang,still cute and beautiful..kalaulah sweetheart ingat kenangan kita dulu mesti kita dah bahagiakan..Aii tak sabar pulak nak jumpa dia esok..tapi aku pernah dengar orang orang melayu cakap ..kalau ada jodoh tak kemana ..kalau ada nanti pun boleh jumpa..hehehe'gumam Saito sendiri

Tanpa disedari Saito banyak menghabiskan masa di office memikirkan gadis itu pada hari ini

"Bos kami balik dulu ye.."tegur salah seorang pekerja kepada Saito yang sedang tersengih sengih sendiri. Saito yang tadi sedang memikirkan gadisnya terhenti mendengar teguran itu

"Ha..baik..baiklah pandu kereta tu elok"gelabah Saito dibuatnya menahan malu kepada pekerja yang sedar sikapnya tersenyum sendiri. Pekerja tadi hanya senyum lebar melihat gelagat bosnya itu

'sweetheartlah ni punya pasal kan dah kantoi..nasib baik sweetheart tak de dekat mata kita kalau tak siap sweetheart kita kenekan' jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 petang. Saito terus mencapai beg bimbit dan kunci kereta pulang ke rumahnya

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now