Bab 30

3.4K 128 8
                                    

"Awal abang balik. Tak kerja?" Nadia meletakkan cawan berisi kopi panas di atas meja. Dia mengambil tempat di sisi Asyraf. Asyraf hanya duduk bersandar di sofa sambil menghadap Nadia. Dia tersenyum kecil.

"Abang ganti Farish esok shift siang. Farish ada hal katanya. Tu yang bertukar tu. Jadi malam ni abang free," terang Asyraf tenang. Badan ditegakkan kembali lalu tangannya mencapai tangkai gelas. Dihirupnya kopi sedikit demi sedikit. Nadia hanya mengangguk mengerti.

"Abang bosan lah. Jom naik atas," ujar Asyraf kembali. Mata Nadia terkebil.

"Jom," Asyraf berkata lagi sambil tangannya memegang bahu Nadia dari belakang. Nadia hanya menurut. Dia agak pening selepas makan ubat tadi jadi malas rasanya hendak menolak kehendak suaminya.

"Nak buat apa dekat sini?  Baik dekat bawah je tadi.  Boleh tengok tv," Nadia  berkata apabila sampai sahaja di pintu bilik.

"Tengok tv? Habis muka abang yang handsome ni siapa nak tengok?" bantah Asyraf pula. Nadia senyum kembali dia akhirnya duduk di katil.

Asyraf membuka pintu gelongsor bilik. Kedinginan malam menerpa tubuhnya. Nadia mula mendekati Asyraf. Dia kini berdiri di sebelah Asyraf.

"Tak sejuk ke malam malam ni berdiri dekat luar?"

"Sejuk la juga. Tapi sayang kan ada. Abang boleh peluk sayang," Asyraf tersengih. Nadia menyiku perlahan pinggang Asyraf sambil menggelengkan kepala. Asyraf kini seperti dahulu. Suka sangat mengusiknya.

Mereka akhirnya mengambil tempat di kerusi rotan yang terletak di penjuru berandah. Tidak banyak yang dibualkan pada mulanya. Mereka hanya memandang langit yang terbentang indah walau tulang menggigil menahan sejuk. Entah kenapa banyak bintang menghiasi langit malam pada masa itu.

"So how's your day? Semua okay?" Asyraf bertanya kepada Nadia yang kelihatan begitu asyik melihat bintang.

"Alhamdulillah. Semua okay. Abang janganlah risau,"

Asyraf mengangguk faham. Nafas panjang dihela.

"Sayang nak tahu satu cerita tak?" Asyraf kini menarik perhatian Nadia. Nadia mengangguk tidak sabar. Nadia suka mendengar Asyraf bercerita tentang kehidupannya atau hari-hari dia berkerja di hospital.

"Dulu, abang selalu nak jadi yang terbaik. Nak banggakan umi dengan abah. Setiap kali exam abang akan pastikan abang dapat nombor satu. Kalau abang tak dapat nombor satu, abang akan balik rumah dan menangis dekat umi. Meraung melalak macam orang gila," Asyraf memulakan ceritanya. Tangannya diletakkan di sisi kerusi.

"Sampai macam tu sekali?" Nadia mencelah dan dibalas dengan anggukkan Asyraf.

"Masa abang menangis tu, abang akan minta maaf dengan umi sebab tak dapat nombor satu. Padahal masa tu umi okay je. Kalau abang dapat nombor paling corot pun umi tak akan marah. Sebab, umi tak akan tekan abang untuk jadi yang terbaik. Umi ada kata, kejayaan atas kertas tak menentukan kejayaan kita bergelar manusia. Ramai saja yang markah tinggi, kerja elok tapi lupa tanggungjawab dekat ibu bapa,"

"Sebab tu lah umi tak nak abang kejar untuk dapat nombor satu saja. Umi nak abang enjoy the journey. Gain more about other things. Mula-mula tu abang okay lah juga. Dah dapat terima kenyataan yang abang tak semestinya kena dapat nombor satu setiap kali exam. Ada banyak lagi yang abang akan hadapi. Alhamdulillah, result SPM abang okay. Jadi abang masuk asasi. Lepas habis asasi terus sambung medic," Asyraf bercerita lagi. Nadia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Asyraf.

"Sejujurnya tahun pertama tu abang dah rasa tekanan dia. Abang dah mula rasa stress. Rasa macam nak berhenti je tapi abang memang nak sangat jadi doktor, tabahkan diri jelah. Masuk tahun kedua dan ketiga, keadaan abang dah makin teruk. Asal malam je tak dapat tidur. Tapi masa siang bukan main lagi tidur,"

Dear Doctor, I Love You [ON HIATUS]Where stories live. Discover now