Aku berlari lari anak ke arah Sir Imran. "awak sembang apa lama sangat, penat saya tercegat disini, ke korang kutuk saya? " belum sempat aku berkata apa, Sir Imran sudah membebel.
"Err, sorry Sir, mana ada kami kutuk Sir " jawabku sopan. Sopan sangat ,kau tak tahu dalam hati puas aku memaki kau, huh. Dia diam.
"Err, Sir. Kenapa Sir suruh saya jumpa Sir? saya ada buat salah lagi ke? " Sir Imran tidak menjawab persoalanku, laju sahaja kakinya melangkah ke keretanya. Sampai sahaja dipintu keretanya, dia bersuara "masuk " . Aku membuat muka blur, meminta penjelasan.
"Nur Annisah Syahirah bt Zainal Abidin , I'm said masuk! " dek kerana terkejut, terus sahaja aku masuk ke dalam keretanya.
Suasana didalam kereta sunyi sepi, tiada siapa yang bersuara. Kelihatan kereta Sir Imran meluncur laju keluar dari perkarangan kolej. Tidak lama kemudian, aku memberanikan diri untuk bertanya "Err, Sir. Kita nak pergi mana ni? " soalku takut takut.
Sir Imran diam seribu kata. Aku membuat muka geram sambil memeluk diri. "diaaa niiikannnn! Huh! " aku lihat dia senyum, senyum mengejek! Takpe, takpe. Ada ubi ada batas, lain hari aku balas!. Sepanjang perjalanan, kami diam sahaja.Sir Imran menghentikan keretanya di tepi restoran Killiney Hub, restoran yang agak popular disini. Dia keluar sambil menggapai rayban yang diletakkan diatas dashboard. Aku beku disitu. Sir Im membuka pintu dibahagian aku.
"tunggu apa lagi, keluar la " ujar Sir Imran. Dengan penuh tanda tanya, aku turuti jua arahan Sir Imran.
Selepas mengambil tempat dan menempah makanan, seperti biasa, suasana bisu kembali menjengah. Tidak berapa lama, telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Elly di skrin telefon bimbitku."wehhh, kau pegi mana?? Lama dah aku tunggu nih " ujar Elly sebaik aku menjawab panggilannya.
"Sorry wehh, aku lupa nak bagitau kau, aku ada hal jap ni, takpe, kau balik lah dulu, nanti pandai pandai lah aku balik sendiri" jawabku kepada Elly. Sesudah aku meletakkan panggilan Elly tadi, kelihatan Sir Imran khusyuk memandangku.Wajahku bertukar kemerah merahan. " siapa call tadi? " soal Sir Imran.
"emm, Elly." jawabku.
"Elliana? Awak rapat dengan dia? " soal Sir Imran lagi.
"Haah, saya memang rapat dengan dia lagipun kitaorang duduk satu rumah, tu yang makin rapat tu" aku sudah semakin selesa, Sir Imran juga tidak menunjukkan perangai kereknya disini , aku pula berasa pelik dengan layanannya. Kalau dikelas, asyik hendak kenakan aku sahaja."Owhh, satu rumah tu korang duduk berapa orang? Satu jurusan ke semua? " suara Sir Imran mematikan lamunanku.
"err, 6 orang je, haah, semua satu jurusan, Sir kenal dorang semua. Nisha, Zila, Kira, Jiha dan Elly " jawabku."Owhh, oklah. Jom makan, nanti saya ada kelas lagi petang ni" ujar Sir Imran.
"err, emm. Sir, kenapa Sir ajak saya makan dekat sini? " aku memberanikan diri bertanyakan soalan itu."Saja, saya rasa saya nak awak teman saya makan, so saya ajakla awak " jawapan Sir Imran membuatkan aku semakin pelik.
"tetapi kenapa saya? " soalku lagi.
" sebab saya nak awak yang temankan bukan orang lain, haishhh awakn ni, takkan yang tu pun saya nak explain macam dalam kelas tu? Sudah, cepat makan, nanti saya hantar awak balik " bebelnya.
"baik Sir. " akurku lalu menyuapkan nasi kedalam mulut.
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
RandomDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...