Bab 3

645 10 1
                                    

"Wehh, cepattt Sir Imran dah nak masuk tu!" kalut Elly menyuruhku berjalan dengan lebih cepat. Gara gara terlupa letak kunci motor dimana, kami lewat ke kelas hari ini.
Sampai dihujung tangga, aku melihat Sir Imran sudah semakin hampir, wajahku sudah merah menahan rasa debar di hati , Sir Imran ini sudah lah terlalu tegas.

Hampir sahaja kami hendak sampai ke kelas, tiba tiba Sir Imran bersuara.
"Kalau saya sampai dahulu ke kelas, siap kamu! "

Bagai dikejar hantu, mencicit aku dan Elly berlari masuk ke kelas. Sampai sahaja dikelas, aku lihat sudah ramai yang mengambil tempat masing-masing. Tanpa membuang masa, aku terus ke sudut belakang kelas, lalu aku mengambil tempat disitu.
Tidak berapa lama, kelihatan Sir Imran memasuki kelas sambil menjinjing begnya.

Kelas yang tadinya hingar bingar terus menjadi sunyi sepi tatkala Sir Imran telah pun berada di hadapan kelas. Tidak dijangka, tiba tiba
"Anne, come here " arah Sir Imran.

Wajah aku jelas kelihatan pucat lesi, rasa nak menangis pun ada, huaaaa.
"Anne! Come here! Awak dengar ke tak saya cakap ni? " ujar Sir Imran sekali lagi setelah aku diam membeku. Hendak tak hendak aku bangun jua dalam keterpaksaan.

"Yes, Sir. " jawabku setelah aku berdiri dihadapannya.

"Awak lambat hari ini, sebagai denda. Saya nak awak explain balik apa yang saya ajar semalam" ujar Sir Imran.
Terkejut bukan kepalang aku, bukan aku sahaja ,rakan rakanku yang lain jugak membuat reaksi pelik.

"dah kenapa aku sorang je yang kena, apsal Elly tak kena skali, huwaaaa. n bukan lambat sangat pun, aku sampai dulu kot dari dia, huarghhh, geramnyaa " getusku di dalam hati.

"Tapii kenapa saya so.. . " belum sempat aku nak menghabiskan tutur kataku, Sir Imran terus memintas.

" I don't care what would you said, right now i want you to do what i'm said, titik! " ujar Sir Imran tegas.

Dek kerana tidak mahu memanjangkan "drama swasta" pagi pagi ini, aku akur dengan perintahnya. Dalam hati tidak usah kata lah, sudah berbakul sumpah seranah aku hadiahkan buat Sir Imran. "hey! Nasib kau tu lect aku, kalau tak dah lama aku kick kau, harap muka je handsome, tapi kerek nak mampus! " geramku.

Nasib baik lah aku study sikit apa yang diajarnya semalam, kalau tidak lagi teruk aku kena dengan mamat kerek tu.

Usai kelas, aku terus bangun untuk beredar ke cafe berdekatan tetapi belum sempat kakiku melangkah keluar kelas, kelihatan Sir Imran membuat isyarat mata yang memintaku untuk mengikutinya.

"Aduhhh, nak apa lagii, tak puas lagi ke nak kenakan aku, geram betul lah! " monologku sendiri.

Elly, nisha, Jiha, Kira, dan Zila memandangku meminta penjelasan.
"korang pergilah makan dulu, aku kena jumpa Sir Imran kejap, tak tahu apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku " keluhku.

"nak kitaorang temankan? " ujar Nisha.

"takpela, aku boleh pegi sorang sorang, korang pegi lah makan tu, tadi kata lapar sangat" balasku.

"Hmmm, kalau macam tu kitaorang pergi dulu lah ye, kitaorg tunggu dekat cafe Dahlia ok? T kau story kat kitaorang, aku pun nak tahu jugak kenapa si Sir Imran tu asyik nak cari pasal dengan kau je " Zila bersuara.

Aku senyum paksa sambil berkata "yelahh, ok lah wei, aku gerak dulu " .

Takdir Terindah [HOLD]Where stories live. Discover now