Bab 30 - termenung

44 5 5
                                    

Syafiq pov

Aku mencapai parang. Tiba masanya dia lenyap. Berpatah balik aku ke ruang tamu dengan perasaan amarah yang membuak buak. Aku takkan lepaskan dia. Kelihatan Sarah dihadapan pintu bersama beberapa orang lelaki seperti ahli Jais dan segelintir  orang kampung  . Aku terus melangkah laju mendekati Sarah seperti menangis teresak esak . Lakonan

"kau mari sini!biar aku bunuh kau jugak hari ni. Boleh aku hidup aman. Kau kan memang perempuan yang tak pernah puas hatikan bila orang lain bahagia. Sekarang biar aku bagi kebahgiaan kau di neraka !.mampus kau!" Ujarku dari jauh seperti orang tidak waras . Sarah dan orang lain terpaku melihat aku membawa parang yang cukup panjang

Aku menarik Sarah sehingga jatuh tersembam ke lantai.  " malam ni aku akan jadikan malam yang cukup bermakna bagi perempuan si*l macam kau!"jerkah aku menghunus parang ke arahnya. Sarah menggigil ketakutan." Abang apa yang abang buat ni! Abang dah lah nak rogol Sarah lepastu nak bunuh depan orang ramai. Jantan tak berhati perut!" Lakonan yang cukup mantap dipersembahkan oleh Sarah membuatkan orang orang Jais tertipu

"Encik. Encik baik encik bawa bertenang dan berbincang elok. Kalau encik sudah melakukan kesalahan encik haruslah bertanggungjawab bukannya sehingga ingin membunuh. Bertaubatlah Encik"ujar slah seorang dari mereka. Nasihat itu membuatkan aku lagi rasa terhina. Aku tidak bersalah atas kesalahan ni. Kalaulah aku mengikut Zarul dan Farhan pergi makan tadi pasti aku tidak terlibat dalam masalah ini. Seketika aku berasa kesal

"Tapi Encik saya tak hadap pon dengan perempuan jalang ni. Tak de maknanya kalau saya nak rogol perempuan yang macam ni perangainya.  Saya masih sayangkan isteri saya yang baru saya kahwini " terangku tapi masih tidak berganjak dari tempat tadi

"Baiklah kalau macam itu. Encik tak kesian ke kalau isteri encik yang baru encik kahwini tu tahu yang encik ni seorang pembunuh ? Kalau encik tidak pernah nak rogol cik ni encik kenelah buktikan baru isteri encik akan bertolak ansur "ujar seorang lelaki lain dari antara mereka. Terdiam aku 'Ada benarnya juga.  Kayra takkan menerima aku kalau aku bunuh perempuan ni. Aku harus buktikan!'

Aku menurunkan parang yang aku pegang. Lalu aku menghampiri mereka. "Kalau macam tu saya kene buat apa? "Soal aku dengan suara amat sedih dengan nasib aku. " terima kasih encik sebab encik bekerjasama dengan kami. Baiklah. Sekarang baik encik telefon keluarga encik terdekat agar mereka boleh datang kemari berbincang bersama kami. Yelah kes rogol boleh jadi kes polis. Jadi kami cadangkan biar sahaja encik dan keluarga encik berbincang bersama keluarga cik Sarah. Barulah boleh buat keputusan dengan adil" panjang lebar ujar lelaki itu. Aku hanya mengangguk sahaja

Tanpa membuang masa aku menelefon Tok mak. Tak mahu aku menelefon Tok abah ,pasti aku akan dicaci maki sebelum dia tiba di sini. 'Tupp..Tupp..tupp'." Assalamualaikum Syafiq. Ye cucu nenek nak apa ni?" Tok mak terus membuka kata. Aku dalam ketakutan ingin memberitahu masalah" waalaikumsalam tok mak. Ni Syafiq nak tanya ni lambat lagi ke tok mak, tok abah dengan Kayra nak balik?"soal dalam menahan getaran jiwa. " dah nak balik dah ni tunggu isteri kamu jer ni balik dari temankan Risha ke pekan. Ni ada apa ni telefon tok mak?" balas Tok mak dapat menyenangkan hati aku sedikit dan gelisah.

"Tok mak. Syafiq nak bagitau ni yang Syafiq sebenarnya..sebenarnya.. ". "Sebenarnya apa Syafiq oii". Aku memejamkan mata meminta kekuatan untuk aku berbicara. "Sebenarnya Syafiq kene tangkap basah dengan Sarah"ujarku sekali nafas."APA!!? Astagfirullah al-azim!  Syafiq kenapa kau buat bende ni nak! Jap tunggu tok mak dengan tok abah balik!"ujar tok mak dengan nada geram Lalu mematikan talian.

Tanpa sedar aku mengeluh. 'Tidak sampai seminggu aku berkahwin dengan Kayra tapi sudah banyak dukaan. Khamis minggu depan hari persandingan tapi macam mana nak berjalan lancar kalau Kayra salah faham dengan aku'. Aku terus keluar ke halaman meninggalkan mereka di dalam rumah. Menunggu kedatangan Tok mak dengan Tok abah sambil mengambil angin.

