7| Patung

412 45 4
                                    

Wujudnya saya
hanya untuk puaskan hati
bikin mereka gelak nampak gigi
bahagia senyum lebar ke pipi.

Wujudnya saya
hanya untuk menemani hati
bikin mereka hilang rasa sepi
bahagia rasa diri dilayani.

Hati sendiri?
Bahagia sendiri?
Tiada siapa ambil peduli.
Terbiasa diperlakukan sebegini.

Bila perlu, terhegeh dicari.
Bila rosak, mudahnya diganti.

Maklumlah, saya inikan...
Patung mainan awak yang dibeli.

-S.A-

Suatu Rasa | CompletedWhere stories live. Discover now