Bab 31 - Takpe

47 4 1
                                    

Kedinginan malam menusuk kalbu. Batal dan toto dibekalkan oleh Tok mak masih belum dapat membantu aku untuk tidur lena. Tidak lengkap jika tubuh aku menerima haba dari tubuh badan Kayra.'Haihhhh macam mana ni tak buat salah pon kene hukum jugak?dah tidur kat beranda apapun tak dah. Tapi nasib baik Kayra percayakan aku 'mati kutu dibuatnya

Memori berputa kejadian tadi

Flashback

Tiba tiba sebuah kereta Myvi putih masuk ke dalam halaman rumah. Berhenti di hadapan rumah Tok abah. Kayr mengeluarkan diri dari kereta dan memberikan aku riak wajah yang tidak tergambar. Dari jauh aku dapat lihat wajah Kayra tidak menunjukkan dia bersedih ataupun marah. Adakah ni pertanda buruk bagi aku?

YA Allah! Aku tak mampu kehilangan dia buat kali kedua

Aku mendekati Kayra. "Sweetheart "sayu sahaja suara aku. Terlalu takut menerima hakikat aku sudah hubungan aku dengan Kayra goyang. Kayra hanya memandang aku tanpa menunjuk dia mahu menyelesaikan masalah ini dengan baik. Aku cuba meraih tangannya pantas ditepis kasar oleh Kayra. Terduduk aku di situ. Mengalihkan air mata yang sudah lama tidak muncul sejak 8 tahun lalu

Risha bersama sama kedua dua rakan aku melihat drama tidak berbayar. "Maafkan bie. Bie tak buat bie diperangkap dengan Sarah. Tolong ampunkan kesalahan bie" rayu aku tanpa segan silu dengan sekeliling. Farhan yang dari tadi melihat drama itu menyampuk mungkin kesian terhadap aku."wey Kayra. Kau janganlah bertindak terburu-buru. Aku yakin Yan tak buat bende tu. Aku .."termati percakapan Farhan apabila Kayra memberi pandangan tajam

"Kayra.. Risha pun rasa Rayyan tak salah. Tak mungkin Rayyan nak curang dengan Kayra tak bersebab lagi lagi korang baru jer kahwin. Dan tak pernah pernah orang nak merogol dekat rumah ni sedangkan dia tahu bini dia dan grand parents bila bila masa jer akan balik." Setenang mungkin Risha menenangkan jiwa Kayra

Walaupun begitu, kayra hanya memberi reaksi seyuman sinis. Hatiku remuk teruk sungguh Kayra tidak mempercayai aku. Suami dia!. Perasaan aku bercampur aduk. Marah, sedih pilu tergamam. Sudah terang benderang aku tidak salah kena dia masih percayakan orang lain? Teruk sangat ke aku ni?

Aku menundukkan kepala. Tak mampu membendung perasaan yang aku alami macam ni. Sekarang aku baru faham macam mana perasaan Kayra ketika dahulu apabila orang yang kita sangat harap mempercayai kita daripada orang lain kini sudah menjadi orang pertama yang membenci kita."Arghh!"jerit aku memikirkan soal ini

Seketika apabila menerima usapan dikepala. Aku mendongak sedikit. terpaku aku melihat Kayra turut duduk dihadapan aku sambil mengusap lembut dikepala dan tersenyum manis. Mimpi indahkah aku?. Tangannya yang tadi mengusap beralih ke muka. Mengesat airmata yang mengalir tadi. Aku menyentuh tangannya dengan cukup tidak percaya. Kayra yang tadi sungguh lain dengan yang sekarang.

