Suasana di dalam kereta Sir Im sunyi sahaja, tiada siapa yang mahu bersuara. Lama, sehinggalah tiba ke destinasi yang ingin dituju.
"Okay! Kita dah sampai, jom " Sir Im bersuara.
Pantai. Macam mana dia tahu aku suka pantai? Melihat sahaja pantai yang terbentang luas dihadapanku, aku menjadi tenang.
"termenung buat apanya, meh la keluar " ujarnya lagi.
"humm, okay " balasku.
Aku mengambil tempat di timbunan-timbunan batu besar itu, sebaik sahaja aku jumpa "port" yang agak baik ,laju sahaja aku melabuhkan punggungku. Aku diam, dia juga diam. Seakan memberi ruang untuk aku menenangkan diri. Aku begitu asyik melihat pantai ,lama.. Lama aku berkeadaan begitu sehingga bunyi dehem seseorang membawa kembali aku ke dunia realiti.
"Ehemm, hows? Dah ok skit? " soalnya.
Aku hanya mengulum senyuman tawar. Tiba-tiba laju sahaja air mataku mengalir keluar.
"Eh, awak ok tak ni? Please, don't cry like that , you make me worry " ujar Sir Im.
Tangisanku semakin kuat, ikutkan hati mahu sahaja aku menjerit sekuat hati disini, tapi, akal warasku melarang melakukan perkara sebegitu rupa.
"He's lying to me, dia tipu saya, dia buat macam saya tiada maruah, I hate him! " kulepaskan apa yang terbuku dihati. Sehinggakan aku lupa, yang berada di hadapanku ini adalah lectureku.
"Dia buat apa dekat awak? Did he hurt you? " soal Sir Im mendapatkan kepastian.
Bersama esakan,
"Dia curang dengan saya, now, dia dengan housemate saya, dan baru saya tahu, rupanya selama ini, saya ditipu, dia tak pernah sayang saya pun, hanya menyahut cabaran housemate saya je " makin laju air mataku keluar."kejamnya" ujar Sir Im perlahan.
"Saya ni hodoh sangat ke?salah ke gemuk? Sampai kan saya tidak boleh nak kecapi bahagia " soalku bertubi-tubi.
Kelihatan Sir Im sedikit terperanjat dengan soalan-soalanku itu. Lama kami diam. Tiba-tiba Sir Im bersuara.
"siapa kata awak hodoh? Awak cantik tahu, cuma orang yang tertentu saja yang boleh sedar kecantikan awak tu, and siapa kata gemuk tu salah? Hey, zaman sekarang, orang lebih suka perempuan gemuk lah, because she's cute so much! Lagi-lagi kalau dapat peluk, bestnya ya ampun! " ujar Sir Im sambil bergurau.
Aku hanya tersenyum nipis.
"awak janganlah sedih, itu bermakna dia bukan yang terbaik untuk awak, buang masa je la, awak menangis macam ni ,hurmm, dari awak menangis macam ni, apa kata awak teman saya makan? Laparrr niiii, please " rayu Sir Im sambil membuat muka comelnya.
Aku tertawa melihat Sir Im berkelakuan begitu, pelik juga pun ada. Bila dia denganku, seolah-olah dia ni split personality. Dia bukan Sir Im yang tegas dan garang seperti selalunya di dalam kelas.
"yelahh, jomm "jawabku.
"lepasni terus balik ye " ujarku lagi usai kami memasuki kereta.
Sir Im hanya menganggukan kepalanya. Tepat pukul 10 malam, kereta Sir Im sudah pun berada dihadapan rumahku.
"Thanks Sir " ujarku.
"Anything for you my dear , oklah, pegi masuk rumah tu " balas Sir Im sambil mengenyitkan matanya.
Usai aku memasuki rumah, kulihat Elly sedang menghadap lappynya. Manakala yang lain tidak kelihatan. Di dalam bilik mungkin. Laju sahaja kakiku melangkah ke bilik.
"kau ok kan? " soal Elly tiba-tiba.
"aku ok, jangan risau lah, aku sado okee " jawabku. Elly hanya tersenyum.
"Ermm, Nisha balik tadi. Dia nak pindah rumah. " ujar Elly lagi bersama keluhan.
"owhh, ikut suka hati dia lah " jawabku tanpa perasaan lalu terus beredar ke bilik.
Hati mohon sado yaa untuk tuan kau yang tak berapa nak sado nih.
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
RandomDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...