6

22.7K 79 3
                                    

Rafe bawa Pipa ke hall semalam. Pipa ikut je sebab dia masih perlukan Rafe untuk tunjukkan jalan keluar. Nak harapkan Hani, betina tu pun sama sialnya dengan semua-semua yang ada kat situ. Semuanya tak boleh diharap. Nak tak nak, Pipa sabarkan hati walaupun kalau boleh dia nak terus keluar dari situ, tak nak singgah-singgah kat mana-mana lagi dah.

Macam yang Rafe agak, bila dia orang masuk je ke dalam hall semalam, dia orang tengok hall tu dah penuh dengan orang. Lelaki perempuan berpakaian santai. Tak pakai baju mengarut macam malam tadi dah. Hall yang berdengung dengan suara orang bersembang terus senyap bila semuanya perasan kehadiran Rafe dan Pipa.

"Kenapa dia orang tak balik-balik lagi ni?" tanya Pipa. Dia terus genggam tangan Rafe. Takut pulak dia rasa.

"Dia orang tengah tunggu kita," jawab Rafe.

"Kenapa pulak?"

"Nak bicara you."

Pipa rasa macam nak pengsan. Memang lunyai la dia kalau kena bicara dengan mangkuk-mangkuk ayun kat situ. Dia pandang semua orang yang ada kat situ. Dia cari Hani. Nampak perempuan tu tengah bersembang dengan Dato' K. Dengan Dato' K la kut Hani main malam tadi. Sian dia.

Hani menjeling sambil tersengih-sengih. Puas hati dia sebab Pipa nak kena hukum. Gantung sampai mati la kut sebab malam tadi Pipa dah bunuh JJ. Tak sabar betul dia nak tengok Pipa menggelupur kat tali gantung. Tapi dia sakit hati bila tengok Rafe berjalan di sebelah Pipa. Rafe yang pakai baju sedondon dengan baju Pipa, tanda Rafe berdiri teguh di sisi Pipa dan akan membela Pipa. Kalau Rafe pakai baju tak sama kaler, maknanya dia orang dalam open relationship atau nak bagi senang faham, Rafe tak nak ambik tahu fasal Pipa lagi dah lepas dia orang main semalam.

Ting ting ting...

Bunyi gelas diketuk kedengaran. Rafe terus bawa Pipa ke singgahsana. Raja dan ratu yang duduk di situ pun pakai baju santai. Dah tak pakai crown dan tiara. Ratu yang ketuk gelasnya tadi, duduk dan serahkan segala-galanya kepada raja.

"Your Majesty." Rafe tarik tangan Pipa dan kedua-duanya sujud di depan raja. Bengang je Pipa rasa kena sujud jantan sial tu. Mujur Rafe tak suruh dia cium kasut His Majesty tu, kalau tak... mampos semua kena maki dengan Pipa.

"Bangun!" perintah raja itu.

Rafe dan Pipa bangun. Rafe tunduk tapi Pipa buat muka seposen dia pandang raja tu. Dah tahu jenis manusia yang ada kat situ, sorry la dia nak hormat bagai pada dia orang.

"Rafe, kau ke tepi. The Hierarki dah sepakat nak hukum perempuan durjana ni," kata His Majesty. Dia merenung Pipa dengan tajam. Marah kerana Pipa tak hormat pada dia. "Untuk menebus kesalahan kamu membunuh JJ semalam, kamu diperintahkan melayan kehendak setiap raja yang ada di sini bermula dari sekarang!"

"Apa? Banyak cantik muka korang. Cermin dulu muka tu sebelum nak ugut-ugut aku!" bentak Pipa. Dah ready nak terkam raja yang banyak songeh tu. Banyak cantik nak suruh dia layan dia orang pulak. Muka sekor-sekor layak main dengan babi hutan je. Ada hati nak suruh dia layan dia orang. Sial!

Hani tutup mulut dan ketawa tanpa suara. Melonjak-lonjak hati dia dengar hukuman yang dijatuhkan atas Pipa. Padan muka budak kampung tu. Baru kau tahu. Lunyai la kau lepas ni.

"Jika Your Majesty izinkan." Rafe bersuara. Dia peluk bahu Pipa untuk tenangkan Pipa yang dah naik angin tu.

Hani terus berhenti ketawa. Mukanya merah padam. Dia tahu Rafe nak bela Pipa. Sial betul Rafe ni. Suka sangat ke dia kat Pipa? Kan dah dapat Pipa semalam. Yang nak hang on to Pipa lagi buat apa? Move on la. Kasi can orang lain pulak rasa Pipa dan kau rasa pepek ratu lain pulak. Mine ke, bisik hati Hani.

The Secret ClubWhere stories live. Discover now