Sengaja.
Aku meminta kamu
untuk pergi dari sisiku.
Memaksa kamu
untuk melupakan diriku.
Menyeksa kamu
untuk selalu merindu.
Dari jauh,
di segenap penjuru waktu,
agar kau rasakan
apa yang pernah kurasakan,
suatu ketika dahulu.
Iaitu, tertunggu-tunggu.
Dengan seribu persoalan
sebagai peneman
mengasak fikiranmu;
Mengapakah?
Bagaimanakah?
Dimanakah?
Yang paling utama,
Apakah kesalahanku?
Hingga wujudnya
padang jarak padang tekukur
dicemari asap tebal kelabu.
-S. A-
ANDA SEDANG MEMBACA
Suatu Rasa | Completed
PuisiBila rasa ini datang merantai hati. Aku berpuisi. |Daripada Author Suara Jiwa| |update: bila tak busy| #PuisiMelayu-English #wattys2017
