"Assalamualaikum cikgu. Dah nak balik?" Suara yang Nadia kenal kedengaran. Dia menoleh ke belakang. Dia memberikan senyuman kepada gerangan itu."Doktor Farah. Ya, banyak benda nak buat," kata Nadia lagi.
"Doktor Asyraf tak ikut sekali? Kan dia cuti hari ni. Hari perkahwinan pula tu," Farah menyoal lagi.
"Ikut, kejap lagi dia datang la tu,"
"Saya minta maaf la tak dapat datang majlis perkahwinan cikgu. Saya kalau boleh nak sangat datang. Tapi.. nak buat macam mana. Kerja kan," Farah berkata sedikit kesal.
"Saya faham doktor. Jangan risau. Saya tak ambil hati. Sedangkan Asyraf yang cuti tu pun sepantas kilat datang sini apa lagi doktor," kata Nadia lagi. Dia menyimpul senyuman.
Setelah berborak kosong sedikit, Farah pun meminta diri. Tidak lama selepas itu Asyraf datang semula.
"Mana dapat baju dan sampin ni?" Asyraf menyoal.
"Abah punya," balas Nadia ringkas.
"Abah punya? Biar betul?"
"Ya.. abah punya. Kita belum sempat ambil gambar berdua dan dengan family lagi kan. Masa saya pergi sini abah memang dah agak baju awak akan kotor. So, dia pinjamkan baju dan sampin ni," terang Nadia lagi.
Nadia masih lagi dengan baju nikah nya. Sengaja tidak mahu menukar baju. Nasib baik baju nikah nya cuma baju kurung moden dengan hiasan yang sangat minima. Mudah sikit dia bergerak.
"Hmm kedua mempelai kita dah datang," Farish yang entah dari mana datang menyapa. Dilihatnya pakaian Farish. Dia telah menukar baju melayu nya.
"Bila kau tukar baju? Baju siapa?"
"Ala, tu tak penting yang penting ialah orang yang ada dekat dengan aku ni," ujar Farish menunjuk ke belakangnya.
"Hah Asyraf, lama sangat kami tunggu tau,"
Kini suara abah Asyraf pula kedengaran.Bila dia menoleh saja, seluruh keluarga terdekat Nadia dan Asyraf berada di sana.
"Ya allah, apa semua ni abah," Asyraf terkejut. Abahnya hanya tersenyum.
"Nak tunggu kamu balik rumah memang lambat la jawabnya. Jadi abah bawa semua datang hospital. Saja tengok kamu. Kita ambil gambar dekat sini sajalah. Baru lawa!" Abah Asyraf memberi cadangan pula. Semua bersetuju.
"Tak kan lah dekat sini abah," Asyraf ragu. Orang ambil gambar dekat rumah, atas pelamin, ni nak bergambar di hospital? Tak cukup kah kegilaan lepas akad terus berlari pergi hospital?
"Tak apa, kita rare!" Farish menyokong. Apa lagi kedua mempelai ni menurut saja. Selepas beberapa lama, 'acara' mereka pun selesai. Semua mengucapkan tahniah kepada Asyraf dan Nadia.
------
Asyraf dan Nadia kini berada di dalam kereta. Asyraf sungguh penat. Subuh lagi sudah pergi ke rumah Nadia. Mengantuk jangan cakap lah.
Mereka hanya diam sepanjang perjalanan balik. Kalau ada apa pun yang hendak ditanya, Asyraf membalas sekadar yang mampu. Mereka kembali senyap. Janggal pula rasanya.
"Eh ni bukan jalan pergi rumah umi dengan abah," Nadia memecah kesunyian.
"Memang lah bukan,"
"Habis kita nak tinggal dekat mana? Soal Nadia lagi.
"Rumah kita lah. Tak kan rumah kebajikan orang tua," Asyraf berseloroh. Nadia menarik muka.
"Betul - betul lah," desak Nadia sekali lagi. Dia inginkan jawapan yang sebenarnya.
YOU ARE READING
Dear Doctor, I Love You [ON HIATUS]
Storie d'amoreNadia Asheera seorang guru mata pelajaran biologi berumur 24 tahun yang sangat mesra dengan pelajarnya. Dia seorang guru yang penyayang dan prihatin. Namun pantang ada pelajar yang tidak mendengar arahannya. Semua guru dan pelajar amat menyenanginya...