Malam itu, kami merancang untuk mengikuti Nisha kemana dia pergi. Perasaan ingin tahu makin membuak-buak, oleh itu, kami meneruskan rancangan kami itu.
Rupa-rupanya, dia suka melepak di salah satu tempat yang agak popular disini, tanpa membuang masa, kakiku laju sahaja untuk mengikuti setiap langkah Nisha. Tetapi, kakiku menjadi kaku saat melihat susuk tubuh yang menegur Nisha sambil duduk disebelahnya.
"Ya allah, kau berikanlah aku kekuatan " getusku didalam hati.
Kakiku ingin melangkah ke arah mereka, tetapi cepat sahaja tangan Elly menarik lenganku.
"Relaks, kite tengok dulu apa yang dorang buat, sambil-sambil curi dengar apa yang dorang bualkan " ujar Elly. Aku hanya mengeluh.
"Biy, you tak bagitahu Anne lagi ke? " kedengaran suara Nisha bersuara.
"Biy?? Wekkkk, nak termuntah aku, huh " ujar Jiha meluat.
Aku hanya menguatkan hati.
"Relaksla sayang, nanti lambat laun dia tahu juga, dia tu tak sedar diri, takkan la muka handsome macam I nak jadikan dia girlfriend I pulak kan, kalau tak disebabkan cabaran yang U bagi kat I, nak tengok si Nisha tu jatuh di tangan I ke tak, memang tak lah I nak buat dia jadi Girlfriend I " ujarnya sambik ketawa. Kulihat Nisha juga ketawa. Tidak kusangka selama ini dia hanya berpura-pura menyintai aku, ditambah dengan Nisha yang tega-tega melakukan aku dengan sebegini rupa. Air mataku tidak tertahan lagi, laju sahaja mengalir di tubir mataku.
"Ya allah, jadi selama ini.. " Elly tidak mampu meneruskan kata-katanya.
Aku mengelap air mataku, lalu laju sahaja kakiku melangkah kearah mereka. Mereka kelihatan agak terkejut, mungkin tidak terduga dengan kehadiranku.
"Terima kasih, thanks for everything Asyraf Mikael and... Nisha Irdina " sebaik sahaja aku melepaskan kata-kata itu. Lalu, aku terus berlalu pergi. Mereka? Aku tidak tahu. Waktu ini seolah-olah aku mahu terjun ke dalam laut yang dalam itu. Manakan tidak, aku merasa maruahku dipijak-pijak. Sakit, ya.. Sangat sakit.
"Anne, kau okay ke tak ni? " soal Elly kerisauan. Jiha, Zila dan kira juga kulihat mempamirkan wajah yang sedih.
"Takpee, aku okay, aku masuk bilik dulu, penat lah " jawabku.
"Humm, takpelah, kau pegi la rest dulu, jangan fikir sangat pasal tadi " ujar Jiha pula. Aku hanya mengangguk.
Sebaik menutup pintu bilik , laju sahaja air mataku yang tadinya ku tahan mengalir dengan lajunya.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi.
Kulihat nama Sir Imran tertera di skrin telefon bimbitku. Tidak berfikir panjang terus sahaja aku menjawab panggilannya."Si.. Sir.... " ujarku bersama esakanku.
"Eh, awak kenapa ni? Are you okay Anne? " soalnya kerisauan.
"No , I'm not okay " ujarku lagi, kali ini aku sudah mampu mengawal suaraku.
"Okay, now, tell me, what's wrong with you? Awak buat saya risau lah, saya dekat depan rumah awak dah ni, keluar. We need to talk " ujar Sir Imran.
"Siap sekali, saya bawak awak ke sesuatu tempat " ujarnya lagi.
Tidak menunggu lama, aku terus menyiapkan diri dan berlalu keluar. Mataku usah ditanya, bengkak sebengkaknya.
"Ehh, kau nak pegi mana pulak ni? "soal Kira risau.
"Aku keluar jap, dengan Sir, korang jangan risau eh " ujarku sambil mengulum senyum tawar.
"Kalau dengan Sir, takdela aku nak risau mana, tapi mata tu, janganlah asyik nangis, aku risau lah " ujar Elly pula.
"Ye, sorry buat korang risaukan aku " ujarku dengan wajah sugul.
"takpe, kau kuat, kalau aku, aku tak tahu la jadi apa dengan aku " ujar Zila tiba-tiba. Aku hanya senyum.
"dah la, aku keluar dulu eh, assalamualaikum " . Sebaik mereka menjawab salamku, aku terus menutup pintu sliding, kelihatan Sir Imran sudah sedia menanti.
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
AcakDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...