17| Alpa

269 32 6
                                    

Terkadang awak
leka seketika,
bahawa Dia Yang Maha Kuasa.
sentiasa ada,
di mana-mana,
tak kira masa,
memerhati hamba-Nya,
berbuat dosa,
bergelumang maksiat,
memuja manusia.

Sehinggalah,
malapetaka datang menimpa,
ditarik semua nikmat,
menduga rasa,
apakah awak masih ingat
atau sudahkah awak alpa?

Syukurlah.

Untuk setiap kali itu...
awak terjaga dengan
serpihan iman,
masih di dada,
gagah melindungi jiwa,
menyedarkan semula,
untuk kembali mencintai Dia,
Pencipta Yang Setia.

Jauh daripada azab,
disumpah kafir selamanya.

-S.A-

Suatu Rasa | CompletedWhere stories live. Discover now