Majlis Shahmir

1.6K 18 0
                                    

Bab 22

Setelah cincin tunang disarung di jari Kak Diana,kami pulang kerumah untuk teruskan majlis kecil-kecilan untuk menyambut hari gembira ini. Persiapan untuk majlis pertunangan along sudah tersedia rapi,Kak Diana dan keluarga pun turut serta dengan majlis itu dirumah kami.Ibu dan ayah telah menjemput kawan-kawan mereka.Aku sudah semestinya menjemput sahabat-sahabatku begitu juga dengan adik-beradikku.Majlis dibuat diluar rumah.

" Abang Shahmir taniah atas pertunangan abang." Kata Asyraf yang turut gembira.

Dimana aku berada,disitu Haikal akan berdiri.Dia takut di majlis ini ada orang yang akan mengorat aku.

" Haikal,awak duduk je lah dengan yang lain dekat sana tu. Saya ok lah. Inikan majlis abang saya,jadi saya sibuk sikit lah. Takkan awak nak ikut saya 24 jam. Awak duduk je dekat situ ok.Saya nak naik kebilik nak ambil sesuatu untuk Kak Diana." kata ku memandang ke mata Haikal dengan tenang.Akhirnya dia mengalah.

" Ok,saya duduk dengan dia orang. Tapi saya kasi awak 10 minit untuk turun dan duduk bersama kami. Kalau dalam masa 10 minit awak tak turun saya naik." Aku menganggukkan kepala dan masuk ke dalam rumah. Dia terlalu melindungiku.

Aku masuk ke dalam bilik ku untuk mengambil pin baju untuk Kak Diana.Sebaik saja aku mengambil pin itu dan mahu melangkah untuk kleluar pintu bilikku diketuk dan dimasuki seseorang yang aku sungguh kenal!Mulutku tergamam,kakiku terkedu, hati ku rasa takut.Mindaku penuh dengan pertanyaan.Macam mana dia ada dekat sini?Siapa jemput dia?

" Kau buat apa dekat sini Faisal! Apa kau buat ni Faisal! Keluar dari bilik aku! Keluar dari rumah ini! Aku jerit nanti!Keluar!" tengkingku.Baru aku terfikir yang ibu mesti telah jemput mama Faisal. Ya Allah.

" Kan aku dah cakap,aku tidak akan lepaskan kau.Aku sayangkan kau.Apa kau nak jerit? haha. Keluarga kau semua dekat bawah tingkat 1,kau dekat tingkat 3 dan pintu bilik kau dah tutup.Macam mana dia orang nak dengar."dia masih berdiri tegak dibelakang pintu bilikku membuatku tidak tahu mahu lari kemana.

" Aku tak mampu nak beri kau kasih sayang dan cinta aku.Kau tak faham ke?!Tolong jangan buat aku macam ni.Apa yang kau buat ni salah." kataku sambil dia berjalan kearahku dan aku berundur kebelakang.

" Aku tak kisah salah ke tak. Janji aku dapat apa yang aku nak.Aku nak kau,jantan tu tak guna. Jom lari dengan aku. Kita kahwin eh."dia terus tarik lenganku dengan kuat. Aku rasa takut sangat,aku cuba meronta ingin melepaskan tanganku.

" Kau gila ke Faisal! Lepaskan tangan aku sekarang.Jangan macam ni Faisal! Lepaskan aku.Sakitlah. Tolonglah!" aku meronta lagi untuk lepaskan tanganku tapi gengaman dia terlalu kuat.Tiba-tiba dia berhenti, dan jari-jemarinya dia lalukan ditepi lenganku dan naik keparas bahuku.Aku tepis tangannya dengan cepat.Ya Allah apa yang akan jadi lepas ni.Aku harus jaga maruahku.Aku tampar muka Faisal,matanya penuh dengan kemarahan.Dia balasku dengan tamparan yang kuat. Dia lepaskan tanganku dan tolakku keatas katil dengan tenaga yang kuat,dia merangkak perlahan-lahan penuh dengan nafsu.

"Faisal,kau nak buat apa ni.Faisal jangan dekat dengan aku!Jangan Faisal! Tolong!" jeritku dan cuba lari dan turun dari katil tapi aku ditangkap lagi sekali.Aku ditampar lagi.Terasa pipiku mula bengkak. " Kau nak pergi mana!Jangan harap nak lari dari aku! Kau hak aku!"Aku tersandar di kepala katil ku,airmataku keluar dengan cepat.Aku menarik nafas dan membuka mata,mukanya sungguh dekat dengan muka aku. Aku cuba meronta keluar dari tolak dia tapi gagal.Jari nya dengan perlahan naik dari kakiku,aku menarik kakiku.

Faisal cuba menciumku tapi pintu bilikku dipecah masuk.Berdirinya keluargaku dan sahabat-sahabat ku. Abang Shazwan menarik Faisal dengan cepat menolaknya ke dinding seperti Haikal buat kepadanya ketika di hospital.

" Apa kau buat dengan adik aku! Tak guna!" penumbuk diberi.Mama Faisal terkejut dengan perbuatan anaknya. Ibu dan Kak Sofea lari dan memelukku.Aku menangis teresak-esak dibahu ibu,peluknya dengan erat.Tangisanku keluar tanpa henti.Badanku sungguh lemah dan sayu.

" Babe, kau rehat ok. Kita balik dulu.Esok kita datang." aku terus memeluk Sarah dan tanpa kusedari,airmataku jatuh membasahai pipiku lagi.

Setelah Haikal dan lain mengucapkan kata-kata semangat, mereka beredar dari bilikku dan pulang. Aku sudah tidak larat untuk keluar,aku terus naik katil setelah menyegarkan badan dan peluk bantalku dengan erat dan terus dibuai mimpi.

******

Jangan lupa vote,comment. Thanks for reading.

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now