"Okay kelas buka muka surat 52 dan keluarkan buku nota," lantang Nadia bersuara di hadapan kelas.
Pen marker dibuka penutupnya lalu mulalah jari bergerak menulis di atas papan putih. Setelah beberapa minit dia berhenti. Nadia menoleh kepada anak muridnya. Semua sudah bersedia dengan buku nota dan buku teks masing - masing.
Nadia tersenyum sendiri. Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan. Kemudian, mulalah mulut menutur kata tentang apa yang patut diajarkan pada hari itu.
"Nadia, macam mana kehidupan kau?" Sarah yang sibuk menanda buku latihan pelajar tingkatan 3 memulakan perbualan.
"Lain macam bunyi soalan," Nadia membalas. Dia memandang Sarah.
"Ya lah. Kau kan tinggal dekat rumah keluarga putera tu. Jadi macam mana?" Soal Sarah lagi.
"Oh..." ungkap nya. Belum sempat dia berkata selanjutnya sudah ada yang memotong.
"Cikgu! Alia pengsan!"
Disebabkan kebanyakan guru masing - masing berada di dalam kelas mengajar, hanya Sarah dan Nadia yang berada di situ. Kelihatan beberapa pelajar perempuan memapah Alia ke bilik guru.
"Ya Allah! Alia!" Laung Nadia. Dia terus menghampiri mereka.
Alia merupakan salah satu daripada anak muridnya. Disebabkan dia merupakan guru bertugas dia lah yang bertanggungjawab jika ada kes pelajar jatuh sakit. Nadia tidak berfikir panjang. Dia terus mengambil kunci keretanya dan membantu pelajar lain memapah Alia ke kereta. Sarah turut membantu.
"Kamu semua tunggu sini. Biar cikgu hantar Alia ke hospital," kata Nadia. Murid lain hanya mengangguk faham. Mereka beransur ke kelas masing - masing.
Sampai sahaja di perkarangan luar unit kecemasan, dia terus meminta bantuan pembantu perubatan yang bertugas di kaunter luar. Mereka bergegas membantu Nadia. Alia dipapah keluar lalu dibaringkan di atas pengusung. Nadia kembali masuk ke dalam kereta untuk meletakkan keretanya di kawasan parking. Dia kemudian kembali masuk ke dalam wad kecemasan.
"Kenapa ni?"
"Dia pengsan. Rasanya cikgu dia yang bawa pergi sini,"
"Okay bawa dia masuk. Call penjaga dia ya,"
"Baik doktor"
"Cik tunggu di sini ya dan tolong Call parents pesakit tadi ya," ujar petugas hospital. Nadia mengangguk dan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mencari nombor telefon ibu Alia.
"Mana ibu bapa pelajar tadi? Dah ada? Saya ada benda nak bincang," suara seseorang menyentak pembantu perubatan yang berada di sebelah Nadia. Nadia masih melihat telefonnya. Entah dia dengar atau tidak. Terus sahaja gerangan yang bersuara tadi memalingkan muka.
"Erin, sini" Nama pembantu perubatan dipanggil.
"Ni ke cikgu pelajar tadi?"
"Ya doktor. Kenapa?" Kelihatan doktor sedang mengetap bibir.
"Tak ada apa - apa. Saya nak jumpa ibu bapa pelajar tadi ya. Tolong cepat sikit," ujar doktor itu lagi. Dia pun beredar pergi.
"Hello, assalamualaikum puan. Saya nak bagi tahu yang Alia pengsan. Saya bawa dia ke hospital. Harap puan dapat datang cepat ya,"
"Ya puan. Saya pun tak tahu kenapa, tapi saya harap puan boleh sampai cepat," sambung Nadia lagi. Mukanya masih menunjukkan riak gusar. Dia akhirnya memutuskan talian.
"Doktor, tekanan darah dia rendah sangat ni. Pulse rate pun sama," ujar jururawat yang dari tadi sibuk dengan Alia.
"Saya belum jumpa parents dia lagi. Tak apa, kita buat apa yang patut dulu,"
YOU ARE READING
Dear Doctor, I Love You [ON HIATUS]
Storie d'amoreNadia Asheera seorang guru mata pelajaran biologi berumur 24 tahun yang sangat mesra dengan pelajarnya. Dia seorang guru yang penyayang dan prihatin. Namun pantang ada pelajar yang tidak mendengar arahannya. Semua guru dan pelajar amat menyenanginya...