Bab 7

468 9 0
                                    

Sampai sahaja dirumah, aku terus membersihkan diri. Moodku agak kurang baik dek kejadian tadi, manakan tidak, aku merasa diriku tidak padan dengan Asyh walaupun Asyh tidak pernah memikirkan hal itu.

Usai membersihkan diri, aku segera menunaikan solat Asar, kemudian aku menyibukkan diriku dengan melakukan perkara-perkara yang kusukai untuk tidak melayan perasaanku ini.

Buat apa lagi kan, layan movie korea lah. Sengihku. Aku mengambil lappy kesayanganku lalu menekan switch on. Tanpa membuang masa, aku membuka folder cerita korea yang banyak itu. Aku memilih satu cerita yang kufikir agak menarik, 'High School Love On " tajuknya. Dibintangi oleh Kim soohyun dan juga Lee Sungyeol daripada kumpulan Infinite yang kuminati, lagi semangatlah aku ingin menontonnya.

Sedangku khusyuk melayan cerita, tiba-tiba Elly menegurku.
"Kau kenapa weh? Aku tengok dari kau balik tadi senyap je, ada apa-apa ke? Meh story dekat aku " ujar Elly.

"takde apa lah wehh, aku okay je " ujarku sambil tersenyum kelat.

"Kau tak payah nak tipu aku lah weh, macam lah aku baru kenal kau semalam" balas Elly.

"Emm, tadi, dekat mall, ade perempuan tu, usya aq slang je, mybe sebab aku jalan dengan Asyh kot, yelah, macam tak sepadan " ujarku lemah.

"Weh, kau dengar apa yang aku nak cakap ni, pedulikan apa orang nak kata, mulut orang bukan boleh kita tutup, asalkan kita tak kacau orang, biarkan je dorang tu, teruskan dengan life kita, lagipun Asyh pun tak cakap apa pun kan, dia terima kau seadanya. Tak payah lah kau nak fikir bukan-bukan. " Nasihat Elly panjang lebar.

"Emm, yelah. Aku cuba tak fikir bukan-bukan ,btw, thanks " balasku sambil memeluk bahu Elly.

"Chill lah, okay sekarang ni, tak payah nak fikir sangat benda-benda gini, jom aku teman kau layan movie " ujar Elly sambil tersenyum.

"Ehh, Nisha tu dok otp lagi ke, sape pulak kali ni? " soalku kepada Elly.

"Ntahla wei, aku pun pening nak nasihatkan dia, dia kalau bercintan cintun tak abaikan pelajaran takpe, ni aku tengok sejak dia dengan mamat mana ntah, assignment ntah kemana , tu belum kira tesis yang terbengkalai tu, orang lain bercinta jugak weii, tapi takde lah macam dia, aku risau lah " ngomel Elly.

"Hahh, lagi satu, sekarang makin kerap dia keluar malam , aku risau lah! " ujar Elly lagi.

"Hmm, betul jugak tu, tapi sape eh pakwe baru dia tu? " soalku.

Ku akui, Nisha seorang yang agak berada, mempunyai kereta sendiri, walaupun masih belajar. Barang-barang dia juga kulihat semuanya barang yang berjenama. Selain itu, dia juga mempunyai susuk tubuh yang menawan, wajahnya juga cantik. Justeru itu, aku tidak heran, ramai yang terpikat dengannya. Cuma aku pening perangainya yang sering bertukar tukar kekasih itu. Aku harap dia sedar akan kesilapan yang dia lakukan. Yelah, siapa yang tak sayang sahabat sendiri kan.

"Ntahla weii, macam budak kolej kita jugak, hari tu aku terserempak dengan dorang tapi tak nampak muka pulak, so aku tak tahu siapa orangnya " jawab Elly.

"Owhh, biar jela dia, lambat laun nanti dia sedar lah tu, dah laa, layan movie lagi best " ujarku. Elly hanya menganggukkan kepalanya.

Takdir Terindah [HOLD]Where stories live. Discover now