Di hening pagi yang indah.
"Wehhh, ada orang baru pindah lah, depan rumah kita ni ha " ujar Kira dengan keterujaannya.
"Haahla wehh, harap-harap lelaki, ni excited ni! " ujar Zila pula sambil membuat muka gediknya.
"Ishh, korang nih, yang tu jugak yang dipikirnya, mengusya anak teruna orang je kerja korang eh " balasku.
Zila dengan Kira ni bukan boleh dikira, stalker berjaya!
"Alahh, usya je pun, lagipun aku nak tahu sape yang bakal jadi jiran kita ni " jawab Kira. Laju sahaja kulihat Zila menganggukkan kepala tanda setuju apa yang diujarkan oleh Kira."Wehhh!! Unbelievable! Wehh, korang cepat lah mai sini! " jerit Zila tiba-tiba dibalik pintu sliding.
"Kau ni dah kenapa, ya allah, buat terkejut orang jelah! " marah Elly.
"Ishh, mai jelaa sinii " paksa Kira.
Mahu tak mahu, aku dan Elly bangun jua melangkah ke arah mereka.
"Tengok tu! " ujar Kira."Hahh, kenapa, apa masalah dengan mamat tu? " soalku malas.
"Ya Allah, cuba kau tengok betul-betul " ujar Zila pula.
"Wehhh! Omg! "pantas sahaja mulut Elly bersuara. Aku membuat muka pelik.
"Korang ni dah kenapa? " soalku lagi.
"Cuba kau tengok betul-betul " tekan Zila.
Kuamati susuk tubuh pemuda di hadapan rumahku itu dengan teliti. Tidak semena, mulutku terlopong.
"Wehhh, gilaaa, jangan cakap Sir Im yang pindah rumah depan kita ni? " soalku kalut."Nampak gaya macam dia, tengok tu, dia keluarkan barang-barang dari kereta dia " ulas Jiha.
Aku menelan air liur, kalau Sir Imran pindah ke sini, lagi selalu lah jumpa dengan dia. Tak senang duduk aku dibuatnya. Kulihat yang lain juga menunjukkan wajah cuak. Mana tak cuak, Lect Kerek pindah depan rumah pulak tu.
"Ishh, dia nii, macam takde rumah lain je yang nak dia pindah, depan rumah aku jugak yang dia nak duduk. Arghhh! " geramku didalam hati.
Seharian juga aku tidak keluar hari ini, nasib cuti ,fuhh. Kalau cuti, nak keluar rumah memang kemain susah, bila nak keluar je, mesti fikir, landing atas tilam lagi best. Hehee.
Keesokkan paginya, kami merancang untuk berjogging di sekitar pantai belakang rumah sewa kami. Lebih kurang pukul 7 : 15 pagi, kami sudah pun bersiap siap untuk berjogging. Sedang aku mengikat tali kasut sukanku. Terdengar seseorang berdehem.
"Ehemm, nak kemana pagi-pagi ni?" soal Sir Im.
"Ishh, dia ni, pagi-pagi dah hadap muka dia, spoil betul lah ,dah la time ni aku pms , memang rasa nak marah orang je la " getusku dalam hati.
"nak pegi tengok wayang " jawabku selamba.
Dia tersenyum, manisnya senyuman dia. Pujiku, ishh, dah kenapa aku ni, bukan tadi aku menyampah ke dengan dia ni.
"sejak bila pulak, negeri ni ada wayang, n kalau pegi tengok wayang memang bertrack suit dengan kasut sukan ke? " soalnya lagi bagi menyakitkan hatiku.
"Dah tahu, tanya lagi kenapa, orang nak pegi jogging lah, takkan pagi-pagi tengok wayang siap pakai kasut sukan pulak " balasku lagi, dek kerana geram, aku sudah terlupa yang dihadapanku ini, lecture ku yang paling kugeruni ketika didalam kelas.
Rakan-rakanku yang lain juga terkejut dengan tindak balasku terhadap soalan Sir Imran tadi.
"Owhh, dah berani nak marah saya pulak ye? " Sir Im bersuara, sambil menyembunyikan senyuman, Makin comel dilihatnya apabila si Anne sedang marah.
" Sir yang cari pasal, dah jangan kacau kami, pegi masuk rumah tu, syuhh syuhh " halauku.
