Bab 1

10K 300 5
                                    

Nadia membetulkan tudungnya di hadapan cermin tandas guru. Bibirnya dicalit sedikit gincu merah jambu kegemarannya. Baju kurungnya dibetulkan lalu dia mengambil beg dan buku rekod mengajarnya. Langkahnya diatur ke kelas tingkatan 5. Seperti biasa, pada hari Isnin selepas sahaja waktu rehat, dia akan mengajar mata pelajaran biology di kelas 5 inovatif.

Walaupun usianya muda, namun jangan dipandang serong. Ilmunya penuh di dada. Pelajar lain juga suka bila dia masuk mengajar kerana cara pengajarannya yang santai. Sejurus sahaja dia melangkah masuk ke kelas, ketua kelas mula menyuruh pelajar lain untuk berdiri.

"Selamat sejahtera cikgu,"

Lalu diikuti dengan pelajar lain.

"Selamat sejahtera, duduk"

Lalu para pelajar pun duduk di tempat masing - masing. Nadia senyum lalu menyuruh para pelajar mengeluarkan buku teks masing - masing.
Maka sesi pembelajaran pun bermula.

* * *

Asyraf bangun dari lena sejurus terdengar namanya dipanggil. Baru sahaja hendak lelap seketika, dah ada yang mengganggu. Maklumlah, kerjaya sebagai doktor memang penat dan semestinya tidak cukup tidur. Dia terus menyangkutkan stetoskop yang diletakkan di atas meja tadi di lehernya.

Dia berlari mengikuti jururawat yang memanggil namanya tadi. Kalau dah sampai berlari macam ni, tak lain tak bukan kes kecemasan. Dia ditugaskan di bahagian wad kecemasan jadi asal ada kes kecemasan, dia juga yang akan dicari.

Sebuah ambulan tiba di perkarangan luar wad kecemasan. Beberapa orang paramedik bergegas keluar dan menarik strecher (cek Google binatang apakah ini)

Seorang lelaki yang berlumuran darah terbaring di atas strecher. Kemalangan jalan raya kata paramedik yang bertugas. Macam biasa, dia mengeluarkan lampu suluh kecil yang sentiasa ada di poket kot nya.
Dia pun memeriksa tindak balas anak mata pesakit itu dengan cahaya lampu suluhnya.

"Nurse bawa pesakit ni ke operation theater sekarang," Asyraf memberi arahan.

Dia masih kelihatan tenang walau berhadapan dengan situasi sebegini. Maklum lah, alah bisa, tegal biasa lah katakan. Sebagai seorang doktor ini tanggungjawabnya. Tulah, sapa suruh jadi doktor.

Pembedahan pun selesai selepas sejam. Pesakit itu selamat. Pesakit itu kehilangan darah yang banyak. Mujurlah pesakit itu cepat dibawa ke hospital. Kalau tidak, dia pasti akan kehilangan nyawa akibat pendarahan yang teruk di kepala.

Asyraf terus sahaja balik ke rumah selepas tamat waktu bertugas. Penat sungguh dia hari ini. Belum termasuk kalau ada orang yang memerlukan khidmatnya nanti. Pernah ada yang menelefon pada pukul 2 pagi kerana memerlukan khidmatnya. Mahu tidak mahu, dia perlu pergi.

"Assalamualaikum Umi," ucapnya di luar pintu rumah.

"Waalaikumussalam, masuk Asyraf," ibunya menjawab salam dan mempelawanya masuk.

Asyraf pun membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah. Dia terduduk di atas sofa Asyraf masih tinggal dengan ibu dan ayahnya. Adiknya pun ada bersama mereka. Asyraf anak tengah, dia hanya mempunyai 3 orang adik beradik.

"Asyraf, Umi nak cakap sikit," ibunya mendekati perlahan lalu duduk di sebelahnya.

"Apa dia Umi?"

"Asyraf dah 28 tahun dah. Takkan tak ada teman istimewa?"