Semakin lebar senyuman manis Kayra. " wey korang boleh tak tolong aku jap?"soal Kayra yang memaling ke arah Risha, Zarul and Farhan. "Apa?"serentak mereka menyahut. Aku masih merenung Kayra tidak percaya hanya mendengar perbualan mereka. "Tolong cover line jap sekali pusing belakang "ujar Kayra mengenyit mata kepada aku. Mereka yang faham senyum makna

Selepas mereka berpusing tubuh. Kayra terus mengelus pipi aku. Tertutup mata aku sebelum menerima ciuman bibir kayra. Terpaku. Rendahkan perasaan marah dihati. Cukup 5 saat kayra menjarakkan mukanya. Melihat mata yang redup. "Takpe kita selesai masalah sama sama ye"ujar kayra. Aku mengangguk

Kayra bangun dan menghulurkan tangan. "Jom". Aku menyambut tangannya. "Wey korang. Kitaorang naik atas dulu tau." Tangan aku ditarik oleh Kayra

Endflashback

So jangan tanyalah kenapa aku kene tidur luar rumah hari ni. Habis jer aku cerita apa yang berlaku sekali dapat backup dari Kayra,Risha dengan dua mangguk otak boleh pakai tu nak lunyai Tok mak kerjekan si Sarah. Aku yang tak bersalah ni pon kene jugak. Dihalaunya tidur dikeluar rumah dengan Tok abah. Katanya sebab aku tak berjaga jaga

'So plan apa yang aku kene buat biar aku boleh tidur dengan Kayra tanpa pengetahuan Tok abah' monolog aku sendiri. Tiba tiba mentol di atas kepala aku menyala. Senyuman jahat mula menghiasi bibir. "Tangga!"

Tubuh badan yang sudah labuh di atas toto diangkat. Bangun dan berlari anak ke stor barang. Tangga diambil dibawa keluar. Diusung dengan perlahan tidak mahu penghuni rumah terjaga. Disandarkan tangga itu ke dinding rumah yang mempunya tingkap kayu

'tuk!tuk!tuk!'."sweetheart bukak tingkap ni.bie nak masuk"ujarku sayup. Dapat rasakan selak tingkap dibuka dari dalam. Maka muncul wajah Kayra kelihatan seperti baru bangun dengan berpakaian menggugat iman. "Bie!"terkejut Kayra melihat tindakan suaminya ini.Pantas aku mengambil langkah memanjat masuk ke dalam bilik. Selamat mendarat tingkap ditutup tubuh kecil dihadapannya didakap erat

"Sweetheart ni saje jer kan pakai baju macam ni. Macam tau tau jer bie nak datang"aku mengetatkan lagi pelukan."bie lepaslah lemas Kayra."menolak kasar tubuhku. Sape suruh peluk ketat sangat?

"Ni macam mana boleh tersesat kat dalam bilik ni. Tempat tidur bie kat luarkan? Ni kalau tau Tok abah mes.."mulut Kayra aku tutup. "Shushh! Macam manalah tok abah tak tahu kalau sweetheart asek sebut jer. Kang tak pasal pasal dia tahu." Tangan diturunkan dan langkah dibuka mendekati katil. Nyaman

"Hehehe.sorry bie" kayra turut mengambil tempat disebelah aku. "Hmmm. Sweetheart bie nak tanya kenapa pakai baju yang terlalu sexy macam ni tiba tiba" soal aku sambil menilik pakaian Kayra. Kayra melihat pakaiannya dan memandang hairan. 'Sexy sangat ke?' Singlet dengan kain batik

"Dah sepatutnya kita ni tidur sorang. Tak jangka pulak lagi sorang tu panjat nak atas kalau tak kita pakai baju kelawar jer" perli Kayra cukup mendalam. Tajam!. "Dah mehlah bie peluk Sweetheart. Bie pajat sini pon sebab sweetheart bukan sebab orang lain." Aku rebahkan tubuh dan tubuh Kayra. Tangan aku melingkar ke pinggang. Tubuhku bagaikan sudah melekap dibelakang kayra.

"Good night sweetheart. I love you so much. You are my beautiful sexy wife. You are mine for ever after."

"Good night and i love you too. You are my handsome hubby. I'm yours for ever after "

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now