"Taknak, nak ikut awak " jawab Sir Im sambil mengenyitkan matanya. Buat aksi comel pulak, aku tampar jugak kang anak orang ni.
"Ishhh, dia niiii, menyampahnyaaa, ikut suka hati Sir lah! " bentakku.
Lantas kakiku pantas memulakan langkah. Kelihatan Elly ,Zila dan Kira juga memulakan langkah mengejarku.Lebih kurang setengah jam kemudian, kami sampai di tepian pantai, angin pagi yang segar itu membuatkan hatiku menjadi sangat tenang. Dek kerana kepenatan, aku mengambil tempat untuk duduk di balik timbunan batu-batu besar yang diletakkan di pinggir pantai.
Kulihat pantai sepuas hati aku, aku suka pantai. Bagiku ,disini tempatku untuk menenangkan fikiran. Sambil melihat ciptaan Tuhan yang sangat mendamaikan,sungguh ,rasa ini sangat aku suka. Kadang aku terfikir, aku dikira beruntung dapat menjejak kaki kesini, menimba ilmu di negeri orang, bumi tarbiah yang banyak mengajar aku erti kehidupan, sedar tak sedar, sudah genap 2 tahun aku disini. Cepat sekali masa berlalu.
Sedangku menikmati keindahan pantai, tiba-tiba ku rasa ada seseorang disebelahku.
"awak tengok apa tu? " soal Sir Im.
Terkejut aku dibuatnya, tiba-tiba sahaja muncul. Kulihat rakan yang lain sudah menjauh dariku. Macam nak kenakan aku saja, cisss, kurang asam tinggalkan aku dengan mamat kerek ni."tengok bintang " seperti tadi, aku cuba untuk mengawal intonasi suara agar tidak kelihatan aku terkejut dengan kehadirannya.
Dia tersenyum lagi, kenapa sekarang ini kerap pula dia senyum, kalau didalam kelas jarang sekali kulihat dia senyum, tegas sahaja wajah yang selalu ditunjuknya.
"Sir please jangan senyum manis sangat, kang kena kencing manis, manis sangat! "ngomelku dalam hati."Awak ni garang jugak rupanya " ujarnya sambil ketawa.
"kenapa Sir gelak? " soalku sambil memandangnya tajam.
" takde lah, saya tak sangka awak ni garang, dalam kelas lembut je saya tengok " ujarnya lagi. Senyumannya masing tidak lekang.
"ikut mood, harini mood saya nak marah orang, nasib Sir lah kena, sapa suruh duduk dekat dengan saya " jawabku bersahaja.
"Awak comel lah bila marah, kalau macam ni hari-hari kena marah pun takpe " selamba Sir Imran bersuara.
"Sir ni nak kena ke? Hishh! " jeritku kepadanya . Kulihat dia hanya tertawa melihatkan gelagatku.
"Kurang asam punya Sir Imran " jeritku didalam hati."Dahlaa, saya nak balik, mana dorang ni " ujarku.
"Owhh, dorang dah lama balik, dari tadi lagi "jawabnya sambil sengih.
Bulat mataku melihatnya. Satu pukulan kuhadiahkan kepada Sir.
"Sir tak bagitahu saya kenapa?! Hishh " marahku."Aduhh, sakitlah sayang oii, saja je tak nak bagitahu, dah awak khusyuk sangat tengok pantai tadi "jwabnya berhati-hati.
"Dah, nak balik! " ujarku.
"Ehh, japp, nantilah dulu, teman saya makan dulu, lepastu kita balik, please " pinta Sir Imran sambil membuat muka comel.
"Eeeee, yelah, Sir belanja " jawabku.
"Yess, no hal dear " balasnya sambil mengenyitkan matanya kepadaku.
"but, Sir.. kenapa Sir pindah dekat taman kami? " soalku.
Sir Imran tidak menjawab soalanku, sebaliknya memberikan senyumannya yang manis itu.
Ku akui, makin hari makin pelik tingkah lakunya terhadapku.
"Ahhh, ikut suka hati kau lah " getusku didalam hati
YOU ARE READING
Takdir Terindah [HOLD]
RandomDia, seorang perempuan yang tidak pandai berhias ,mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, wajahnya pun biasa biasa sahaja membuatkan dirinya selalu merasa rendah diri,seorang yang agak pendiam tetapi selalu tersenyum tatkala orang lain melihatnya. S...