"Yess! Harini datang awal! Assignment pun dah siap, takde alasan dah Sir Im nak kenakan aku. " ujarku kepada Elly dan Nisha sambil membuat muka bahagia.
"Bestlah kau, aku ni dah serabut perut dah ni, cuak semua ada, macam mana ni wehh, assignment aku tak siap lagi " rengek Nisha.
"Tulahh, dok ber 'otp' lagi lama-lama, dah tahu ada assignment belambak " bebel Elly.
"Huhuu, terlajakk, tak sedar dah masa berlalu, cane niii " sambung Nisha lagi.
"Cane apanya, hadap jelah nanti, berani buat berani tanggung " tambah Elly. Kulihat wajah Nisha sugul. Aku nak tolong pun dah tak sempat, redha je la Nisha oii.
Hari ini kelas berlangsung dengan lancar, tidak tahu mengapa, Sir Im baik pula dengan aku harini. Dia tidak banyak soal dengan tugasan yang diberikan itu , aku berjaya hantar kepadanya dengan jayanya. Bahagianya aku rasa harini. Kasihan pula aku lihat Nisha, teruk juga dia kena dengan Sir Im tadi, aku harap dia serik, dan tidak mengulangi lagi kesalahannya itu.
Usai kelas, aku meluru keluar dengan pantas. Yelah, hendak jumpa buah hati, mana tidak cepatnya, sudah kuberitahu awal awal kepada Elly, supaya dia tidak menungguku.
"untunglah orang tu, semalam keluar makan dengan Sir, harini dengan buah hati pulak " perli Elly."Eleh kau, kau tu pun sama, ingat aku tak tahu kau nak keluar makan dengan Dafi kan? " serkap jarang kepada Elly. Terus wajah Elly bertukar kemerah merahan.
"Mana adaa!! " Elly menidakkan.
"Ahhh, kau tak payah nak sorok lah, dengan orang lain boleh la, dengan aku jangan harap " balasku. Dia hanya menguntum senyuman.
"Oklah weh, aku gerak dulu " pamitku. Elly hanya menganggukkan kepalanya.
"Sorry, lambat. " ujarku setelah aku mengambil tempat dihadapan Asyh. Asyhraf Mikael, pujaan hatiku. Hari ini kami sudah berjanji untuk keluar makan bersama sama. Disebabkan kekangan masa, selalu sahaja kami membatalkan temu janji yang sering dirancang. Hari ini bernasib baik, kerana aku dan dia masing-masing mempunyai sedikit kelapangan masa.
"Sokay lah, kalau awak, seribu tahun pun saya sanggup tunggu " jawab Asyh sambil menguntum senyumannya yang manis itu.
Wajahku bertukar kemerah merahan. "Oklah, jom order " Asyh bersuara.
Selesai membuat tempahan makanan, kami bercerita itu dan ini, sehingga makanan sampai. Aku akui, jika bersama dengan Asyh terasa waktu berlalu dengan begitu pantas.Usai makan, Asyh mengajakku menemaninya ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang keperluan , aku hanya akur mengikutinya. Kulihat beberapa gadis melihatku dengan pandangan yang menjengkelkan. Mungkin kerana aku beriringan dengan Asyh yang segak bergaya, nak dibandingkan dengan aku yang biasa biasa ni. Mula lah rasa rendah diri menjengah.
Asyh perasan perubahan moodku.
"why love? ,there's something wrong?are you okay? " soalnya."takde lah, saya ok, just kepala pening sikit " bohongku.
"Owhh, kejap eh, saya pergi bayar barang barang ini, lepastu kita balik " ujarnya. Aku hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
RandomDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...