Bab 5

531 7 1
                                    

"Thanks Sir, hantarkan saya balik " ujarku sebaik sahaja keretanya berhenti betul betul dihadapan rumah sewaku.

"Most welcome, thanks jugak sebab teman saya makan, oklah, I have to go, take care " ujar Sir Imran pula.

Aku hanya tersenyum, sebaik keretanya berlalu pergi, aku terus masuk ke rumah. Sebaik sahaja aku membuka pintu sliding rumahku, Elly, Jiha, Zila, Kira dan Nisha terus menyerbuku.

"Oii, apa niiii, haishhh " marahku.

"heheee, sorry, just curious , why hah dengan Sir Imran? Dia suruh kau buat apa lagi? " celoteh Jiha.

"Hmmm, dia tak suruh buat apa pun, just temankan dia makan " jawabku jujur.

Kulihat wajah ke lima-lima sahabatku itu terlopong dengan pernyataanku sebentar tadi.

"Wehhh, sies lahh, dah kenapa? ke Sir Im syok dekat kau? " kalut Nisha.

"huwaaaaa, untunglah kau! " ujar Kira pula sambil membuat muka teruja. Elly dan lain-lain hanya ketawa.

"Ishh, korang nih, takde maknanya dia nak syok dengan aku, tu pun aku rasa dia saja je na buli aku, dah takde sapa nak makan dengan dia, diheretnya aku pulak, dah la bila orang tanya, dia boleh buat tak tahu je weh, macam aku cakap dengan tiang, geram gila aku, nasib aku tak terjun je dari kereta dia tadi, huhh! " bebelku.

Kulihat mereka makin kuat ketawakan aku. Lalu terus aku membuat mulut muncungku. Sudah menjadi kebiasaan, kalau aku merajuk ke, geram ke, mesti aku membuat mulut muncung itu.

"Hahh, buat dah mulut itik dia tu, nak tunjuk kat sapa? Ke nak suruh Sir Im kiss? " Elly bersuara.

"Gila apa, memang tak lah, huwaa, korang jahat laaa, taknak kawan! " rajukku lalu berlalu kebilik. Makin kuat hilaian tawa mereka.
"Cisss, kurang asam punya kawan! " getusku dalam hati.

Usai mandi, aku terus membuka lappy kesayanganku. Buku Administrative Law kuselak helaian demi helaian.
"Oh no, kalau macam ni gayanya, memang tak tido lah aku gamaknya" keluhku.

Kulihat Nisha sedang bergelak ketawa sambil telefon bimbitnya dilekapkan ditelinganya.
"Hummm, pakwe lah tu " ujar Elly tiba-tiba.
"Uishh, kau ni, terkejut aku " ujarku.
"Hehee, sorry " balas Elly dengan sengihan.

"Cane ni wehh, assignment ni? Pening lah aku " rungut Jiha tiba-tiba.

"Kita redha ja esok pagi, kepala aku dah blur ni, dah tak mampu nak buat, Sir Im pun, agak-agaklah pun nak bagi assignment punya banyak ni tapi bagi masa sehari je, ingat orang robot ke? Bukan assignment dia je kita nak buat, lect lain pun kena buat jugak, huhh! " bebel Kira.

"Ishh, korang nih, tak baik tau merungut macam tu, kita buat je, kalo tak siap ,baru kita redha, hahaha " ujar Elly sambil ketawa.

Aku hanya memerhati sahaja mereka, tanpa membuang masa aku memulakan assignmentku. Memang boleh pecah kepala dibuatnya kalau tugasan yang berkaitan undang-undang ini, kena ingat kes lah, akta lagi, macam macam lah. Baik aku mula sekarang, kalau tak, naya lah aku kalau tidak siap, Sir Im pulak tu, memikirkan itu, laju sahaja tanganku meloretkan tugasan yang diberikan.

Takdir Terindah [HOLD]Where stories live. Discover now