Hari yang bahagia

920 21 0
                                    

Bab 25

Tiba di lapangan terbang,keluarga masing-masing datang menjemput kami. Keluarga ku semuanya hadir kecuali along,kak Diana,kak Sofea dan abang Irham.Mungkin mereka hanya tunggu kepulangan aku dirumah.

Aku terus memeluk ibu dan ayah dan melepaskan rindu.Setelah itu terus memeluk abang Shazwan dan adik-adik ku.

Setelah tiba di rumah,aku terus membuka pintu dan terlihat kak Sofea yang sedang sarat mengandung berjalan begitu perlahan.Aku terus memeluknya,selepas itu aku salam tangan abang Irham. Mataku tertangkap kepada susuk tubuh seorang wanita yang sedang mendokong bayi, kak Diana sedang turun tangga dengan puteranya sudah pasti Raykal.Aku terus mengambil ahli tugasan mendokong dari kak Diana.Aku terus mencium Raykal dengan penuh kasih sayang.Sungguh comel ciptaan tuhan.

Setelah satu hari aku meluangkan masa dengan keluarga,dengan berita yang abang Shazwan akan bernikah lagi sebulan.Aku cukup gembira dengar berita itu.Tapi sudah aku bersedia ingin memberitahu tentang aku dan Haikal.Aku rasa buat masa sekarang jangan dulu. Biar majlis abang Shazwan jalan dulu,baru aku akan memberitahu mereka.

Tiba masa untuk makam malam bersama.Aku memang rindukan waktu-waktu makan bersama.Aku membantu ibu sendukkan nasi keatas pinggan masing-masing,aku sedang berdiri disebelah along,tiba-tiba along menegur sesuatu,

" Finaz,cincin apa yang ada dekat jari manis kau tuh?Sebelum kau pergi London tak ada pula along nampak kau pakai cincin.Dan cincin ini pun nampak seperti cincin tunang." Ya Allah kenapa aku lupa nak buka cincin ni. Kan dah kantoi. Seluruh orang yang berada dimeja,melihat aku untuk mendapatkan jawapan.Yang pasti aku tidak boleh tipu dan sembunyikan lagi.

Aku masih berdiri terpaku disitu.Menarik nafas dan perlahan aku menghembuskannya.Akhirnya aku bersuara.

" Uhm.. um.. Ok tiga hari sebelum Finaz balik ke sini,Haikal melamar Finaz.Dia ingin jadikan Finaz yang halal baginya." Satu persatu muka terkejut dengan kenyataan yang aku berikan.

" Kenapa tak cakap,kalau macam itu,majlis Finaz dan abang kita buat sama-sama" kata abang Shazwan meemnuat aku lagi terkejut.Cepat nya lagi sebulan aku nak kena nikah. Tak boleh jadi ni.

" Abang kita tunggu keluarga Haikal datang dan kita bincang."

Setelah makan malam,aku naik kebilik dan terus menghantar pesanan ringkas dan memberitahu Haikal semuanya. Dia pun memberitahu aku bahawa keluarganya sudah tahu dan keluarga Haikal akan.datang lagi 3 hari untuk datang melamar. Cepat nya keluarga Haikal nak datang.Aku pun setuju dengan Haikal.

Esoknya aku memberitahu ibu,dimana ayah dan along ada disitu sekali.Mereka teruja dengan berita tersebut dan tidak sabar untuk tunggu kehadiran keluarga Haikal.

******

ok cerita ni hampir habis. so harap bersabar ok.. thanks for reading.

jangan lupa vote dan comment..

Bukan Paras Rupa Yang Aku CariWhere stories live. Discover now