Hari baru

587 19 0
                                    

Bab 21

PADA PANDANGAN FINAZ

Aku melihat wajahku dalam cermin dengan niat memulakan hari yang baru dengan adanya Haikal disisiku dan dihati dan sahabat-sahabat ku dan keredaan Allah. Aku mancapai beg tangan dan menuju keluar, terlihat Kak Sofea dengan pakaian untuk ke boutique nya sedang menutup pintu biliknya.

" Assalamualaikum Finaz,dah cukup sihat untuk ke kelas hari ni?"

" Alhamdullilah kak Sofea.. Finaz dah sihat. Jom kita turun sama-sama" lalu aku mangambil tangan Kak Sofea.

Semua berada di meja makan hanya kami yang lambat sedikit. Ruang makan itu sunyi sepi sebalum along berbicara.

" Ayah,Ibu. Along dah fikir masak-masak dan malam tadi along dah bincang dengan Diana yang kami ingin mempercepatkan perkahwinan kami dalam masa 3 bulan lagi. Sebab sekarang sudah masuk bulan 5,dan along cadang nak buat majlis tunang bulan depan bersamaan dengan hari ulang tahun Finaz yang ke 19." aku tersedak bilan mendengar berita itu.

" Finaz kau ok ke tak ni? Hahaha" kak Sofea tersenyum bila bertanya.

" Apa!?Ya Allah along,Finaz boleh lupa yang bulan depan Finaz nya Birthday. Haha.Ingat juga hari jadi Finaz. Hehe. Suka hati along lah"

'Assalamualaikum' suara kedengaran disebalik pintu rumah itu.

'Wa'alaikumsalam' serentak kami sekeluarga membalas salam itu,lalu ibu pergi ke pintu.

" Oh Haikal,mari masuk.Sarapan dengan kita sekali" jemput ibu membuat aku terasa segan dengan kehadiran Haikal.

Setelah sarapan,aku dan Haikal pergi ke kolej bersama membuat aku bingung. Kerana setahu aku,Meira ingin menjemputku.

" Awak,kenapa Meira tidak datang. Bukan ke dia yang patut datang jemput saya?"Haikal memandangku dan ukirkan senyuman nipis.

"Saya minta izin Meira untuk jemput awak,lagi pun dia nak juga saya jemput awak. Kenapa,awak tak suka ke? Kalau tak esok saya tak datang jemput awak lagi." suara merajuk Haikal membuat aku ingin peluknya tapi kami bukan muhrim. Terimbas kembali peristiwa aku terpeluknya di hospital.Sungguh salah dan memalukan.

" Ala,merajuk ke? Saya tanya je kan.Awak...saya nak minta maaf"

"Maaf? Kenapa?"

"Sebab hari tu,saya terpeluk awak.Saya tak patut buat begitu."

"Tak payah nak minta maaf sangat lah.Saya tahu masa itu awak tengah risau dan sedih.Lagi pun saya suka." Haikal tersenyum lebar dan aku memandangnya tajam.

" Awak ni kan. Gatal! Kalau nak kena peluk,perlu jadi yang halal!"

" Awak harus jadi halal bagi saya. In'sha allah."

Aku terpaku diam dan malu dengan kata-kata Haikal. Tiba di kolej,aku dan Haikal menuju ke kafeteria dan mencari sahabat-sahabatku. Mereka masih terduduk ditempat biasa kami. Sungguh aku merindui gelagat kamu bersama. Farah berlari kearah aku bila menghampiri mereka.

Yang perempuan memelukku erat,dan yang lelaki hanya tersenyum dan mengucapkan selamat pulang ke kolej. Peristiwa pahit sebelum aku koma hilang begitu kerana aku tahu mereka ada disisiku setiap masa.

Hari ini,semua berjalan dengan lancar seperti dulu tiada kerisauan antara kami.Disebabkan hari ini kelas hanya sampai jam 1 petang,aku meminta Haikal menemaniku ke pejabat along.

Sebaik saja aku menolak pintu pejabat along,Laila bangun dari meja penyambut tamu dan menyambutku dengan senyuman yang manis.

" Selamat petang Cik Finaz,ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Laila,kan saya dah cakap tak payah nak cik,cik dengan saya.Finaz dah cukup.Saya datang nak jumpa along je.Dan kenalkan ini kawan saya Haikal.Ok lah saya masuk dulu ok."

Dia hanya membalas dengan senyuman.Aku menuju kebilik along dan terdengar suara kak Sofea di dalam biliknya. Aku mencuri dengar perbualan mereka.

'Sofea,along nak Sofea tunang dengan Irham 2 minggu sebelum along nikah.'

'Along panggil angah sebab ni je. Along,angah belum bincang ni dengan ibu. Memang angah dah bincang dengan Irham cuma tak tahu bila nak bilang ibu.'

' Kalau angah tak tahu macam mana nak mulakan. Biar along mulakan malam ini.'

Aku pun mengetuk dan terus masuk,membuat along dan angah terperanjat.

"Finaz! Buat apa dekat sini?" suara terkejut along kedengaran.

"Finaz nak buat surprise nak ajak along pergi makan petang dengan Haikal sekali,dan sekarang dah ada angah sekali jom lah kita pergi ramai-ramai." Aoong dan angah hanya tersenyum dan terus setuju dengan pelawaan aku.

*********

thanks for reading...

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now