9

14.4K 69 0
                                    

Mengong betullah siapa yang reka jalan keluar ni!

Mengong, mengong, sejuta kali mengong!!!

Haaa... geram dah Pipa.

Tak boleh ke dia orang reka jalan keluar yang terus sampai ke tengah pekan? Senang Pipa tahan teksi nak balik ke rumah untuk ambik barang-barang dia. Hari tu jugak dia nak pindah keluar dari rumah Hani! Hai la... arkitek mana yang bengap sangat buat jalan keluar kat tengah hutan belantara ni? Ni mesti masa tengah reka jalan keluar tu, kepala arkitek tu penuh dengan air ketum.

"Korang memang betul-betul cerdik, kan? Kat Hutan Amazon mana korang buat markas ni? Dah tak boleh buat kat bandar ke?" bebel Pipa sambil menampar nyamuk dan agas yang hinggap pada kulitnya.

"Stay down, Pipa. Ni hutan tempat para raja berburu," jawab Rafe.

"Berburu apa?" Pipa mencangkung di sisi Rafe. "Ada binatang buas ke pulak kat sini?" rungutnya lagi. Alert dia perhati keliling. Penat tak habis lagi ni. Sekarang nak kena dodge serangan binatang buas la pulak. Senjata satu apa pun takde. Ko fikir boleh tangan kosong aje ke kalau nak berlawan dengan rimau? Pipa rasa nak give up je. Nak masuk balik ke dalam secret passage tu dan surrender. At least dia kena lalui cabaran yang mengarut je. Dalam bilik ada air-cond bagai. Lepas bertarung boleh berehat. Tapi kat sini, silap langkah dia jadi daging salai pak belang dan pak beruang.

Tired! She's very tired with all these bullshits!

"Bukan buru binatang," bisik Rafe.

"Habis tu?"

"Buru orang. Hari ni, kita yang jadi orang buruan. Come!" Rafe bergerak mendahului Pipa. Dia pernah berburu dengan high ranks beberapa bulan yang lalu di situ. Buruan mereka seorang remaja lelaki yang terlepas masuk ke The Secret Club. Akibatnya, remaja itu tidak 'dibenarkan' pulang ke pangkuan keluarganya buat selama-lamanya. Rafe tak tahu siapa yang 'dapat' remaja tu atau kat mana dia orang tanam mayatnya. Yang dia tahu, malam tu ada celebration sebab dia org berjaya hapuskan the tresspasser.

Hari ini, Rafe dan Pipa pulak yang terpaksa berdepan dengan nasib yang sama. Sorang-sorang memang mudah dia nak bergerak atau nak selamatkan diri tapi Pipa ada dengan dia. Nyawa Pipa sama penting dengan nyawa dia.

"We have to outsmart them, Pipa," pesan Rafe.

"Of course!" perli Pipa. Rasanya dia memang jauh lebih cerdik daripada mangkuk-mangkuk ayun kat The Secret Club tu.

"Really, Pipa. Kita kena bergerak mendahului dia orang. Ten steps ahead if we want to live!" Rafe pandang Pipa. Nampak dah Pipa macam nak give up. Sia-sia aje dia orang lari keluar kalau Pipa give up sekarang.

"What's your plan?"

"Kita cari tempat dia orang sorokkan senjata," kata Rafe. Memang ada tempat senjata dalam hutan tu in case senjata yang dibawa kehabisan peluru. "Do you know how to use a gun?"

"Yes!" Dalam PALAPES dulu dia selalu menang tempat pertama pertandingan menembak.

"We shoot to kill, faham?" kata Rafe lagi.

"Okey." Tubuh Pipa sedikit menggeletar. Bunuh orang? Bukan dia. Tapi dia dah bunuh JJ malam tadi. Bukan sengaja tapi demi menyelamatkan diri. This time pun serupa kekdahnya cuma this time membunuh adalah satu kemestian kalau dia tak mahu dibunuh.

"There!" Rafe tunjuk ke arah sebuah busut buatan manusia. Diselaknya kain celoreng yang menutupi busut tu. Banyak senjata yang tersorok di dalam man-made busut tu.

Rafe bagi Pipa busur dan anak panah, pistol dan peluru. Dia pun ambik set yang serupa. Kompas dan peta pun diambilnya. Lepas tu Rafe bakar busut tu.

"Yang pergi bakar buat apa?" marah Pipa. Tak faham betul dia dengan kepala otak Rafe. Habis la meletup busut tu bila api bertembung ngan belerang. Tak pasal-pasal orang yang tengah buru mereka tahu kat mana lokasi mereka.

"Supaya dia orang takde stok," jawab Rafe. Dia harap pemburu mereka tak bawa senjata dari main building. "Come, let's go. Kita kena cari anak sungai. Jumpa anak sungai tu, kita jumpa jalan raya."

