2| Cukup

770 66 14
                                    

Bukan hidup
tak pernah adil.
Awak yang tak pernah adil
pada hidup.

Ada awak bersyukur
Sebab masih hidup?

Ada awak bersujud
pada Dia dalam hidup?

Ada awak hargai
saudara yang hidup?

Kalau tiada
bagaimana hidup itu mahu adil
andai awak lupa tuan kepada hidup?

Baru diuji awak bencikan hidup.
Tipu mak ayah awak hidup-hidup.
Curi barang kawan sampai lingkup.
Mulut mengata tak reti nak tutup.
Rukun Islam berterabur tak cukup.

Hargailah dulu hidup
baru awak tahu
nikmat hidup itu adil
hingga miskin pun,
--rasa cukup.

-S.A-

Suatu Rasa | CompletedWhere stories live. Discover now