Bab 19

4.3K 197 11
                                    

"Ya Allah, Nadia bangun! Dah lewat dah Ni. Majlis mula pukul 10. Sekarang dah pukul berapa? Bangun cepat!" Puan Masnah terlolong sebaik saja dia masuk ke dalam bilik Nadia.

Nadia dengan sedaya upaya membuka matanya. Mata digosok berkali - kali. Kini dia menumpukan sepenuh perhatian kepada jam di dinding. Semakin lama semakin jelas angka jam itu.

"Mak, baru pukul 3 pagi lah. Awal sangat. Kan Nadia biasa bangun subuh pukul 5. Nadia nak tidur lagi," ucap Nadia kecewa bila jam masih lagi pukul 3 pagi. Tidurnya menjadi tidak aman.

"Ya rabbi! Nadia bangun. Banyak benda nak buat ni. Cepat! Asyraf dah sampai dah tu,"

"Apa pula Asyraf dah sampai. Baru pukul berapa. Dah gila ke apa datang rumah orang pagi buta macam ni. Matahari pun malu nak keluar lagi tau," Nadia berkata lagi. Selimut terus ditarik hingga menutup kepalanya.

"Nak buat macam mana cikgu. Memang dah umi dengan mak suruh datang awal. Kan banyak lagi benda nak buat. Walaupun secara teknikal semua macam dah perfect dah. So why don't you wake up now sweetheart,"

"Kejap, suara tu... Asyraf! Ya Allah apa dia buat dalam bilik aku?! Malunya!!"

"Hah bakal suami dah kejut dah. Bangun sebelum mak karate," ugut Puan Masnah lagi. Asyraf tersengih mendengar.

"Ya lah Nadia bangun. Suruh lah Asyraf keluar dulu," rengek Nadia dalam selimut.

"Saya keluar dulu lah ya. Cepat sikit bangun tu cikgu oi. Berjanggut tunggu ni," Asyraf berkata lagi lalu turun ke bawah.

Selimut yang menyelubungi kepala Nadia tadi terus ditarik. Dia pun mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Di dalam bilik air, dia melihat refleksi wajahnya di dalam cermin.

"Hmm cepat gila masa berlalu. Macam baru je semalam jumpa Asyraf. Sekarang ni dah nak jadi isteri dia pula. I wish everything went well,"

* * * *

"Mak, Nadia sedih la," ujar Nadia selepas membetulkan tudungnya

"Sedih kenapa?"

"Ya lah. Lepas ni mesti Nadia dah tak duduk dengan mak dan ayah lagi kan," luah Nadia sedih. Dia menghela nafas.

"Bila bila kamu boleh lawat mak kan,"

"Tapi..."

"Dah lah. Jangan nak buat muka sedih. Asyraf tu baik orangnya. Mak yakin dia boleh jaga kamu. Kamu tak payah nak risau,"

Nadia cuma mengangguk. Dia bersalaman dengan mak dan ayahnya. Rasa sedih mula menyelubungi diri Nadia. Sedih melihat mak dan ayahnya, gembira melihat Asyraf yang bakal jadi suaminya.

----

"Cikgu dah sedia?" Soal Asyraf setelah melihat mata Nadia berair. Nadia cuma tersenyum lalu mengangguk.

Semua sahabat handai Asyraf dan Nadia datang. Keluarga terdekat turut tidak ketinggalan juga. Akad nikah dilakukan di rumah Nadia. Ruang tamu jangan cakap la, memang penuh dengan orang.

"Kalau cikgu masih ragu, cikgu boleh cakap sekarang. Kita batalkan semuanya," luah Asyraf jujur.

"Kenapa pula nak batalkan. Dah ramai yang datang ni. Buat malu saja,"

"Buat apa nak malu dengan manusia cikgu. Saya tak nak cikgu kahwin dengan saya atas dasar mak dengan ayah. Saya nak cikgu jadi isteri saya sebab cikgu memang nak bina kehidupan dengan saya," terang Asyraf lagi. Dia melihat wajah Nadia.

"Awak, saya tetap dengan pendirian saya. Awak tak payah risau. Saya tak ragu pun. Not even once. Sekarang ni, semua dah tunggu. Tak baik biar tetamu tunggu lama," jujur Nadia. Dia yakin akan pilihannya. Asyraf akan menjadi suaminya.

Dear Doctor, I Love You [ON HIATUS]Where stories live. Discover now