"Anne!! Kau buat apa tu? Meh lah sini, layan movie sama-sama " jerit Elly kepadaku. "Alaaa, kejaplahh,japgi aku join korang " balas aku. Dek kerana tidak puas hati kerana aku tidak menghiraukan ajakannya untuk menonton movie terbaru sama sama, Elly terus bangun meluru ke arahku. Telefon bimbitku dirampas, terbeliak mata Elly apabila matanya menangkap nama yang tertera di skrin telefon bimbitku. Kelam kabut aku merampas kembali telefon bimbitku daripada Elly.
"Kau dah kenapa main rampas handphone aku!? " marah aku kepada Elly sambil mulutku muncung ke hadapan. Amarahku tidak dihiraukan oleh Elly, "wehh, sies lahh, kau dengan Ash ada apa-apa ke? Wohooo, cayalahhh,berjaya jugak kau kejar "cinta pertama" kau tu " mulut si minah kepoh ini tidak berhenti berceloteh itu dan ini dek keterujaannya itu.
"takdelah, mana ada aku ada apa apa dengan dia, kitaorang kawan je la" sangkalku serta merta. Aku risau, mulut si Elly ni bukan boleh diharap, nanti habis aku dibahannya dengan housemate yang lain.
"elehhh, yelah tu. Macam lah aku baru kenal kau semalam, aku tengok muka kau pon aku tahu la kau tengah fall in love, hahahaha " kata si Elly sambil gelak mengekek.
"Tapi kan weh, aku rasa aku tak layak lah. Kau tengoklah dia, smart, bergaya, up to date ,ramai peminat, nak dibandingkan dengan aku ni macam langit dengan bumi " ujarku sayu.
"hahh, ni lah masalah kau! Terlalu merendah diri, relaks ah beb, kalau dia betul betul sayangkan kau, dia akan terima lah kau seadanya, kau nihhh haishhh " leter Elly sambil berlalu ke dapur.
"sudah sudah lah tu bercintan cintun, meh sini layan movie sama sama " ujar Elly sambil membawa jug yang berisi teh o ais ke ruang tamu. Kerana tidak mahu dileteri, aku turuti jua langkahnya ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
RandomDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...