Pipa jauhkan diri dari Hani yang sedang meraung di dalam lumpur. Hani pegang lengannya yang bersalut lumpur. Separuh lengannya terkulai. Takut Pipa nengoknya. Muka Pipa berkerut, macamlah dia dapat rasa apa yang Hani rasa tapi dia tahu, mesti sakit giler lengan Hani yang patah tu. Dahlah tergantung-gantung, nampak tulang putihnya tersembul dari kulit. Darah merah Hani bercampur dengan lumpur. Menitik-nitik. Nak termuntah Pipa tengok. Cepat-cepat dia panjat keluar dari kolam lumpur tu dan berdiri dekat Rafe. Takut jugak dia kut-kut Hani ada HIV ke apa, kena pulak kat luka pada tubuh badan Pipa, tak pasal aje. Bersama-sama Rafe Pipa pandang Hani yang menggelupur kesakitan sorang-sorang kat dalam kolam lumpur tu. Nak tolong, dia tak tahu macam mana.
Hani terus menjerit dan menangis meminta tolong. Pipa kesian sangat. Yalah, Hani tu dah lama jadi rakan serumah dia. Selama ni Hani baik pada dia. Bagi dia makan makanan yang Hani beli dan kadang-kadang tu Hani tak berkira langsung kalau Pipa tak dapat bayar duit letrik dan air. Tu yang sakit sangat hati Pipa bila tengok mangkuk-mangkuk ayun kat situ setakat tengok je Hani yang tengah kesakitan tu. Beberapa orang yang tengah berjimak kat atas pangkin pelik tu, terus berjimak. Sikit pun dia orang tak hirau Hani yang tengah menjerit tu. Sial betul dia orang ni. Bukan manusia dah dia orang ni. Iblis pun bukan.
"Oi! Korang nak tengok je ke? Tolong la! Jantan apa korang ni? Takde telor kut. Berseronok je korang pandai tapi bila jadi macam ni, korang jadi bacul!" maki Pipa pada beberapa orang lelaki yang tersengih-sengih merenung ke arah Hani. Lucu sangat ke tengok orang tengah kesakitan? Kepala masing-masing memang kepala keparat! Biul tahap tak tahu nak cakap dah.
"Oi! Tolong la kawan korang ni. Bengap ke apa korang ni? Oi, raja... ko nak tengok je ke sampai dia mampos kat dalam kolam lumpur tu?" Pipa hamburkan kemarahan dia kepada raja di atas singgahsana pulak. Ditikamnya raja tu dengan renungan sampai raja tu tak senang duduk di atas singgahsana.
Selepas tu barulah raja tu arahkan beberapa orang low rank untuk masuk ke dalam kolam lumpur tu dan bawa Hani keluar dari situ. Menjerit-jerit Hani semasa dia orang papah dia. Pipa tak tahu ke mana dia orang nak bawak Hani. Harap-harapnya ke hospital la. Teruk sangat kecederaannya.
Ting ting ting...
Ratu ketuk gelas dia lagi. Pipa rasa nak ketuk je kepala weng ratu tu setiap kali dia ketuk gelas dia. Nyakitkan hati betul dengan bunyi gelas tu.
"Dengan ini beta umumkan cabaran ni terbatal!" umum raja di atas singgahsana.
"Hoi!" jerit Pipa. "Aku dah menang la. Yang kau pandai-pandai batalkan cabaran tu kenapa? Tak nampak Hani dah kalah tadi?"
"Beta umumkan..."
"Ko jangan nak cari pasal dengan aku, tua kutuk! Ko isytiharkan aku menang sebelum aku kerjakan ko!" gertak Pipa. Dia melangkah ke arah raja yang duduk di atas singgahsana sambil tuding tangannya ke arah raja itu. Rafe mengekor dari belakang, bagi amaran pada sesiapa yang cuba halang Pipa.
Terkumat-kamit mulut raja tua tu cuba mencari ayat. Berapa kali dia terkedu hari tu 'dibelasah' oleh Pipa. Bontotnya macam kena gam semasa dia pandang je Pipa yang dah hampir nak sampai ke tempat dia duduk. Macam-macam yang dia fikir masa tu. JJ yang mampos ditendang dek Pipa. Sekejap tadi, Hani yang patah lengannya dikerjakan oleh Pipa. Sekarang ni Pipa cari dia pulak. Mampos jugak ke dia hari ni dibantai dek Pipa?
"Baiklah! Baiklah! Beta umumkan cabaran ni dimenangi oleh Pipa," ujar raja itu cepat-cepat sebelum Pipa sampai ke tempatnya. "Beta suraikan majlis ni. Semua pergi berehat dulu. Sebentar lagi kita panggil semula untuk jalankan cabaran kedua." Raja terus bangkit dan berlalu dari situ. Memang dia takut sangat-sangat dengan Pipa. Terlalu takut sampai dia tertinggal ratunya kat atas singgahsana.
YOU ARE READING
The Secret Club
عاطفيةNovel erotik Melayu. Ready stok. 200 naskhah saja. RM107 SM / RM111 SM *termasuk poslaju. Nak beli, contact FB Ainee MY (gambar Jessica Rabbit) atau saya sendiri, Jane Isfahan.