"Umi, Asyraf tak sedia lagi la Umi. Nanti dah kahwin semuanya kat atas bahu jemala patik tau,"

"Tulah, Umi suruh kahwin dengan Aina hari tu tak nak. Okay apa, cantik, baik, sopan santun, lemah lembut pulak tu,"

"Umi, kami kawan biasa je Umi. Kami kawan dari sekolah menengah lagi. Masuk sekolah medic pun sama - sama,"

"Tak baik macam tu. Sebab kamu berdua selalu bersama lah dia akan anggap yang kamu bagi harapan pada dia. Umi tengok dia tu macam sukakan kamu,"

"Memang dia suka Asyraf pun. Dari sekolah menengah lagi. Tapi Asyraf tak nak. So dia setuju nak jadi kawan Asyraf,"

"Macam ni lah, kalau susah sangat nak terima Aina, minta petunjuk dan agar dibukakan hati untuk terima dia. Aina tu baik budak nya. Jarang jumpa perempuan macam tu zaman sekarang,"

"Umi, jangan nampak kebaikan je, keburukan Umi tolak tepi. Asyraf kenal dengan Aina tu macam mana. Asyraf dah masak dengan perangai dia. Tak apa Umi kalau ada jodoh, ada lah tu. Kalau tak ada, Umi doakan lah supaya anak Umi ni dapat jodoh yang sesuai,"

"Macam ni, apa kata Umi yang pilihkan? Kebetulan Umi ada kenal seorang kawan Umi ni. Baik orangnya. Ada anak perempuan seorang. Umi pernah tengok gambar dia je, tapi cantik orangnya. Sejuk hati Umi tengok,"

"Umi ni. Asyraf muda lagi lah. Asyraf belum sedia nak kahwin lagi,"

"Umi gurau je lah. Umi tak akan paksa kamu. Kamu ingat ni zaman logam ke? Nak main paksa kahwin. Hujung minggu ni Umi jemput diorang sekeluarga makan malam je. Pastikan Asyraf datang tau,"

"Umi..."

"Umi jemput makan je. Bukan nak jodohkan kamu. Pasal jodoh kamu, biar takdir yang uruskan. Umi dah tua Asyraf, malas Umi nak bertikam lidah dengan kamu,"

"Okay, Asyraf cuba. Umi tak payah lah nak kecil hati. Tapi ada satu syarat,"

"Apa?"

"Umi kena rahsiakan yang Asyraf ni doktor. Lagi bagus kalau Umi cakap yang Asyraf ni menganggur ke, boleh?"

"Kenapa pulak? Dah elok jadi doktor, nak kena labelled penganggur pula?"

"Umi nak Asyraf datang atau tak?" Asyraf berkata dan ada nada ugutan di situ.

"Yelah, macam - macam betul kamu ni. Tapi pastikan kamu datang sebelum pukul 7 tau,"

"Insya Allah Umi. Asyraf naik dulu la. Penat lah Umi, nanti Asyraf turun makan,"

"Yelah. Pergi berehat,"

* * *

"Penat nya..." Nadia mengeluh. Badan dan bahunya lenguh sungguh. Mengalahkan buruh kasar lah pulak.

"Nurul Nadia Asheera!"

Terbuntang matanya apabila terdengar namanya di laung.

"Kenapa ni mak?"

"Apa nak jadi dengan kamu ni? Balik dari mengajar terus baring atas katil. Pergi lah mandi dulu kalau ya pun nak berlingkar atas katil ni," bebel ibu Nadia.

"Ala, kejap je," balas Nadia.

"Hujung minggu ni ikut mak pergi rumah kawan mak. Dia jemput kita sekeluarga makan dekat rumah dia,"

"Malas lah mak, tu kan kawan mak,"

"Jangan nak mengada. Kamu mesti ikut mak hujung minggu ni. Kalau tak, siap kamu,"

"Yelah - yelah. Nadia usahakan,"

"Nurul Nadia Asheera binti Abdul Malik!"

"Okay fine. Nadia pergi.. emak ni pun. Nasib baik ayah bagi nama tak panjang sangat. Kalau tak, sampai esok tak habis panggil nama Nadia,"

"Amboi, ke situ pula dia. Ingat Nadia, jangan lambat tau. Kamu tu memang buang tebiat betul."

"Baiklah puan Ain Mashitah binti Sulaiman, hamba menjunjung perintah,"

Puan Ain pun menggelengkan kepalanya melihatkan kerenah anaknya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

"Haih, perlu juga ke aku ikut. Kan elok kalau tido je. Kacau betullah," bebel Nadia berseorangan.

Dia pun mengambil tuala nya lalu membuka tudung yang dipakainya. Rambutnya yang disanggul rapi dilepaskan. Dia pun menuju masuk ke dalam bilik air.

"Tapi kenapa tiba - tiba mak bawa aku sekali? Ini tak lain tak bukan ada agenda tersembunyi. Hrmm apa - apa jelah," hati Nadia berbisik. Nadia pun membuka pili air lalu mandi di bawah pancuran air sambil menyanyi riang.

* * *

Dear Doctor, I Love You [ON HIATUS]Where stories live. Discover now