39| Cahaya

150 12 2
                                    

Sesungguhnya, aku adalah cahaya yang masih tersisa.
Aku mengerti makna kesunyian.
Lalu aku cegah bayangmu
agar tidak hilang ditelan kegelapan.

Namun terkadang,
bayangku samar-samar kelihatan.
Mana mungkin bisa kau cari
kala matahari tegak memancar.

Kerana engkau berdiri di atas bayangmu sendiri.
Engkau perempuan tegar itu.
Belum lelah menongkah arah.
Biarpun peluh menari di pipi.
Sama jua dengan hatimu.

Hatiku yang retak seribu dibelah?
Atau hatiku yang dicantum kembali tidak mudah rebah?
Namun apa yang kupasti
hati ini lemah
tanpa cahaya sepertimu,
cahaya Dia bergelar hidayah.

Jangan pernah menyerah.
Kerana memang hidup tak selalu indah.

Ya.
Hidup memang tak selalu indah.
Maka itu, kucuba.
Mencuba untuk serikan hariku
agar lebih mewangi mekar.

Harimu akan lebih berseri
dengan senyumanmu.
Kerana alam tampak lebih indah
jika kau leretkan senyuman manis.

Selagi ada nama mu.
Selagi itu puisiku takkan pernah habis.

Kerana jemariku takkan pernah lelah menukilkan bait aksara itu.

Aksara yang manis
bikin hatiku terhibur
mengubati segala resah
di setiap malamku.

-S.A dan @Affendy_Hakim -

-------------------------------------------------

P/s:
Hasil kolaborasi antara dua insan pada suatu malam yang syahdu.

Suatu Rasa | CompletedWhere stories live. Discover now