Dia orang bergerak dengan berhati-hati. Terbongkok-bongkok sambil memerhati sekeliling dengan penuh alert. Telinga ditajamkan. Dengar saja bunyi ranting patah dipijak, mereka berhenti bergerak, menyorok di balik pokok atau balik belukar kecil sambil terintai-intai. Bila pasti takde musuh di sekitar mereka, baru mereka bergerak semula mencari anak sungai. Seboleh-bolehnya Rafe tak nak bertempur. Pipa pun sama. Penat la... mujur Rafe paksa dia makan pepper steak tadi. Kalau tidak gamaknya ada tangan sesiapa yang jadi lauk dia tengah hari tu.

Tak jauh dari tempat dia orang berada, sekumpulan low rank yang diketuai oleh middle rank yang berjanji nak tolong Rafe keluar ikut secret passage di ruang makan tadi, memeriksa busut buatan tempat dia orang simpan senjata yang tengah dimakan api. Middle rank tu tawar diri untuk jadi ketua memburu Rafe dan Pipa sebab dia bengang Rafe keluar ikut jalan lain, padahal dia dah janji nak tolong Rafe dan Rafe dah janji nak bagi duit kat dia. Dia dah susun rancangan macam mana nak bebaskan Rafe dan Pipa, dan berharap sangat nak dapatkan duit tu daripada Rafe tiba-tiba Rafe mungkir janji pulak. Sebab tu middle rank tu nekad nak hapuskan Rafe. Dendam betul dia dengan Rafe sedangkan Rafe memang nak teruskan niat dia untuk bayar duit pembedahan emak middle rank tu. Cuma middle rank tu je yang tak tahu.

Middle rank tu suruh low ranks yang ikut dia padam api yang semakin marak takut merebak ke kelab pulak nanti tak pasal je bomba dan polis datang ke situ. Semasa low ranks yang lain tengah sibuk padamkan api, middle rank tu mencangkung cuba mencari jejak Rafe dan Pipa.

"Dia orang ada dekat-dekat sini je. Belum pergi jauh lagi," lapor salah sorang low rank kepada middle rank tu.

"Kau, kau, kau ikut aku. Yang lain padam api," arah middle rank tu kepada 20 orang low ranks yang dah berpeluh-peluh cuba padam api tanpa air. "Bunuh perempuan tu tapi Rafe, bagi kat aku!" katanya kepada 5 orang low rank yang ikut dia. Masing-masing dilengkapi senjata api yang ada silencer tu. Dia masih berharap untuk mendapatkan duit Rafe. Kalau Rafe tolong dia, bagi dia duit yang dia nak tu, dia akan lepaskan Rafe. Pandai-pandai dia nanti macam mana nak kelentong raja-raja The Secret Club.

Middle rank dan lima orang low rank mengambil arah ke utara. Dia tersenyum bila tengok jalan yang dia pilih tu adalah jalan yang Rafe ambik untuk selamatkan diri. Middle rank tu tak bagi tahu anak-anak buah dia yang mereka sedang mengekori jejak yang Rafe dan Pipa tinggalkan. Dia nak biar dia sendiri yang jumpa Rafe dan Pipa. Ikut jalan yang Rafe ambik tu, middle rank tu sedar Rafe nak cari anak sungai. Jumpa anak sungai, senang dia orang jumpa jalan raya. Tak banyak kenderaan yang lalu lalang kat situ tapi sejam sekali memang ada la lori treler lalu ikut jalan tu. Dia lajukan langkah kerana dia tahu dia perlu bergerak pantas kalau dia tak mahu Rafe dan Pipa terlepas. Low rank yang mengikut dia terkejut sebab ketua mereka tu bergerak dengan bising sekali. Tak senyap macam tadi. Tapi mereka tak kata apa sebab dia orang sendiri dapat rasa Rafe dan Pipa ada tak jauh di depan mereka. Mereka ikut berlari dengan pantas. Tak sabar nak bertempur. Tak sabar nak tembak orang. Bunuh orang. Terapi terbaik untuk release tension.

"Rafe, listen!" Pipa paut lengan Rafe suruh berhenti. Dia dapat dengar sesuatu.

Rafe pasang telinga. Dia pun dapat dengar apa yang Pipa dengar.

"That way. Cepat!" Rafe tuding ke kanan.

Mereka melangkah pantas tapi tetap berhati-hati. Anak sungai yang dia orang cari dah dekat sangat-sangat dah. Semakin lama semakin kuat bunyi deburan airnya. Excited giler Pipa. Tak sabar dah dia nak keluar dari hutan belantara yang entah dekat ceruk mana letaknya. Tertanya-tanya gak dia kat mana sebenarnya dia orang berada. Malam tadi masa dalam limo takde la lama sangat perjalanannya tapi mungkin dia yang rasa tak lama sebab sejak dia masuk limo lagi Rafe dah goda dia.

"Nampak dah sungainya." Pipa cakap sorang-sorang. Senyum pun sorang-sorang. Leganya tak tahu nak cakap. "Kita nak ikut arah mana?" tanyanya kepada Rafe.

"Sana." Rafe tuding ke arah yang menentang arus. "5 kilometer dari sini ada jalan."

"5 kilometer lagi?" dengus Pipa. "Mampos!"

Syuppp!

"Argh! Adoi! Sial! Celaka!" Pipa terus rebahkan badannya.

The Secret ClubWhere stories live. Discover now