Mahu dikatakan,
apa lagi?Melihat dia bahagia,
mulakan hidup baru
dengan senyuman manis
meniti di bibir
setelah terluka
sedalam kerak bumi,
tak dapat dinafikan
melegakan sanubari,
yang sekian lama
tak tenteram beronak duri.Benarlah kata orang.
Cinta tak bermakna memiliki.
Sayang tak seharusnya ditunjuki.
Rindu tak perlu berteka-teki.Ya Allah Ya Rahim,
apa jua yang terpatri
dalam zon hitam putihnya
kenangan kami,Let that person genuinely be happy.
Barulah hilang rasa bersalah,
yang membelenggu diri.Since I'm the reason that person fall into pieces.
-S.A-
YOU ARE READING
Suatu Rasa | Completed
PoetryBila rasa ini datang merantai hati. Aku berpuisi. |Daripada Author Suara Jiwa| |update: bila tak busy| #PuisiMelayu-English #wattys2017