6| Hati

461 45 13
                                    

Pintu hati ini
dikunci rapat
digam melekat
disemen hebat
kerna tidak mahu
tertipu lagi disengat
manisnya janji kata
yang bikin diri ini tenat.

Usahlah diketuk kuat
mangganya belum berkarat
inikan kuncinya
entah di mana letaknya
tidak pula saya ingat.

Cukup sekadar utus surat.
Selit bawah pintu hakikat
tertera tanda nama sahabat
dengan segulung ikhlasnya niat.

Kalau awak rasa jemu,
silakan pergi angkat kaki,
dengan segala hormat.

Saya cuma tidak mahu,
awak telan pahitnya menanti,
pada hati yang tidak sihat.

Waktu, awak.

Berikan saya waktu,
untuk merawat
apa yang tersembunyi,
di sebalik pintu hati hitam pekat.

Tiba saat untuk pulih,
seluas-luasnya pintu hati ini
akan saya buka untuk awak,
datang lebih dekat.

Merapat.

-S.A-

Suatu Rasa | CompletedWhere stories live. Discover now