Sedang leka menyiapkan tugasan, telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej baharu masuk.
Ashy : hai sayang, i have something to tell you, can we meet? Hum?
Me : about what? Okay, awak bagitahu tempat dimana.
Asyh : okay dear. Nanti saya hantar location.
Hatiku tertanya-tanya, apa agaknya yang mahu disampaikan oleh Asyh.
"Hoiii! " jerkah Elly.
"Opocot! Kau nih! Terkejutlah! Huh" marahku.
"Hahaha, sorry, yelah kau tu jauh mengelamun, ke teringat Sir Imran " ujar Elly sambil tertawa.
"Takde maknanya aku nak ingat dia aihhh " bangkangku.
"Yelah tu, pagi tadi bukan main sweet lagi aku tengok, terkejut jugak aku " balasnya sambil ketawa.
"Sweet apanya, hishh, dia tu suka cari pasal dengan aku lah " jawabku.
"elehhh elehhh elehhh " usik Elly lagi.
"Ahhh, dah la, kerja nak usik aku je, baik aku bersiap, bye. Nak pergi jumpa buah hati " ujarku sambil membuat muka bahagia.
"Ehh, kau nak pegi mana? Amboi kau, untunglah, pagi dating dengan Sir, petang dengan Asyh pulak " usik Elly lagi.
"Biarlah! Dah jangan kacau aku, nak bersiap ni " jawabku sambil menjelir lidah kearahnya. Elly hanya tertawa.
Di sebuah restoran, kulihat Asyh sudah pun menungguku di sudut restoran yang agak terselindung. Aku mengambil tempat di hadapannya.
"Sorry, lama dah ke sampai? " ujarku.
"sokay, takdela, baru sampai jugak ni " jawab Asyh.
"Ermm, you want to tell me something, about what? " soalku.
"Hmm, saya harap awak faham dengan apa yang saya nak sampaikan ni . " ujarnya serba salah.
"okay, just straight to the point, what? " balasku.
"2 bulan dari sekarang ,kita mungkin akan jarang berjumpa, saya kena siapkan tesis saya, final projek saya, awak fahamkan? " ujarnya sambil melihat mataku.
"Lahh, ingatkan apa, kalau sebab itu, it's okay lah, takkan lah saya nak halang pulak, kita ada komitmen masing-masing kan ,lagipun still boleh mesej, call " jawabku.
Dia tersenyum.
"Thanks, okay, jom makan " ujarnya.
Aku hanya menganggukkan kepala,
"2 bulan tidak berjumpa. Hmm, lama juga, tapi takde hal lah, bukan dia pegi mana pun. " ngomelku dalam hati.Sampai sahaja dirumah aku terus mandi dan solat. Usai melakukan apa yang patut, kulihat Jiha, Zila, Kira ralit menonton televisyen. Manakala Elly pula, khusyuk membaca novel. Nisha tidak pula kelihatan.
"Eh, Nisha kemana? " soalku.
"Ntah dia, dari time kau balik tadi dia keluar " ujar Jiha.
"wehh, honestly , aku tak suka lah kalau Nisha asyik keluar malam, kan ritu dah bincang, nak keluar boleh, tapi sebelum pukul 8 dah kena ada kat rumah semula. Ni, tengok lah, senja baru nak keluar, balik lewat malam . " bebel Elly.
Di antara kami, Elly lah orang yang paling tegas .Kadangkala, aku juga cuak kalau dia dah naik angin. Tapi, aku kenal Elly, dia tak akan melenting tak tentu pasal, mesti ada sebab yang menyebabkan dia berbuat begitu. Aku juga setuju dengan apa yang diujar oleh Elly.
"tapi nak buat macam mana hah? Nanti dia cakap kita busybody pasal dia pulak " Kira bersuara.
"Busybody tak busybody, kan ritu dah buat perjanjian, kalau nak keluar malam pun mesti dengan kita ja, bukan dengan orang lain,or group assignment, ingat aku tak tahu ke dia keluar dengan sapa, bahaya lah lelaki dengan perempuan keluar malam-malam " bebel Elly lagi.
" Macam ni lah, kita tunggu Nisha balik dulu, pastu kita bincang dengan dia, ok? " balasku." okay " jawab Elly ringkas.
Jam menunjukkan pukul 11 ,kedengaran bunyi enjin kereta milik Nisha menandakan gadis itu sudah pulang.
"Kau pegi mana, sekarang baru balik? " soal Elly sebaik sahaja Nisha memasuki rumah.
"Jumpa kawan jap " jawab Nisha.
"Kan kita dah bincang dah aritu, tak boleh keluar malam, balik lewat malam, kau nak mungkir janji ke apa ni, lagipun bahaya lah keluar malam " Elly bersuara.
" Alaa,kau ni bising lah, aku tahu la jaga diri aku, lagipun bukan aku buat apa pun, pegi makan je pun. " marah Nisha.
"Ye, memang lah kau cakap pegi makan, tapi kau tengok jam pukul berapa, dari pukul 7 tadi kau keluar, kemain lama kau makan " wajah Elly juga kulihat sudah merah padam.
"Eh, yang kau nak marah aku sangat ni apehal? Ikut suka hati aku lah!" bentak Nisha.
Belum sempat Elly ingin bersuara, aku dan Jiha bersuara.
"Stop! " ujarku dan Jiha serentak.
"Sudah sudah lah tu, takkan benda macam ni pun nak gaduh, okay, sekarang dua-dua g tenangkan fikiran dulu okay? " ujarku.
Kulihat Nisha berjalan kebilik lalu menghempaskan pintu bilik sekuat hatinya.
"hahh, eloklah tu perangai, hempas hempas pintu! " ngomel Elly lagi.
"See, aku dah cakaplah, dia tu keras kepala, kau nasihat bukan nak dengar lagi nak memberontak ada lah " ujar Kira yang tadinya hanya menjadi pemerhati.
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
RandomDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...