29| Cedera

167 18 2
                                    

Sampai bila?

Harusku
Menyembuhkan sakit
Jauh sekali disembuhkan.

Harusku
Memendam rasa
Jauh sekali diluahkan.

Luka di hati ini
baru sahaja berhenti.

Perlukah kau robek
berdarah sekali lagi,
semakin dalam?

Aku bukan robot besi,
kebal segala perasaan.

Perisaiku tanah liat
yang mudah hancur
jika berlebihan air
yang mudah mengeras
jika berkurangan.

Mana mungkin aku
tidak terasa
pabila kau bidik
sindiran kata
tepat pada titik
kelemahan.

Cedera aku,
bertubi-tubi,
kau kerjakan.

-S. A-

Suatu Rasa | CompletedWhere stories live. Discover now