37| Kayu

150 17 25
                                    

Petah bicaranya
diselang-selikan dengan
lawak selamba.

Jujur, kukatakan.

Tidak pernah sesekali
hasil tulisannya
gagal menambat hati,
sering bikin aku
tersenyum sendiri,
dengan telatah wataknya.

Inikan pula realiti.

Betapa aku terhibur
dengan personaliti kayunya,
walau tidak pernah
kita bertemu,
sekadar berhubung
di alam maya.

Jujur, kukatakan.

Karyanya sahaja
sudah mampu
mewarna-warnikan hidupku
yang semakin hari
semakin mengasak
jiwa dan raga.

Tuhan.

Andai dia kayu,
maka biarkan aku
menjadi akarnya
yang tertanam kukuh
agar kami sama-sama
berdiri teguh,
tak mudah gugur
sekalipun ribut
datang melanda.

-S. A-

------------------------------------------------------

Ditulis khas untuk seseorang
yang mengingatkan Syuqin
how to smile and laugh
in my everyday hectic life
while reading her awesome monologue.

Suatu Rasa | CompletedWhere stories live. Discover now