"Hrmm.. emergency lagi," rungut Ameera.
"Abang kamu memang macam tu ke?" Nadia menyoal.
"Dah selalu sangat. Tu lah, banyak dugaan betul jadi..." kata - katanya terputus. Ameera mengetap bibirnya sementara Nadia masih menanti tutur kata yang akan keluar dari mulut Ameera.
"Jadi apa?" Nadia menyoal kembali.
"Eh tak ada apa lah. Abang tu kalau ada member dia dalam masalah memang emergency memanjang," ujar Ameera sambil tersenyum.
"Ohh," jawab nadia pendek namun hatinya masih tertanya - tanya.
"Nadia, jomlah balik. Dah lewat dah ni," ibu Nadia mencelah.
"Oh okay. Akak balik dulu ya. Nanti Insya Allah akak datang lagi," ujar Nadia tersenyum.
"Ala.. nanti datang lagi tau," Ameera sempat menjuihkan bibirnya.
Nadia hanya tersenyum lalu menangguk. Diusapnya kepala Ameera. Karenah budak - budak lah katakan. Nadia bersalaman dengan emak Ameera dan mereka sekeluarga pun bertolak meninggalkan perkarangan rumah keluarga Ameera.
Di kereta pula, Nadia mula rasa mengantuk. Mana tidaknya, malam semalam tidak tidur dibuatnya kerana menyemak kertas peperiksaan awal tahun pelajar tingkatan 5. Jawapan yang entah apa - apa pelajar tulis membuatkan kepalanya sakit. Rasa nak menyumpah pun ada melihat jawapan pelajar nya. Lain diajar lain ditulis. Boleh pula dia diheret sekali pergi makan malam. Ingatkan boleh la tidur. Sakit hati dibuatnya.
Setelah lama membebel dalam hati, dia pun terlelap.Lena nya terganggu apabila kereta lama berhenti. Ingatkan sudah sampai, rupanya jalan sesak pula. Apa benda la jalan sesak pukul 10 lebih malam ni? Lembu terlepas ke highway ke apa? Bukan apa, pernah juga waktu Nadia bawa kereta boleh pula ada lembu tengah jalan. Memang tak masuk akal betul. Apa ke benda lembu boleh sampai ke highway? Jatuh dari langit ke apa? Puas mengomel dia pun bersuara.
"Ayah, kenapa boleh sesak pulak ni?"
"Entah. Kemalangan kot. Tadi ada ambulan lalu,"
"La.. ye ke? Tak apa lah," Nadia menyandarkan kepala di cermin kereta. Matanya melirik ke arah depan. Mana tahu nampak perkara sebenar yang terjadi di depan.
Semakin lama kereta bergerak ke hadapan dan jelas la kelihatan tiga buah motosikal tersadai di bahu jalan. Tak cukup dengan itu dua kereta pacuan empat roda boleh pula bertembung di persimpangan. Cermin kereta bertaburan di permukaan jalan. Paling sadis sekali apabila terlihat kesan darah dia atas jalan. Apa lah nasib mangsa. Yang dalam kereta tu kira ok lagi tapi yang menyedihkan adalah nasib penunggang motosikal. Hampir berkecai bahagian motosikal itu. Berderau darah dibuatnya.
Kereta yang dipandu ayah Nadia mula meninggalkan kawasan kemalangan. Buat apa lama - lama di situ, bukannya boleh tolong apa - apa pun. Yang hebatnya, ada pula beberapa hamba Allah ni sempat keluarkan selfie stick. Jangan lupa cek balik gambar tau. Mana tau ada yang tak berkenaan join sekali.
* * *
"Weyh apa hal?" Asyraf terburu - buru berlari ke sahabat karibnya Farish yang juga merupakan rakan sekerja Asyraf.
"Patient banyak sangat. Ada accident dekat highway tu. Kau tolong la mana yang patut. Kejap lagi ada ambulan lain datang. Aku urus yang ni dulu," Farish berkata lalu berlari ke sebuah ambulan yang baru sahaja berhenti. Doktor lain turut dikerah membantu sama.
Selang beberapa saat, lagi dua ambulan masuk ke perkarangan unit kecemasan.
Asyraf apa lagi, terus dia menghampiri ambulan lalu membantu menarik keluar strecher. Perghh parah betul pesakit ni. Kecederaan teruk di kaki. Boleh nampak tulang lututnya terkeluar. Belum lagi keadaan lengannya yang cukup parah.
YOU ARE READING
Dear Doctor, I Love You [ON HIATUS]
RomanceNadia Asheera seorang guru mata pelajaran biologi berumur 24 tahun yang sangat mesra dengan pelajarnya. Dia seorang guru yang penyayang dan prihatin. Namun pantang ada pelajar yang tidak mendengar arahannya. Semua guru dan pelajar amat menyenanginya...