Sebulan kemudian..
"Wehh, kenapa aku tengok perangai Nisha ni makin menjadi-jadi? Risau aku" adu Zila.
"Tulah, aku pun perasan jugak, tapi malas nak amik port, dia tu bukan boleh ditegur mula la nak melenting, aku pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu, padahal dulu ok je . " tambah Jiha pula.
"Kann, sekarang, nak makan dengan kita pun dah jarang, humm. " ujar Kira pula.
"Lupakan pasal Nisha kejap, sape nak ikut aku pegi mall? " soal Elly sambil buat muka teruja.
"Nakk!! " dengan pantas rakan-rakan yang lain menjawab.
"lagipun, petang ni kelas batal kan? So kita enjoy!" ujarku pula. Mereka tertawa melihat gelagatku, aku hanya tersenyum.
Sedang leka memilih barang-barang keperluan harian. Tiba-tiba Elly menarik lenganku.
"Ishh, kau ni dah kenapa? "soalku Kepadanya.
"Cuba kau tengok tu, tu bukan Asyh ke? Dan sebelah dia, Nisha!?" ujar Elly.
Kuamati dengan teliti figura dihadapanku itu. Ya, tidak dinafikan itu Asyh, tapi kenapa disebelahnya Nisha? Sejak bila mereka rapat?
Bermacam macam persoalan bermain dimindaku."Wehhh, jangan cakap dor... " belum sempat Elly bersuara, aku memintas.
"japp, sekarang ni, kita bersangka baik je, mungkin ada sesuatu yang kita tak tahu antara mereka, mungkin nanti diorang akan bagitahu kita, takkan lah Nisha nak tikam belakang aku kan, lagipun dia tahukan aku dengan Asyh. Aku yakin, Asyh takkan curang dengan aku. " ujarku bagi menyedapkan hati.
"Kau nii, baik sangat, depan mata kot, kau boleh lagi bersangka baik, humm, takpe, kita tengok je nanti " balas Elly.
Hatiku semakin tidak keruan semenjak peristiwa itu, ku rasa Asyh juga semakin berubah, dia sudah jarang menelefonku, bertanya khabarku, seolah-olah ingin menjauhkan diri dariku. Nisha pula kulihat makin tidak lekat dirumah, setiap malam keluar. Bila ditanya, dia memberi alasan study group bersama rakan-rakan yang lain.
"wehh, aku rasa kita kena buat something lah " ujar Zila tiba-tiba.
"Humm, kita nak buat apa? " soalku.
"Apa kata kita plan ikut dia senyap-senyap, baru lah kita tahu apa yang dibuatnya malam-malam, n then, kita boleh tahu juga samada dia dengan Asyh tu ada apa-apa tak, aku kesian la dekat kau, sampai hati dia buat macam ni dekat kau " ujar Kira dengan wajah sugul.
"Ermm, benda tak pasti lagi kan, selagi tak sahih, selagi tu aku akan bersangka baik, dah laa, jom pergi kelas, dah la pagi ni kelas Sir Im " jawabku.
Keadaan dikelas seperti biasa, hingar bingar sehinggalah Sir Imran memasuki kelas. Suasana kelas bertukar sunyi sepi.
"Okay guys, saya ada meeting kejap lagi, so, korang boleh buat kerja masing-masing " terdengar sorakan kegembiraan daripada kami selepas Sir Imran berkata-kata.
"Hey, saya tak habis cakap lagi, seperti biasa, saya akan berikan assignment , sila hantar pada hari ini juga ye, jangan buat-buat lupa pulak " ujarnya lagi sambil tersenyum mengejek .
Terdengar keluhan terbit dari mulut rakan-rakan.
"And.. Where Nisha?? Sudah 3 kali dia gagal hadir ke kelas saya, tugasan yang saya berikan pun dia tak buat, I don't care, someone told her, see me in my office before 5 pm today, okay? " ujar Sir Imran.
"baik Sir " jawabku selaku penolong ketua kelas subjeknya.
"okay, I have to go now, enjoy the assignment! " ujarnya lagi.
"Alaaaa, ada assignment lagi . " keluh Jiha.
"wehh, patut kita bersyukur, at least dia tak mengajar harini ,kau ingat ke apa yang dia ajar semalam, mesti ada soal jawab, aku lebih rela buat assignment dari kena soal jawab tu " ujar Elly.
"Tahh kau nii, sekurang-kurangnya kita free sikit " ujarku sambil tersenyum.
"Tapi kan wehh, kau tak perasan ke, Sir Im sekarang kalau dalam kelas dah boleh bergurau lah weii, takde lah tegas je muka dia, dasyat kau Anne, mampu buat Sir Im bertukar karakter " usik Kira.
"dah kenapa aku pulak, hishh" jawabku.
Mereka hanya tertawa melihat reaksiku.
"Ehh, macam mana dengan Nisha ni, dia pergi mana? Sir kan nak jumpa dia " cepat-cepat ku ubah topik.
"takpe aku try call dia, pastu aku terus suruh dia pergi jumpa Sir " ujar Elly.
" okay "balasku.
Jam menunjukkan pukul 5 petang, tetapi kelibat Nisha masih juga tidak kelihatan.
"dia pergi mana weii? Tak nampak batang hidung lagi ni " ujar Elly kerisauan.
Sedang memikirkan kemana si Nisha menghilang, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan panggilan masuk.
"Wehhh!asudahhhh ,Sir dah call! " ujarku cuak.
"takpe takpe, kau jawab je macam biasa " balas Elly tenang.
"Humm, waalaikumsalam, ye Sir, tak tahu lah Sir, tadi kami dah bagitahu dah dia supaya jumpa Sir, ni tak nampak batang hidung lagi " jawabku berhati-hati.
"baik Sir, waalaikumsalam " sebaik sahaja meletakkan panggilan, aku melepaskan helaan kelegaan.
"Fuhh, nasibbb, Sir suruh jumpa esok pulak dalam kelas, sebab dia ada hal lagi tadi, kira dia tak masuk office dari pagi tadi " ujarku.
Kelihatan, yang lain juga melepaskan helaan kelegaan. Nisha, nisha, masalah dia, orang lain pulak yang risau.
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
RandomDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...