Bab 29 - Malam yang PAHIT

54 4 3
                                    

Kayra pov

Mimpi yang membuatkan aku berasa tidak selesa. Keliru. Mimpi yang selalu menghantui dirinya sejak dia bersama dengan Syafiq. Mungkin ini pertunjuk dari Allah tentang memori silam aku?. Tapi tak pernah aku beritahu kepada Syafiq. Tidak mahu dia risaukan keadaan aku

Kerana tidak mahu banyak berfikir. Aku memeluk tubuh Syafiq disebelah aku. Damai. Tetapi hanya sebentar apabila kejadian menerjah masuk ke dalam layar memikiran aku. Perit. Pantas aku bangun dari tempat pembaringan aku. 'Bagaimana dia boleh tahu keberadaan aku di sini?'

Baru sahaja aku ingin mengangkat punggung dari pangkin. Tangan aku ditarik agar punggung aku dilabuhkan semula. Aku membeku. Jika dia boleh buat aku pun boleh buat!

"Sweetheart dah bangun?sorry bie tertidur jugak. Sweetheart nak pergi mana?kenapa bawak motor tadi laju sangat tadi?risau bie nasib baik orang yang bie tanya nampak sweetheart pergi sini."ujar Syafiq masih terpesat pesat bangun dari tidur. Aku diamkan diri biar tiada jawapan setiap soalan yang dilontarkan

"Heyy sweetheart.. are you still mad me? Let's me explain okay?"sungguh lembut nada suaranya. Dia memusingkan badan aku agar aku berhadapan dengan dirinya. Mata aku larikan ke arah lain. Tak mahu aku bertentangan mata dengannya. Hatiku masih sakit melihat rauk wajah dihadapan aku. Tangan aku digenggam erat

"Okay macam ni ceritanya. Bie tak tahu pun mana datangnya perempuan tu. Sudden dia terus duduk sebelah bie dekat pangkin. Ye pada mulanya bie tak halau dia. Ingatkan dia nak berbaik semula. Tapi rupa rupanya dia mengapi apikan lagi. Bie bengang bie tolak dia sekali dengan tengking dia. Pastu bie nak nak masuk rumah tapi dia tiba tiba jer bangun terus peluk bie secara kebetulan pulak sweetheart keluar. Tu yang sweetheart tersalah faham tu"panjang lebar terangan Syafiq

Terdetik juga di dalam hati. 'Ye tak ye jugak kalau Syafiq mahu menduakan aku kenapa dia membantu aku halau Sarah dari rumah semasa Sarah menyerang aku di dalam rumah Tok abah' gumam aku sendiri.

"Sweetheart.. betul bie tak de apa apa pun dengan dia. Kalau bie ada apa apa dengan dia kenapa bie tak kahwin jer dengan dia. Kenapa bie kejar sweetheart sampai dekat sini"Syafiq terus memujuk aku dengan hati yang sudah terpujuk. Aku terlalu melulu. Aku percayakan dia. aku yakin pada dia. Sarah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang dia mahu.

"Sweetheart.... "."Ya bie ada apa lagi" lembut sahaja suara aku. Tiada lagi perasaan marah dilubuk hati. Terpancar jelas riak wajah Syafiq seakan tidak percaya bahawa aku menyahut panggilan. "Sweetheart dah tak marah dah dekat bie?"soal Syafiq. "tak. sweetheart yang salah sebab tak percayakan bie. Mulai hari ini sweetheart always trust you daripada apa apa pun but kalau sweetheart tahu bie amek kesempatan atas kepercayaan sweetheart. No more kiss for you. "

"Yess Boss!"ujar Syafiq sambil tabik lagak gaya seorang polis. Ketawa aku melihat gelagat comelnya. Lantas merangkul pinggangnya, pipi flawless milik suamiku menjadi mangsa tikaman bibirku.

Terbuntang mata Syafiq. Terkejut mungkin aku boleh senakal ini. Aku pun terkejut."sweetheart! Kalau nak buat baby cakaplah. Sekarang pon boleh.. "." Eh jangan mengada mengada tempat awam ni" ujarku mula menjarakkan diri. Bahagia menemani kami

Tanpa sedar sepasang mata memerhati. Genggaman tangan makin kuat. Perasaan dendam dan benci menelusuk ke dalam hati

************************************

Syafiq pov

"Assalamualaikum! " salam dilontar dari luah. Aku sedang menonton tv terdengar. 'Eh tu macam suara Farhan tu. Dah sampai dah diorang'. "Waalaikumsalam" sahut aku sambil membuka pintu kayu rumah. "Eh korang. Datang pun ingatkan tak datang. meh lah duduk sini" jemputku mereka berdua duduk di beranda rumah dan bersalam dengan mereka

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now