"Agrhh!"jerit kecil aku. melepaskan beban dikepala. Duduk aku dipangkin dan memandang ke arah pintu rumah yang dipenuhi orang Jais. Termenung memikirkan cara untuk membuktikan yang aku tidak bersalah dalam hal ini. Seketika terdengar bunyi motor milik tok abah mendekati aku yang duduk dipangkin

Tok abah kelihatan begitu bengis. Dia mematikan enjin motor dihadapan aku sebelum turun menapak ke arah aku. " budak kurang ajar! "Tamparan yang hangat tiba dipipi putih aku. Mungkin masih tidak berpuas hati dengan tiada tidak balas aku Tok abah menarik kolar baju aku sihingga aku terbangun. "Eh kau memang nak kene ye dengan aku!  Kau memang nak sakitkan hati Kia ye ha! Tak kenang budi betul!" Sekali lagi pipi aku menjadi mangsa tamparan milik tok abah

"Awak sudahlah tu! Awak jangan tuduh dia melulu. Entah entah salah faham jer ni takkanlah Syafiq nak kecewakan Kayra. Diorang kan baru jer kahwin " ujar tok msk menangis teresak-esak melihat aku dipukul oleh tok abah. "Assalamualaikum. Ada apa ni tok abah tok mak yann?"soal Farhan yang datang dari warung pak mael Membawa bungkusan makanan bersama Zarul yang blur cukup habis.

"Ni ha! Kawan kamu yang bagus sangat kene tangkap basah! Tak layak langsung jadi cucu menantu aku" Merengus kegeraman lalu melepaskan genggaman tangan dikolar baju aku. Membulat mata Farhan dan Zarul. Tak sangka mungkin mendengar apa yang katakan oleh tok abah. " betul ke Yann? Ke aku salah dengar?" Riak Farhan cukup tidak percaya manakala Zarul hanya muka bersimpati

"Dah lah aku dengan tok mak  nak ke atas buat benda yang patut. Kayra dalam perjalanan ke sini. Mesti dia cukup kecewa dengan kamu Syafiq. Cukup kecewa" ujar Tok abah berlalu bersama  tok mak yang  masih menangis tetapi sudah tidak teresak lagi.

Aku menghantar pandangan mengikut langkah tok abah dan tok mak sebentas dan menundukkan kepala aku semula melihat tanah. "Wey serious ke wey kau kene tangkap basah? Kau kene tangkap basah dengan sape? Minah mana?"soal Farhan sambil melabuhkan punggung di sebelah aku begitu juga dengan Zarul. "Aku ken tangkap basah dengan budak Sarah ex junior and ex girlfriend lakonan aku tu" kata aku dengan tiada perasaan

"Sarah yang gilakan kau tu tapikan kau tak pernah sukakan dia. Setahu aku kau jadikan dia girlfriend kau tu pun nak jeleskan si kayra kan" farhan mengimbau kenangan lama. "Ye tapi ni kes si Sarah tu perangkap aku. Sekarang ni aku bingung ni nak bagitau kat Kayra macam mana. Kusut aku wey kusut!" Tanpa sedar aku menjerit lagi

"Dah hagak dah mesti dia yang buat hal. Aku dah kenal kau lama Yang aku yakin kau takkan mendukan Kayra tapi tu lah macam nak jelaskan kat Kayra ye " persoalan aku tadi diulangi lagi oleh Farhan." Ha aku ada idea!"ujar Zarul dari tadi diam kini bersuara. "Apa?!"kata aku dengan Farhan serentak. Bersinar sinar mata aku mahu mendengar cadangan Zarul. Kadang kadang otak Zarul ni boleh tahan. Mana tahu cadangan yang akan disuarakan oleh Zarul ni boleh menyelesaikan masalah aku.

Siapa tahukan?

"Apa kata kau cakap kat Kayra yang kau takde perasaan nak bersetubuh dengan perempuan. Senang citer kau cakap yang kau ni gay lah dah tentu tentu si Kayra tak anggap kau rogol dia, tak pe kau boleh cakap yang aku ni partner kau aku sanggup berkorban. Now konfem masalah kau selesai"dengan bangga dan tersengih Zarul melepaskan ujar dia. 'BUKK' tumbukkan aku tiba belakang badan Zarul.Okay, aku tarik balik apa yang aku cakap. Memang tak boleh pakai. Tergosok gosok Zarul menahan kesakitan  

"Kepala kau!"." Entah kau Rul. Kawan kita ni nak selesaikan masalah bukan buat timbulkan masalah lagi. Kalau si Yan ni cakap macam tu bukan si Kayra sekali aku larikan diri. Bod*h"Farhan terus backup aku dari plan tak leh pakai si Zarul. "Eh ye tak ye jugak. Sorry yan" zarul tersengih macam kerang busuk. Aku hanya menggeleng kepala.

Tiba tiba sebuah kereta Myvi putih masuk ke dalam halaman rumah.  Berhenti di hadapan rumah Tok abah. Kayr mengeluarkan diri dari kereta dan memberikan aku riak wajah yang tidak tergambar. Dari jauh aku dapat lihat wajah Kayra tidak menunjukkan dia bersedih ataupun marah. Adakah ni pertanda buruk bagi aku?

YA Allah! Aku tak mampu kehilangan dia buat kali kedua

The Definition Of LoveWhere stories live. Discover now