Semua berlaku dalam satu hari

738 28 0
                                    

Bab 10

"Eh kau orang go ahead dulu,aku nak pergi toilet sekejap,Asy jangan lupa 'mocha frappe ' aku". Kataku sebaik sahaja kelas pertama tamat.

Sambil aku mencuci tangan,tiba-tiba bahu aku dipegang dan bila aku mengangkatkan kepalaku melihat cermin terdapat Nadia dan kuncu-kuncu gedik dia berdiri dibelakangku.Aku pun pusing dan menghadap muka Nadia.

"Kau nak apa Nadia?" tanyaku sambil membuat muka selamba.

"Eh perempuan,aku ingatkan kau supaya jauhkan diri kau dari Haikal,sebab Haikal aku punya.Kau balik cermin diri kau tu lah sikit. Aku dan Haikal kami ni anak Dato' kau anak orang biasa je dan badan kau yang saiz L memang tidak padan.So jangan mimpi nak dapat kan Haikal eh. Aku rasa Haikal pun tidak pandang kau lah!" kata Nadia sambil ketawa membuat darah aku naik je minah ni tau!

" Kenapa? Kau cemburu yang Haikal rapat dengan aku? Kau cemburu yang aku dan Haikal pernah bawa aku makan ice cream,jalan-jalan,tengok wayang semua tuh? Aku rasa kan kau tidak perlu susah payah nak jauhkan aku dengan Haikal,walau macam mana pun kau nak jauhkan diri aku dan Haikal, dia tetap akan sayang aku lebih dari kau sebab aku kawan baik dia.Faham?!" ayat yang aku lemparkan cukup membuat mata dan hati Nadia penuh dengan kemarahan.

" Eh kau ni nampak je pakai tudung,baik depan semua orang,belanja orang makan tapi perampas. Kau ni hanya cari publisiti murahan je! Aku rasa MAK kau tak aja-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya 'PANG' satu tamparan kuat aku kasi di pipi Nadia

" Eh Nadia, kau boleh nak cari pasal atau sakitkan hati aku,aku tak kisah lah. TAPI bila kau sebut pasal MAK aku,aku tidak boleh terima.Aku rasakan,kau tuh yang tidak ada adab,kau tuh tidak cukup didikan mental. Psycho !!" aku tengking Nadia,dan angkat kaki jalan.

Sedang aku duduk satu meja dan gelak bersama kawan-kawan yang lain tiba-tiba tangan aku ditarik oleh Haikal dan kami berjalab kearah satu sudut..

" Finaz,kau dah kenapa? Sebab apa kau tampar muka Nadia? Oh sebab dia cakap kau anak orang biasa tidak ada pangkat,kau tampar dia. Eh kalau bukan sebab bapak dia aku rasa kau tidak akan ada disini!" tengking Haikal dimuka aku membuat aku menitiskan airmata.

'PANG' aku tampar muka Haikal," Kalau pun aku anak orang biasa atau miskin pun tidak semestinya kau orang yang ada pangkat boleh sesuka hati nak sebut pasal MAK aku.Aku ada maruah.Apa perasaan kau bila aku main-main atau sebut pasal MAK kau!  Apa yang kau buat terhadap aku sekarang ini adalah perkara yang bodoh sekali! Kau lebih percayakan Nadi dari kawan-kawan kau. Aku akan pastikan hari ini adalah hari yang menyesal buat kau Haikal. Eh kau jangan jadi PENGECUT lah! Selamat Tinggal Haikal. TERIMA KASIH atas semua perkara yang kau sudah buat untuk aku termasuk HARI INI!"Aku menangis teresak-esak dan berjalan dengan cepat kearah kawan-kawanku,mencapai beg dan buku aku atas meja dan meninggalkan tempat itu,tanpa pedulikan kata-kata sahabat aku. Aku pasti mereka dengar semua perbualan dan pergaduhan antar aku dan Haikal.

Mungkinkah hari ini adalah hari terakhir aku akan berjumpa dengan Haikal? Adakah sampai disini persahabatan aku dan Haikal? Ayat-ayat in berputar dikotak mindaku sambil dalam perjalanan pulang kerumah. Ternyata pipi ku masih basah.

Tiba di rumah,aku terus berlari masuk kedalam bilik sambil menangis dan hempas pintu bilik aku. Aku pasti ibu,ayah,kakak dan abang Shazwan sedang bingung dengan sikap aku ini. Mereka pun bergegas ikut aku dari belakang dan mengetuk pintu bilik aku berulang-ulang kali tanpa henti.

Sementara aku,sedang berada di dalam bilik air sedang duduk di bawan paip mandi," Kau buta ke Haikal,yang aku ada simpan perasaan terhadap kau dari dulu! Aku sayang kau teramat! Aku tidak sanggup untuk luahkan perasaan aku terhadap kau sebab aku takut kau akan tolak! Tapi sekarang kau dah buat aku benci kau disebabkan tindakkan bodoh kau pada hari ini!" jerit aku di dalam tandas sambil menangis sekuat hati aku.

Sementara diluar, " Ibu dan ayah tunggu sini sekejap,biar Shazwan ambil kunci bilik Finaz," setelah pintu dibuka mereka terperanjat kerana aku berada di dalam bilik air dengan keadaan yang sungguh lemah dan kesejukkan tidak menyedarkan diri.Setelah dua hari aku tidak membuka mata,alangkah tersenyum aku bila melihat kesemua adik-beradik aku berada di sisiku sekarang.Aku dapat melihat bertapa risaunya mereka terhadap keadaan aku.

*****

ok jangan lupa comment n vote thanks for reading hope awak semua enjoy

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now