Asyraf dan Farish melangkah masuk ke dalam hospital semula. Masing - masing mengambil carta pesakit di atas kaunter. Diteliti satu persatu maklumat yang tercatat lalu diselak helaian kertas itu beberapa kali. Farish mengerutkan dahinya. Diteliti semula butiran di atas kertas itu. Dia menepuk bahu Asyraf. "Ikut aku," ringkas Farish. Asyraf pun tidak berkata banyak lalu mengikut Farish dari belakang.
"Kenapa?" Asyraf akhirnya bersuara.
"Kau tengok ni," balasnya kelihatan marah. Carta pesakit akhirnya bertukar tangan. Asyraf meneliti carta tersebut. Segala butiran dibaca satu persatu.
"Rashes, dizziness and itchy eyes? Sejak bila?"
"Baru je. Doktor pelatih yang pantau tadi," Farish berkata lagi.
"Habis siapa yang bagi penicillin? Dah sah pesakit alah dengan penicillin kan?" Asyraf pula yang naik darah kali ini.
"Yang tu satu hal. Yang aku risau kalau anaphylaxis yang jadi. Nanti tambah teruk. Sebab tu aku nak pantau pesakit tu," terang Farish lagi. Naik pula darahnya. Ingat nyawa pesakit boleh dibawa main?
"Doktor, suami saya. Suami saya doktor!" Jerit seorang wanita. Farish dan Asyraf agak terkejut. Mereka tidak fikir banyak, Asyraf dan Farish bergegas mengikuti wanita tersebut.
Sampai sahaja di katil pesakit, terus Farish memeriksa keadaannya. Pesakit itu memegang erat dadanya. Dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Wajahnya juga pucat. Denyutan nadi juga lemah. Seorang Nurse turut bersama mereka. Nurse itu terus menarik birai katil.
"Sejak bila lagi macam ni?" Asyraf bertanya.
"Baru tadi. Tolong suami saya doktor," rayu wanita itu. Asyraf hanya mengangguk pantas. Dia kemudiannya mendekati Farish.
"Anaphylactic reaction," ringkas Farish. Asyraf agak terkejut. Apa yang dirisaukan Farish tadi menjadi kenyataan.
"Nurse sediakan epinephrine injection sekarang," jururawat mengangguk faham lalu bergegas keluar mengambil apa yang diminta oleh doktor Farish tadi.
Setelah mengambil dos cecair yang diperlukan, Farish menyuntik cecair tersebut di paha pesakit si hadapannya. Usai disuntik, Farish membaringkan pesakit tersebut.
"Benda ni ambil masa sikit tapi jangan risau, lepas ni semua akan okay," terang Farish lagi. Wanita yang ibarat ayam berak kapur itu terus menghela nafas lega.
"Suami Puan mungkin perlu suntikan kedua jadi buat masa sekarang ni kami akan pantau suami puan," Asyraf pula yang berkata.
"Ada apa-apa boleh terus panggil kami. Kami minta diri dulu ya," Farish meminta diri. Mereka pun beredar dan membiarkan wanita itu bersama dengan suaminya.
"Aku tak puas hati betul lah. Takkan tak ada siapa pun kisah yang pesakit tu alah dengan penicillin? Ingat anaphylaxis tu tak bahaya ke? Boleh bawa maut tau," rungut Farish. Hatinya masih panas.
"Takkan tak ada seorang pun dari 3 doktor pelatih tu tak perasan? Nasib baik kau perasan," ujar Asyraf lagi.
Akhirnya mereka sampai dia bilik rehat. Di sinilah di mana doktor yang menjalani housemanship berada. Semua terkejut dengan wajah Farish yang selalunya periang akhirnya berubah kepada wajah bengis apabila Farish melangkah masuk.
"Siapa yang bagi penicillin dekat pesakit katil 11? Kan pesakit tu alah dengan penicillin tapi masih bagi tu kenapa? Tadi pesakit tu turns to anaphylaxis. Siapa nak jawab? Kalau dia dakwa for medical malpractice macam mana?" Tegas Farish. Semua menunduk. Ada yang ketakutan mendengar suara Farish yang garang dan tidak berlembut seperti selalu.
YOU ARE READING
Dear Doctor, I Love You [ON HIATUS]
RomanceNadia Asheera seorang guru mata pelajaran biologi berumur 24 tahun yang sangat mesra dengan pelajarnya. Dia seorang guru yang penyayang dan prihatin. Namun pantang ada pelajar yang tidak mendengar arahannya. Semua guru dan pelajar amat menyenanginya...